Cited in SMJ 2006: 233.
Museo delle Culture & Galleria Gottardo 2007 Patong. Le grandi figure scolpite dei popoli del Borneo. Lugano: Museo delle Culture & Galleria Gottardo; illustration exhibition booklet, 32pp.
Mohamed, M. 1987 The Impact of Copper Mining in Sabah. Pp. 55-63 In: S. Sani (ed.), Environmental Conservation in Sabah: Issues and Strategies. Proceedings of the Institute of Development Studies Seminar, January 1987.
Cited in Doolittle 2005:204.
Mohd Azlan, J., I. Maryanto, and A.P. Kartono 2003 Diversity, relative abundance, and conservation of chiropterans in Kayan Mentarang National Park, East Kalimantan, Indonesia. Pp. 153-62 In: A. Mardiastuti and T. Soehartono (eds.), Joint Biodiversity Expedition to Kayan Mentarang National Park, East Kalimantan. Jakarta: Ministry of Forestry, WWF Indonesia, and ITTO.
Cited in Struebig et al. (2006): 455.
Mohd Azlan, J. and Muhammad Faisal Fauzi 2006 Ethnozoological survey in selected areas in Sarawak. Sarawak Museum Journal, LXII(83), December 2006: 185-200.
Mohd Azurin Othman 2006 Mengenai Leksikal dan Kata Berkognat antara Bahasa Bidayuhik (Balai Pinang) dan Dayak Melayik (Palangkaraya). Pelita Brunei, Aneka section, 30 Ogos 2006:3, 9 and PBA 6 September 2006:3; map, tables, bibliography.
Mohd Eussoff Agaki bin Haji Ismail, Dato Seri Paduka 2007 Media bertanggungjawab bantu kerajaan kekalkan ketenteraman. Pelita Brunei, 2 Mei 2007: 10.*
'Media outlets have a responsibility to help the government to perpetuate stability'; text of a speech delivered on 4 April 2006 (16 Rabiulawal 1428) at Jerudong.
Mohd Yaakub bin Haji Johari and Bilson Kurus (eds.) 2000 Sabah Beyond 2000: Development Challenges and the Way Forward. Kota Kinabalu: Percetakan Tedasjaya Sdn Bhd.
http://www.thefreelibrary.com/Borneo+bibliography+2007.-a0179660452
Isnin, 3 Jun 2013
Kapayasku Comel Gede
Inilah karyaku pada tanah
Kutanam di tanah datar
Kupupuk selalu dengan hati
Kupujuk dan belainya dengan
kata
Kubajai perdunya
Kusirami air yang tumpah
berbunga
Agar pohonnya selalu subur
Tumbuh hijau merimbun
Selebaran dedaunnya melambai
ditiup angin
Sesekali jadi rumah teduh dan
tempat berpijak siburung pipit
Ketika pagi mencerah
Sinar cahaya mencelah di
pelupuk dahannya
Seiring usianya berlalu
Ia tumbuh subur
Ia seolah bangun dari
peraduan
Menjanjikan harapan yang baik
Tentu sekali buah yang
didambakan
Meski jarang
Sepohon dua buah cuma
Namun paut buah di pelupuk
batangnya
Mengundang mengamit dan
melambai
Siapa yang lalu
Silakan melihatnya kawan
Lihatlah dengan mata hati
Hati berkata
Ketika ranumnya tak kunjung
datang
Resah debar menanti
Ketika datang tak selalu
Bertamu bermukim cuma di
hujung minggu
Kini ranumnya menjemput
Aku tersenyum
Tuaian kali ini yang pertama
Yang pertama besar maknanya
Moga ini bukan akhirnya
Moga ia tetap menjanjikan
Harapan untuk menikmati
Bulan ini bulan depan dan
berikutnya
Agar dapat aku berbagi
Demikianlah hidup
Empowering Malay Language Among Youth
THE closing ceremony for the three-day “Bengkel Bahasa” (Malay Language Workshop) was held yesterday at the Sengkurong Language and literature Bureau Library (DBP).
The workshop was conducted by Mohd Azurin bin Othman, Language Officer from the Language and Literature Bureau (DBP).
Hajah Aminah binti Haji Momin, Director of Language and Literature Bureau speaks at the event. PHOTOS: ABDUL HAKIIM AY
Hajah Aminah binti Haji Momin quoted the titah of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam during the celebration of the Golden Jubilee of the Language and literature Bureau Library (DBP) at the Brunei International Convention Centre (BICC) on September 17, 2011.
