Sabtu, 5 September 2015

lihat kebunku ada pohon cabe

Usaha budidaya tanah itu lelah bagi orang kantor sepertiku. Ketika berbulan-bulan berjibaku di kerusi melaksanakan pekerjaan dan segala macam titik bengeknya, aku merasa perutku kembung kerana duduk makan tapi tidak membanting tulang di tanah. Ia berbeza dengan masa kecilku yang menolong emak dan nenek di kampung. Membanting tulang hampir setiap hari dan aku tidak pernah mengecewakan orang tua dan sesepuh yang telah banyak berjasa. Asyik. 

Beberapa hari kebelakangan, aku mendatangi teman akrabku masa kecil. Teman akrabku cangkul. Ya cangkul. Aku menyangkul tanah untuk memindahkan semaian lada yang sudah matang dan memerlukan keleluasaan untuk berkembang dan tumbuh besar dengan hasil yang baik. Setelah menyangkul dan memindahkan semaian matang, aku tentu berharap ia tumbuh kembang dengan baik dan indah.

Inilah karyaku 
Menyangkul tanpa bunga-bunga exercise atau pemanasan merupakan satu kejutan pada urat tangan. Entah mengapa, tanganku jadi keter-keter dan grogi ketika mau ngeteh. Ngak bisa diangkat secangkir teh kerana rasa keter-keter di tangan seperti layaknya setahun tidak makan, sedangkan aku tidak lapar waktu itu. Aku gagahi jua sambil tawa kerana kerja kolar putih yang jarang berkegiatan budidaya tanah itu tidak bisa dikejut-kejutkan kecuali kita memang melakukannya setiap hari.

lada gue
Pagi ini dan beberapa hari sebelumnya, aku melihat bangga budidaya tanah dengan menanam cabe panjang itu mula menebarkan pesonanya. Berbuah lho. Inilah karyaku hasil kolaborasi dengan tanah. Baru lapan pokok, bayangkan kalau 30! Hasil yang lapan pohon ini saja sudah cukup lumayan, buat masak-masak dan dibuat sambal ijo. Nah, ini namanya lelah yang berhasil kerana kita berhasil menjadikan sesuatu itu dengan usaha selain dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala. 

Tak pernah ada yang sia-sia jika kita berbudi pada tanah. Mereka yang berbudi pada tanah dan telah memberi makan pada banyak orang itu adalah pahlawan kemerdekaan. Aku juga pahlawan lho, paling tidak untuk diri sendiri. Pahlawan yang melawan kemalasan dan merasa selesa dalam zonnya.

Hasil cabe cukup matang dan pagi ini aku memetiknya satu persatu dengan senyum menguntum dan rasa bangga yang teramat. Menghabiskan sepohon memetik cabe yang sudah matang pada ketika atmosfera kebun di sekitar rumahku memang tiada, menyebab aku kurang motivasi. Ia tentu sangat berbeza ketika seorang petani menuai hasil pada ketika di siklus tempat ia berbudidaya itu di kelilingi hamparan tanaman yang matang dan segerombolan petani yang dengan sibuknya menuai. Di tempatku, cuma aku seorang yang rajin budidaya cabe...hahaha. Rupanya penat juga menghabiskan sepohon memetik dengan duduk, bongkok dan cangkung. Moralnya, ketika anda membeli dan menggunakan cabe, ingatlah bahawa cabe-cabe itu telah membuat keringat banyak orang dan memberi rezeki untuk makan pakai petani dan keluarga mereka. Ya, mereka wajar diiktiraf sebagai pahlawan kemerdekaan dan pahlawan bagi food security dalam memperkasa bahan baku untuk kebutuhan dalam negeri. Dengannya, negara bisa mandiri untuk keperluan bahan baku dan tentunya tidak perlu mengimport. Untukku, setidaknya untuk sementara ini tidak perlu berbelanja 5 dollar untuk sekilo cabe. Alhamdulillah, syukurilillah.


RTM adalah juaranya

Asyik menonton program TV2 Juara Bertemu Juara. Ketika menonton, kebetulan sudah dipertengahan siaran. Jadi yang dilihat tidak banyak. Yang tidak banyak ini cukup mengesankan. Mengapa? Ini kerana lagu yang dinyanyikan evergreen belaka. Dan tak kalah seru lagu irama Malaysia yang dibawa secara duet. 