When Hajah Aminah binti Haji Momin was asked on how to empower the Malay language among the youth, she said, “The first and foremost way is through reading Malay literature, by practicing good reading the youth will be able to use the language in a proper manner. Another way is by conversing in Malay through everyday life. By doing this the youth will be able to familiarise with Malay words and they won’t have to result in using English words as alternatives when conversing.”
Certificates were presented to the participants of the workshop at the end of the ceremony. A keepsake and certificate were given to Hajah Khairah binti Haji Zakaria, from Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri for being the Best Participant in the workshop.
Sabtu, 26 Januari 2013
DEKLARASI BORNEO: JANJI DAN HARAPAN
Brunei Darussalam bersama Indonesia dan
Malaysia mencatat sejarah penting untuk menjaga dan memulihara khazanah hutan
yang ‘dikongsikan’ dalam satu kedudukan geografi yang sama. Ketiga-tiga negara
pertama kali mengumumkan niat bersama memulihara “Heart of Borneo” ketika
konvensyen biodiversiti di Brazil
pada Mac 2006. Tekad dan keazaman yang tinggi kerajaan ketiga-tiga negara untuk
memulihara hutan Pulau Borneo merupakan satu manifestasi yang disanjung tinggi
bukan sahaja di peringkat serantau, malah Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah
serta kumpulan pencinta alam sekitar (WWF). Pemuliharaan hutan didorong oleh
kesan pencemaran alam berpanjangan, sumber air dan kualiti hidup. Beberapa
dekad kebelakangan ini, isu perubahan iklim dan peningkatan suhu dunia
merupakan agenda utama pemimpin dunia sejak Protokol Kyoto dimeterai untuk
mengawal pelepasan gas karbon. Dalam kenyataan akhbar di Paris, kumpulan kerja Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC)
telah melaporkan kejadian taufan kategori 4 dan 5 meningkat sekali ganda dalam
tempoh 30 tahun lalu. Banjir besar yang biasa diramal berlaku 100 tahun akan
lebih kerap antara 10 hingga 20 tahun termasuk di kawasan yang tidak berisiko
banjir. Sekumpulan pakar metereologi Britain meramalkan dunia bakal
menghadapi cuaca paling panas pada tahun ini disebabkan kesan fenomena El-Nino
di Lautan Pasifik selain faktor pengeluaran rumah hijau.
Di Malaysia,
tiga buah wilayah antaranya Klang dan Miri diramalkan akan tenggelam 50
tahun lagi. Lapisan ozon di stratosfera yang semakin nipis membolehkan sinaran
ultraungu sampai ke permukaan bumi lalu menyebabkan suhu meningkat. Penggunaan
pendingin udara tanpa kawalan, penyembur aerosol, penggunaan baja organik
berterusan dalam pertanian (menghasilkan nitrogen oksida), pembakaran bahan api
fosil (nitrogen dioksida), ujian senjata nuklear, peperangan yang menggunakan
bahan letupan dan penggunaan jet supersonik yang kesemuanya menghasilkan gas chlorofluorocarbon
(CFC) menjadi penyumbang utama kepada penipisan ozon. Pemanasan global
merupakan isu antarabangsa apabila kebanyakan bandar di Australia mengalami kekurangan
bekalan air kerana kemarau buruk yang melembabkan pertumbuhan ekonomi dan
menjejaskan pengeluaran hasil ladang.
Kita bernasib baik kerana berada dalam topografi yang diselimuti satu
pertiga khazanah hutan yang dikongsikan bersama dua negara lain. Berdasarkan
fakta, Pulau Borneo merupakan pulau ketiga terbesar di dunia. Di kelilingi Laut
China Selatan di utara, Laut Sulu (timur laut), Laut Sulawesi dan Selat Makasar
di timur dan Laut Jawa serta Selat Karimata di selatan. Luas 743,330 kilometer
persegi manakala keluasan hutan hujan tropika ialah 220,000 kilometer persegi. Kepulauan
Borneo menjadi langit bagi kepelbagaian hidupan biologi dunia antaranya 13
spesis primat termasuk orang hutan, 150 spesis binatang reptilia dan amfibia,
lebih 350 spesis burung dan sekitar 15,000 spesis tumbuhan. Malah banyak lagi
spesis yang belum dikenal pasti. Pada tahun lepas lebih daripada 50 spesis
tumbuhan baru telah dikenal pasti dan dikod oleh pengendali perhutanan.
Deklarasi
Borneo yang ditandatangani di Pulau Peranginan, Bali
baru-baru ini memberi perlindungan dan bakal menjadikan Heart of Borneo sebagai
sebuah blok raksasa hutan hujan tropika yang dikategorikan sebagai antara yang
tertua di dunia. Peristiwa bersejarah ini merupakan langkah betul yang patut disedari
lama dulu. Namun seperti biasa, tindakan memperbaiki datang lewat pengalaman
lalu. Sejak 1996, kegiatan penebangan hutan di seluruh Indonesia meningkat kepada purata dua juta
hektar setahun dan kini hanya separuh daripada hutan asli Borneo
yang masih kekal. Setelah sekian banyak bencana alam yang agak luar biasa menimpa
hasil daripada pemugaran hutan, penggondolan bukit dan gunung, pembalakan, aktiviti
pembakaran ladang selepas tuai dan kesan pelepasan gas rumah hijau barulah
timbul kesedaran di kalangan kita semua.
Cerita pemugaran hutan lebih kurang
seusia dengan aktiviti menggeruk dasar laut sehingga memberi kesan besar kepada
planet bumi pada 26 Disember 2004. Perubahan iklim yang berlaku sejak 10 tahun
dulu apabila negara ini dan jiran serantau dilanda kemarau pada tahun 1998
menjadi pengajaran cepat yang patut diteladani. Rupanya perubahan iklim bukan
sahaja menjejaskan kualiti udara sehingga menyesak nafas malah mengundang
kegawatan ekonomi. Bagaimana kegiatan harian dan aktiviti luar berjalan seperti
biasa jika indeks kualiti udara menurun. Banjir besar dan luar biasa yang
berlaku di negara jiran kita beberapa bulan yang lalu mengajar kita bahawa
bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan pengurusan alam. Di Indonesia, sejak
musim hujan pada bulan Januari lalu, lebih 130 ribu hektar tanah dilanda
banjir. Di Selatan Malaysia ,
Johor ditimpa banjir dua kali akibat daripada fenomena yang dipanggil sebagai
‘air termenung’ sehingga menjadi takungan air yang besar yang mengakibatkan
banjir berulang apabila hujan lebat berlarutan. Peliknya di negara kita, sebahagian
kawasan pedalaman Tutong dan Labi yang membentuk keluasan hutan sekitar 70% muka
bumi, tiba-tiba digenangi air. Banjir
yang menimpa dikatakan berpunca daripada kenaikan paras air yang mendadak serta
rangsangan hujan sejak beberapa hari kebelakangan. Ini sesuatu yang di luar daripada
pertimbangan waras mengapa banjir boleh berlaku di kawasan berkenaan.
Umum mengetahui
peningkatan guna tanah dipengaruhi oleh pertambahan penduduk dunia dari setahun
ke setahun. Bagi menjamin kestabilan ekonomi, kerajaan dikebanyakkan negara
mula terdesak untuk meneroka kawasan baru untuk membangunkan industri,
mewujudkan kawasan perbandaran dan kediaman bagi penduduk yang bertambah.
Dalam hal ini, tanah lapang sedia ada sudah dipenuhi dengan sekian macam bangunan
dan pusat kediaman ‘merpati bandar’. Ini bermakna sebahagian hutan akan menjadi
korban. Kawasan hutan yang dulunya menjadi kawasan tadahan air dan tempat flora
dan fauna berevolusi, terancam dengan proses pembangunan yang tidak dikawal.
Akhirnya ketirisan hutan menjadi stigma kepada habitat alam sehingga menjejas kitaran
biologi flora dan fauna serta ekosistem akibat daripada penggondolan hutan
berterusan.
Hilir dan muara sungai tidak lagi sejernih dulu. Bahkan tidak
kurang juga dilalui oleh manusia apabila bencana alam bersenandung silih berganti.
Jika dahulu, bencana alam dengan isipadu yang besar datang puluhan tahun akan
datang setelah kejadian pertama, tetapi pada hari ini yakni sejak dekad
terakhir abad ke-20, bencana alam tidak mengenal pusingan waktu lagi. Faktor ini
didorong oleh kerakusan manusia atas nama pemodenan dan pembangunan. Sebenarnya
semua negara sedar dan tahu impak kepada alam sekitar akibat proses pembangunan
dan perindustrian yang tidak terkawal. Negara maju menyalahkan negara membangun
yang bangkit sebagai naga baru. Bagi negara membangun pula, demi survival, mereka
tidak boleh menerima apa saja yang datang daripada Barat, sebaliknya mereka
perlu menjadi pemain ekonomi untuk sama-sama menikmati peluang dan keuntungan.