Pertama, secara personal aku ingin mengangkat tangan tanda tabik kepada RTM. Meskipun sudah lama memenuhi obligasi sosialnya selaku media kerajaan dalam menyajikan berita, hiburan dan dokumentari, dalam bab hiburan, nampaknya RTM tidak buru-buru. RTM mengangkat dan mengetengahkan produk hiburan yang berkualiti. Ketika RTM menganjurkan Bintang RTM, mereka yang berjaya di grand final adalah calon yang fit untuk menjadi penyanyi yang berkualiti dan memang punya passion sebagai entertainer. Ya, entertainer yang pekerja keras untuk jaya bukan untuk mengejar kepopularan sesaat. Itulah mengapa produk Bintang RTM selalu diingat sampai ke hari ini. Anda tentu kenal dan mengingati antara beberapa nama terkenal daripada Bintang RTM seperti Sudirman Haji Arshad, Jamal Abdillah, Juliza Adlizan dan Raisudin Hamzah. Ini belum termasuk rancangan popular satu ketika dahulu melalui tagline HMI atau Hiburan Minggu Ini yang menggabungkan duo penyanyi popular sekali gus, sehingga duo tersebut dikenal sebagai duo maut yang selalu membius ramai orang dengan duet lagu mereka.


Melihat program Juara Bertemu Juara semalam membuat minda dan jiwaku dan mereka yang seusia terpaku sejenak. Juara-juara ini mendendangkan lagu-lagu evergreen. Penyanyi yang kurang lebih seusia denganku itu mendendangkan lagu yang tentunya pernah membesarkan mereka dan aku dahulunya. Yang menghipnotis, penyanyi undangan malar segar yang masih memiliki suara emas seperti masa mudanya. Siapa lagi kalau bukan D.J Dave dan Andre Goh. Mendengar kededuanya menyanyi aku terpaku sejenak. Lagu ini menghantar fikiranku ke mesin waktu pada masa-masa tahun 1980-an, zaman agraris (pertanian) ketika tenologi belum begitu pesat seperti hari ini. Dekad itu, seni benar-benar menjadi media yang mengesankan, seni sebagai media yang membangunkan peradaban dan pengembangan falsafah sesuatu budaya masyarakat, seni juga bahagian daripada nutrisi jiwa, membuat tubuh merasa tenang dan damai.  Seni dan muzik itu melahap hati dan rasa kerana dahulu syair yang dilagukan itu dicipta dengan menangkap getaran kisah masyarakat khususnya anak-anak muda, sama ada mereka ini perantau, pencari rezeki, sedang galau, perindu yang agung, rindu kasih dan segala macam sehingga syair yang dinyanyikan itu benar-benar hidup dan mewakili jiwa dan rasa anak muda pada zamannya. Ini ditambahkan lagi dengan nyanyian dan suara emas mereka yang memang membuai dan aduhai. 

Berbalik kepada RTM, pada ketika Bapak Menteri lama Tan Sri Dato Rais Yatim mengetuai kementerian yang di bawah ada RTM, hampir setiap minggu ada saja program hiburan yang menampil bintang-bintang evergreen menyapa halwa jiwa masyarakat. Program hiburan yang mengangkat nuansa evergreen itu rasanya bukan sekadar acara atau mengisi slot hujung minggu tetapi ia tentu menghantar pesan dan kesan sosial kerana acara hiburan sebenarnya tidak terlepas daripada nilai esensial penting dalam memperkasakan seni dan budaya masyarakat yang tujuan akhirnya untuk memanusiakan manusia.

Aku menyambut program pada zaman pimpinan Bapak Menteri Rais Yatim dengan semangat dan antusiasme tinggi dan tidak pernah terlupa untuk menontonnya. Yang disajikan RTM biasanya luar biasa mantap kerana mereka selalu memastikan program yang disiarkan kemas dan jauh daripada kesan error. Bab ini, RTM sangat selektif dan berselera tinggi. Kini meskipun Bapak Menteri Rais tidak lagi di kementerian berkenaan, RTM tidak pernah menghampakan khalayak dalam menebarkan pesonanya.

Moga RTM dan penyanyi evergreen ini akan selalu merenda kasih masing-masing dengan program dan suara emas mereka. Aku melihat program seperti ini sebagai sebuah keharmonisan, kualiti dan tuaian prestasi yang tiada dua dan tiganya di media hiburan lain. 