Pada akhirnya, mereka juga sama-sama memugar alam melalui pelepasan asap
daripada kilang-kilang industri. Untuk menjamin kestabilan industri terutama
janaan tenaga elektrik, minyak mentah diperlukan. Oleh kerana harga minyak
mentah di pasaran dunia tidak menentu dan membebankan pengusaha, bahan bakar
alternatif diperlukan sebagai galang ganti. Terdapat dua jenis bahan bakar
ganti iaitu melalui aktiviti pengayaan uranium yang menghasilkan tenaga nuklear
dan biodiesel. Namun tidak semua negara boleh memajukan tenaga nuklear kerana bimbang
disalah guna. Maka bahan bakar alternatif yang berpotensi ialah biodiesel hasil
daripada kejayaan penyelidikan makmal. Sumber biodiesel datang daripada kelapa
sawit.
Permintaan kelapa sawit yang tinggi di dunia telah menyebabkan banyak
kawasan ladang baru khususnya di Indonesia dibuka dengan sokongan
pelaburan luar. Dikhabarkan, skim yang disokong melalui pelaburan China dianggarkan meliputi kawasan seluas 1.8
juta untuk membuka ladang kelapa sawit terbesar dunia sepanjang sempadan Indonesia
dan Malaysia di Kalimantan. Seperti yang kita sedia maklum, Kalimantan adalah
pengeskport asap ladang terbesar setiap tahun sehingga mengakibatkan negara
serantau seperti Brunei Darussalam , Malaysia
dan Singapura mengalami kualiti udara yang buruk. Kebanyakan asap dicetuskan
melalui pengurusan bahan buangan pertanian secara jimat kos iaitu pokok yang
ditebang akan dibakar sebagai satu cara mudah untuk melupuskan sisa tanaman dan
menyuburkan tanah. Pembakaran yang biasa dilakukan semasa musim panas akan
menyebabkan api tidak dapat dikawal dan merebak sehingga mengambil masa untuk
diatasi. Tambah menyulitkan, tanah gambut yang biasanya menjadi tanah subur
untuk tanaman bertukar menjadi bara yang menerbitkan kepulan asap yang
berpanjangan sehingga menyebabkan pencemaran udara seperti jerebu. Pembakaran
terbuka musim panas bukan sahaja dilakukan oleh syarikat perladangan malah
golongan petani dan pesawah.
Pada hari ini, dengan kawasan hutan yang ditakrifkan
hanya sisa sekangkang kera berbanding 30 tahun lampau, khazanah hutan yang ada
tidak mampu lagi membendung dan mengkitarkan semula asap melalui proses
fotosintesis secara semula jadi. Akibatnya, kepulan asap terus menerawang ke
ruang udara dan seterusnya dibawa arus angin ke negara-negara yang tidak
sepatutnya menerima musibah yang dicetuskan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. Masalah pencemaran udara pada hari tidak boleh dipandang
ringan bahkan menjadi masalah nasional dan isu antarabangsa. Tidak sedikit
negara yang prihatin dengan masalah ini sehingga banyak biaya diperuntukkan
untuk mengatasinya termasuklah usaha mencipta hujan, water-bombing dan
sebagainya. Jika keadaan ini tidak segera diatasi, bukan saja kualiti udara
semakin memburuk malah menjejaskan kualiti hidup, keselamatan, pertumbuhan
ekonomi dan sebagainya menjadi taruhan. Rentetan demi rentetan bencana yang
berlaku menjadi pengajaran kepada kita dan sesuai dengan ingatan yang tertera
dalam bait lagu Ebiet G. Ade “mungkin Tuhan telah marah dengan dosa-dosa kita”.
Memang dalam al-Quran pun sudah jelas dinyatakan bahawa sudah berlaku kerosakan
di darat dan di laut dek tangan-tangan manusia.
Berhubung dengan Deklarasi Borneo,
meski terlambat, tetapi sekurang-kurangnya hutan Pulau Borneo masih bersisa
untuk bukan saja diwarisi oleh anak generasi masa hadapan malah yang lebih
penting penghuni primat rimba daripada pelbagai spesis termasuklah
tumbuhan-tumbuhan yang belum diidentifikasi lagi. Jika tidak ada undang-undang
mencegah pemugaran hutan, kita bukan sahaja berhadapan dengan isu pencemaran
alam bah masalah yang lebih besar lagi iaitu sumber air. Hutan menjadi sumber
kawasan tadahan air untuk menampung keperluan biologi manusia, flora dan fauna,
kegiatan ekonomi dan sebagainya. Sedangkan air yang dicatu atau diberhentikan
sementara untuk tujuan pembersihan tangki, kita sudah menjadi gawat, inikan pula
jika berlaku kemarau panjang. Adalah penting hutan dipulihara sebagai kawasan
tadahan air. Di Kalimantan misalnya, kehidupan masyarakat di sana amat kompleks. Tidak semua penduduk
khususnya di Kalimantan mendapat bekalan air
bersih yang sudah dirawat. Kos air yang
dirawat juga agak mahal. Oleh yang demikian, mereka menggunakan sumber
alternatif seperti air sungai, menakung air hujan bahkan sebahagian daripada
penduduk mencari punca air daripada gunung. Dalam eksplorasi Jejak Kesultanan
di Borneo tahun lepas, penulis mendapat informasi daripada penduduk Sukadana yang
merupakan sebahagian daripada pemekaran wilayah Kabupaten Kayong Utara bahawa
mereka telah mengambil inisiatif dengan mengapung air yang mengalir daripada
bukit dan gunung dengan sistem perparitan yang teratur kemudian disambung
melalui besi paip ke rumah-rumah untuk mendapatkan air.
Di samping
mencegah pemugaran hutan, adalah penting pihak-pihak berkenaan khususnya
pengusaha ladang kelapa sawit di Kalimantan
mengetahui kaedah pengurusan sisa pepejal dan sisa pertanian secara sistematik
dan teratur dengan memperkenal teknik pembakaran sifar berasaskan sistem guna
sama iaitu sisa buangan menjadi baja kepada pokok baru. Golden Hope Plantations
sebuah entiti perladangan terbesar di Malaysia
yang menanam pelaburan besar dalam sektor perladangan kelapa sawit di Kalimantan misalnya telah memperkenal langkah
membersihkan ladang tanpa pembakaran. Teknik pembakaran sifar yang diamalkan ialah
pokok-pokok yang ditebang akan diracik-racikkan sebelum diletakkan di dalam
parit selebar lapan kaki (2.5 meter) dengan kedalaman empat kaki (1.22 meter),
manakala dasarnya selebar (1.83 meter) dengan kedua-dua hujung parit ditutup.
Kaedah zero burning dapat mengurangkan kos racun serangga dan pembajaan
secara kimia kerana bahan yang dilupuskan menjadi baja pokok di samping
mendapat hasil tuaian yang tinggi. Di samping sisa pertanian, pengurusan sisa
pepejal perlu diberi perhatian saksama. Sisa
pepejal meliputi sisa pepejal rumah tangga, komersial, komuniti, pembinaan,
industri dan institusi sebagai contoh kawasan pembuangan Sungai Akar perlu
mendapat suntikan baru melalui teknologi kitar semula agar tidak mencemarkan
alam. Falsafah memulihara dan menyimpan hutan dalam erti kata membekukan
kegiatan pemugaran, penggondolan dan
pembakaran hutan, serta aktiviti pembalakan untuk tujuan pembukaan kawasan baru
sewaktu hutan masih ada demi menghadapi waktu sukar perlu menjadi pengajaran
kepada kita. Kepulauan Borneo perlu sentiasa memiliki hutan simpan yang jauh
mencukupi sebagai kawasan tadahan air, mengawal udara dan memastikan habitat
flora dan fauna kekal terpelihara untuk ditatap oleh anak dan generasi masa
depan. Setiap pembangunan mestilah memberi respon terhadap cabaran bagi
perubahan cuaca dengan cara yang praktikal dan tidak menjejaskan ekonomi
negara. Sesungguhnya langkah yang patut dan perlu diambil ialah menggubal
undang-undang pembakaran dan pemugaran yang lebih tegas, pendidikan alam
sekitar yang lebih komprehensif khusus kepada sektor yang berkait langsung
dengan perubahan iklim, langkah pemantauan, sistem penyampaian yang berkesan
dan pertukaran informasi ketiga-tiga negara untuk memastikan Heart of Borneo
yang dipateri melalui Deklarasi Borneo baru-baru ini, berjejak di bumi dan
bukan sekadar satu dambaan sejarah yang tinggal harapan dan janji.