Khamis, 3 September 2015

merenda kasih itu perlu di mana-mana

Tidaklah mudah menjadi ketua namun tidak juga sesulit mana, asal kita tahu bagaimana mengendalikannya. Menjadi ketua dalam struktur kecil meskipun di peringkat bahagian dengan keramaian karyawan sekitar 38 orang itu rentan bermasalah kerana masing-masing dengan cara, sikap dan rasanya. Ialah kita bekerja dengan struktur konkrit yang memiliki jiwa bukan barang. Pekerjaan adalah ruang sosial yang menempatkan ragam manusia, dan siapa pun yang diposisikan sebagai sosok sentral itu harus memposisikan diri sebagai figur integral yang neutral.  Oleh kerana itu, kita perlu memahami denyut nadi permasalahan dan berusaha merespons dengan baik. Anak-anak karyawan di mana juga adalah mereka yang punya hati, rasa dan jiwa yang terkadang tidak setuju, bersetuju untuk tidak bersetuju, tidak dapat menerima, suka mengomel, dan macam-macam. Kelebihannya, mereka tetap melaksanakan kerja meski adakalanya riak kecil yang menyapa, membuat mereka kurang bersemangat.

Perlu diingat, tiada satu pendekatan yang bersifat ideal sebelum sesuatu komitmen itu menjadi ideal dan berjalan mulus kemudian. Yang menjadikan sesuatu pendekatan baharu itu kurang ideal ketika kuakan ideanya dibaca dan difahami salah. Ia mungkin kerana keterbiasaan lama yang sudah diterima sebagai satu bentuk atau amalan, mungkin tidak mahu bersusah-susah kerana sudah terbebani dengan perkara lain, mengandaikan yang bukan-bukan dan masalah yang sudah terstruktur yang menyebabkan ruang setuju mereka terhalang dan sempit.

Anak-anak karyawan di mana pun jua adalah sosok yang punya hati dan rasa yang inginkan perhatian paling tidak bertanya khabar, memberi salam, mendekati mereka dengan ramah dan bertanya tentang perkembangan pekerjaan yang telah mereka laksanakan. Namun tidak mungkin untuk mendekati mereka setiap hari kerana setiap pekerjaan atau komitmen itu memiliki tenggat waktu yang tentunya memerlukan fokus untuk berfikir, merancang, melaksana dan menyiapkannya.

Menyempati waktu membawa mereka berbincang dan memberikan komunikasi pencerahan tentang sesuatu perkara yang bakal dilaksanakan dan memahamkan mereka betapa pentingnya memaknai konsep sharing of responsibility atau collective responsibility rupanya lentera yang berguna setidaknya dapat mengubah pandangan mereka terhadap sesuatu itu berdasarkan apa rasionalnya. Mereka pada akhirnya dapat pencerahan dan memetik saripati dan mauduk tujuan sesuatu itu dengan baik, Melihat ekspresi mereka suka, itu sebuah respons yang amat menyenangkan. Pada akhirnya, manusia sebagai makhluk sosial dambakan komunikasi yang interns. Komunikasi interns lagi elok itu menyenang dan menguntungkan untuk semua. Komunikasi interns juga adalah satu bentuk atau upaya kita untuk membangun kedekatan menjadi sedekat mungkin bersama mereka. Melalui pendekatan yang ramah dan bersahabat, segalanya tentu menjadi mudah.

Hal terpenting dari semuanya ialah sebagai sebuah struktur yang memiliki sumber daya manusia yang agak besar, kita mesti selalu mengingati sampai bila-bila bahawa perhubungan dan pekerjaan yang sudah terbentuk sejak lama itu tentunya memiliki semangat, energi dan kebersamaan sehingga kita semua dapat menciptakan momen-momen indah yang tak terlupakan dalam menjayakan sesuatu komitmen itu. Kebersamaan dan kesatupaduan inilah yang perlu dijaga dan dipertahan.