Jumaat, 25 Januari 2013
SENJA MEMERAH DI PANTAI JIMBARAN, BALI
![]() |
| Pantai Jimbaran di laman Kafe Blue Marlin |
Satu lagi destinasi pelancongan pantai di Pulau Bali
yang popular ialah Pantai Jimbaran. Pantai Jimbaran memang tak kalah banding.
Pantai ini menyajikan sajian makanan laut berjajaran sejauh 700M. Pengunjung
boleh memilih premis mana yang menyediakan makanan laut dengan harga yang
berpatutan seperti Kafe Blue Marlin. Hamparan kerusi meja di pasir pantai bak
tikar yang membentang bagi mengalu-alukan kedatangan pengunjung. Sebenarnya
bukan saja makanan laut yang enak yang menarik pengunjung datang ke Pantai
Jimbaran. Yang dinanti ialah panorama matahari terbenam (sunset). Senja
kian memerah daripada refleks matahari mulai beransur perlahan dan terbenam
umpama sebuah kanvas lukisan alam yang membentang saujana mata memandang. Panorama
tersebut bertambah indah dan meriah dalam samar petang apabila nelayan tempatan
mulai keluar melaut dengan perahu besar yang dinamakan sebagai Jukung.
Muda-mudi bersama pelancong asing bertebaran mandi sambil suara
bersahut-sahutan. Pengunjung pula mulai mengambil tempat bagi merakamkan
suasana pantai yang memerah senja. Setelah penat merakam gambar, pengunjung boleh
memanjakan lidah dengan menikmati makanan laut sambil melihat persembahan tarian
di sebuah pentas khas dan persembahan pemuzik yang datang dari satu meja ke satu meja yang lain
bagi menghiburkan pengunjung.
Khamis, 24 Januari 2013
MENCONTOHI INDONESIA DALAM MEMPERKASA BAHASA
Kebertanggungjawaban moral beberapa hotel
berbintang di Indonesia dalam mensosiolisasikan bahasa Indonesia (BI) sungguh
luar biasa. Bilik persidangan baik yang berskala kecil mahupun besar dinamai
dengan nama yang berkaitan dengan sejarah dan kekayaan tradisi gemilang mereka.
Malah ada yang mensinergikannya dengan ikon dan monumen penting peradaban pengaruh
kerajaan Hindu-Buddha seperti candi. Ini belum termasuk nama yang berbaur
romantisme lokal. Dalam hubungan ini, pembaca tentunya pernah mendengar nama organisasi
seperti Gedung Dewan Perwakilan Rakyat (Gedung DPR), Markas Besar
Polis Republik Indonesia (Mabes Polri) dan Balai Sarbini yang berada di
jantung Plaza Semanggi, kota Jakarta. Demikian pula bangunan atau organisasi
didahulukan dengan nama Gapura dan Graha. Yang menarik, tentunya nama Gedung dan
Balai. Satu ketika Gedung ditanggapi sebagai tempat penyimpanan barang seperti sebuah
gudang berskala besar layaknya, manakala Balai merujuk kepada ruang lapang
berdinding sederhana besar tempat mengadakan mesyuarat dan sidang bagi majlis
perundingan mukim dan kampung. Kelaziman lain penamaan Balai yang digunakan di
negara ini ialah pos-pos cawangan polis di daerah-daerah. Moralnya, peluasan
makna berlaku bukan sahaja berdasarkan kepragmatisan dan kepraktisan konsep kata
itu, tetapi juga bergantung kepada konsep dan pengalaman dunia sesuatu bangsa
seperti halnya pencitraan nama Gedung dan Balai dalam konteks Indonesia tadi.
Di Indonesia, soal penamaan tidak
berhenti setakat Gedung dan Balai, tetapi juga menampilkan satu contoh klasik
yang baik dalam memberikan nilai kepada medan makna bahasa. Contohnya bagaimana
sebuah pusat membeli-belah yang menempatkan butik dan pelbagai produk Indonesia lain yang menampilkan
pengenalan bangunannya dengan citra kedesaan dan nusantara seperti Mal Pondok
Indah. Sebuah toko buku popular selain Gramedia, diberi nama berdasarkan
nama gunung, iaitu Toko Gunung Agung (apakah nama ini diambil dari nama Gunung
Agung, terletak beberapa kilometer dari Ubud, Bali, salah satu permukiman
terkenal para seniman Ubud). Menanggapi penamaan Gunung Agung, ternyata
penamaan ini bermaksud serampang, selain mengangkat kearifan lokal (local
wisdom) bahkan penamaan itu tidak lepas daripada mensinergikan “Gunung Agung” dengan
“buku” yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pembenahan prestasi.
Peranan hotel berbintang dalam
konteks memperkasakan BI, bukan sekadar memberikan
penamaan, malah terdapat sektor lain yang turut mengemban bahasa. Ini dapat
ditelusuri melalui tampilan seni seperti ukiran, lukisan dan binaan. Lihat
sahaja di sesetengah dinding, arah laluan strategis, lobi malah pada bahagian luar bangunan akan ada
ukiran-ukiran, lukisan dan patung, satu kekayaan khas yang berkaitan dengan Javanese
historical. Bahkan hiasan makan siang dan malam sering disertai dengan mini
gerbang ukiran yang juga berkaitan dengan sejarah, paling tidak gerbang pura
masyarakat Bali. Ternyata mereka mempunyai tradisi yang kuat untuk merakyatkan
bahasa, sejarah, dan budaya, dan bagaimana semua perbezaan yang wujud daripada
ras itu dapat menyatu dalam keanekaragaman yang tinggi. Apakah erti semua ini
kepada bahasa. Tentu sekali kita mengenal itu bukan sekadar ukiran, lukisan dan
sebuah patung yang kaku, tetapi juga kita mengenal dan menyebut mereka dengan
nama sekali gus juga menggunakan bahasa. Kesannya, ia bukan sekadar nama tetapi
juga ia satu percikan gema tentang keyakinan tinggi terhadap keupayaan bahasa. Citra
lokal yang ditampilkan menyerlahkan kesan dan pesan tentang betapa pentingnya
pembinaan dan pengembangan prestasi walau sekecil apapun akan tetap berperanan
dalam memberi makna kepada kehidupan.
Sama ada pembaca atau masyarakat di
negara ini melihat catatan ini sebagai sesuatu yang sesuai dibaca atau tidak,
tetapi pemaparan ini bertujuan untuk kita menilai bagaimana sebuah pengetahuan
dan upaya secara sedar dalam memartabatkan citra tempatan melalui penggunaan
bahasa. Penamaan bukan sesuatu yang dipandang mudah kerana sebenarnya ia
berkait rapat dengan pembinaan etos sosial politik sekali gus nilai ekonomi. Ia
menerjemahkan bagaimana bahasa itu dapat bereksplorasi dan berestetika dalam
menyesuaikan peribadinya dengan fragmen-fragmen kehidupan yang menonjol dan
monumental dalam menyerlahkan citranya. Ada kesan seksis yang luar biasa, jika
bahasa disenamakan dengan “tugu”. Rupa bentuk yang wujud secara kekal dan
penampilan gah seperti bangunan, mercu tanda, termasuk hiasan dalaman ini akan
memberikan dampak yang baik dan positif kepada pendaulatan bahasa dan bangsa. Kesan
impresif yang dikembangkan daripada penamaan tersebut amat besar dan signifikan
kepada pembinaan negara bangsa khususnya dari segi pencitraan kepada bangsa ini
dan tanggapan orang asing kemudiannya. Pada akhirnya, penamaan berkenaan
merupakan satu simbol kemenangan manusia dan bangsa dalam menyikapi kesan
perubahan dan kekacauan yang melanda bahasa kini.
Sebenarnya, bahasa bukan sekadar komunikasi
lisan dan tulisan tetapi juga sebuah perjalanan estetik yang serius, pertaruhan
reputasi, kesempurnaan seni dan budaya, cita-cita, keazaman, penghormatan dan
juga satu pembelaan kepada perlembagaan yang dibakukan. Masing-masing kita perlu berjiwa besar dan
memiliki naluri kepedulian yang tinggi lagi solid terhadap kekhasan yang
kita miliki sejak dulu. Lalu mengapa tidak pemain industri perhotelan di negara
ini mengangkat dan mengembangkan prestasi bahasa Melayu secara leluasa dalam
setiap segi perkhidmatannya. Ayuh! kita lestarikannya.
Rabu, 9 Januari 2013
Cintailah Kerja Yang Anda Lakukan
Beberapa orang rakan dan teman yang berminat dan ingin belajar bagaimana menulis dengan baik. Hamba bukanlah penulis yang dapat menghasil sebuah tulisan yang baik. Yang merasa hasil penulisan baik adalah Hamba sendiri. Hamba memuji sendiri bak kata orang banyak, angkat bakul sendiri. Sebenarnya terasa berat menggerakkan pena jika kita tidak mempunyai cukup ilmu apatah lagi kemahiran dalam menuangkan sesuatu idea yang ingin kita wacanakan. Selain rencana umum, Hamba tidak pernah menghasilkan buku, paling sebuah latihan ilmiah yang sudi diterbitkan oleh jabatan. Meski ia diterbitkan sebagai sebuah buku, namun menulis sebuah karya yang bukan berdasarkan komitmen akademik adalah sesuatu hal yang berbeza. Hamba angkat tabik dan salut kepada mereka yang passion dan menekuni dengan baik bidang penulisan hingga mereka dapat menghasilkan buah tangan berupa sebuah karya dalam bentuk buku yang menggugah, berupaya memancing minat dan memberi manfaat kepada orang lain.
Hamba suka membaca dan hampir tidak pernah melepaskan sesaat yang sia-sia tanpa membaca. Hamba merasa hidup tidak akan lengkap tanpa membaca. Bila membaca luas, Hamba mendapat terobosan yang baik tentang hal-hal sosial, ekonomi dan politik yang disajikan dalam media massa. Ini belum termasuk kesukaan Hamba menonton rancangan yang berbentuk bual bicara dan berita. Dengan berbuat demikian, Hamba terdedah dan terbiasa dengan leksikon-leksikon baru, istilah baru termasuk memahami gaya bahasa kewartawanan. Ditambah lagi dengan kecenderungan Hamba mencatat dan merakam dalam minda apa sahaja yang dilihat, didengar dan dibaca yang boleh mendatangkan manfaat di kemudian hari. Lalu pertanyaannya sekarang bagaimana menghasilkan sebuah tulisan yang baik, baik dalam menggarap minit, surat, memorandum, proposal, kertas kerja mahupun mendraf teks ucapan untuk keperluan sesuatu majlis.
Nasihat Hamba, bacalah sekerap mungkin dan biasakan diri anda dengan bahan bacaan yang pelbagai. Ingat membaca tidak pernah mati selagi ada hayat. Kuasai dan fahami perkara yang ingin anda lakukan. Jika perlu, buatlah penyelidikan tergantung kepada tipe komitmen dan arahan tugas yang diserahkan kepada anda. Lakukan sesuatu kerja itu dengan baik, sepenuh hati dan tuntas. Kerahkan segenap potensi yang anda miliki. Jangan melakukannya separuh-separuh. Lakukan dengan penuh rasa sukacita, kasih dan cinta. Hargailah proses. Mungkin adakalanya anda harus berkorban lebih banyak masa dan waktu kerana untuk menghasilkan sesuatu yang baik, anda memerlukan regim disiplin yang ketat sehingga adakalanya anda terlepas menikmati masa senggang bersama kawan-kawan. Prinsip mudahnya, bersiaplah untuk bekerja keras. Nikmati dan cintailah apa yang anda lakukan. Bekerjalah dengan sepenuh hati, sehingga karya yang bakal anda hasil merupakan buah cinta dari seluruh jiwa raga yang anda tumpahkan.
Semoga bermanfaat.
Langgan:
Catatan (Atom)
COVID-19 - Dunia Ini Rapuh dan Tidak Berdaya, Pelajaran Buat Kita
Tidak siapa menduga COVID-19 yang bermula di Wuhan, China merebak ke seluruh dunia. Masyarakat dibuat terpinga-pinga dan panik. Kita dibias...
-
Selasa, 21 Januari 2014 selesai sudah tanggungjawab sebagai wakil jabatan bagi menemuduga calon untuk mengisi jawatan kosong. Alhamdulillah...
-
Majlis Pelancaran di Rizqun Hotel Flag off Jejak Kesultanan Brunei di Borneo yang dilancarkan pada 1 Jun 2006 tiba ke destinasi p...
-
Pandangan sisi depan pata atau cap Seminar Arkelogi, Linguistik dan Sejarah Se-Borneo sempena Pameran Manik-Manik Se-Borneo diadakan pa...