Jumaat, 28 Ogos 2015

tema yang menyapa hati dan jiwa

Negara yang baru merasai merdeka atau negara yang belum sampai 50 tahun merdeka, tema-tema yang diangkat lebih menjurus kepada harga dan erti sebuah kebebasan. Semangat dan laung merdekanya tentu meresap dan riuh dengan kegaduhan sukacitanya. Bukan senang meraihnya apatah lagi jika kebebasan itu diperoleh dengan harga yang mahal melalui perjuangan panjang yang melibatkan darah dan air mata. Menyongsong beberapa tahun kemudian, tema hari merdeka lebih menjurus kepada ungkapan-ungkapan strategik yang berbentuk wawasan, matlamat, kejuruteraan sosial dan segala macam yang berbau pembangunan, pemodenan dan perkembangan yang ingin dicapai atau apakah bentuk state of art yang ingin dipertahankan.

Kini setelah sesebuah negara itu menjadi lebih dewasa apatah lagi dihuni oleh kumpulan masyarakat yang rencam dengan kepelbagaian bangsa dan bahasa, tema kemerdekaan mulai memperlihatkan kalimat-kalimat yang berbaur romantisisme, puitis dan cinta. Temanya mula mengarah dan menyapa ke hati dan kalbu. Esensial maknanya mengarah pada kasih dan sayang. Bukan kasih dan sayang sesaat tetapi kasih dan sayang yang segar sepanjang masa. Pendek kata, tema yang diangkat menuntut setiap orang menjadi warganegara yang baik, saling peduli, saling berbagi, saling membahu dan tentunya saling menghargai. Lebih jauh, kasih dan sayang di bawah satu bendera, satu bahasa dan satu negara. Mengapa demikian? Kesatuan atau persatuan masyarakat pluralisme di bawah satu bendera, satu bahasa dan satu negara tidak boleh rentan goyah dan lemah sehingga mengakibatkan berlakunya percikan perkauman yang tidak dapat dibendung. Perpecahan memberi dampak besar kepada kestabilan dan ketenteraman. Inilah harga yang perlu dibayar jika tidak berhati-hati.

Jika sebelumnya, Malaysia memilih tema "Disini Lahirnya Sebuah Cinta" tahun ini negara berkenaan mengangkat tema "Sehati Sejiwa". Tema yang menularkan energi positif. Secara rumusan matematik, jawapan tema dahulu menjurus kepada mencintai watan atau tanah air tempat dilahir dan dibesarkan, manakala tema terbaharu menjurus kepada penghargaan sesama. Namun secara substantif, kededua tema berkenaan tersebut menobatkan hal yang sama penting iaitu pengukuhan sosial serta rakyatnya perlu memiliki hati yang solid untuk bersatu dan maju bersama.

Ingatlah kemerdekaan bukan cuma prasasti dan mengingatinya setiap tahun tetapi kemerdekaan adalah bagaimana kita menggerakkan diri untuk melakukan hal-hal yang positif dan menggemakan spirit untuk menyuburkan keamanan, kestabilan, kebersamaan dan kebahagiaan dalam sebuah rumah besar sosial yang dikeliling rasa egois, jurang sosial ketara dan ketidakadilan yang tumbuh di mana-mana yang pada bila-bila masa rentan terpecah. Jadi kededua tema hari kebangsaan yang memaknai hati ini tentunya untuk menyerap hikmah elit-elit nasionalisme terdahulu yang mendedikasi diri, mengabdi dan berjuang dengan hati, mengorbankan apapun demi sebuah kepentingan yang lebih besar yang kini dinikmati oleh generasi hari ini. Ketika para elit dan pejuang nasionalisme telah pergi dalam damai abadi, siapakah kini menjadi pahlawan untuk memastikan negara kita aman dan damai? Siapakah yang memastikan kita benar-benar menikmati kemerdekaan? Pemimpin yang adil adalah pahlawan dan negarawan, polis dan tentera adalah pahlawan, kita semua adalah pahlawan mereka yang di luar sana adalah juga pahlawan seperti pekebun, petani, pesawah, peladang, penternak dan nelayan adalah juga pahlawan kemerdekaan. Merekalah yang memastikan keselamatan makanan untuk dimakan tetap ada. Mengapa mereka turut dikatakan pahlawan kemerdekaan? Kemerdekaan bukan sekadar filosofi tetapi kemerdekaan adalah juga tentang martabat dan kemandirian dalam segala sesuatunya. Yang demikian tukang bersih dijalanan juga adalah pahlawan kerana dedikasi sepanjang masa merekalah negara dipuji dan dipuja cantik.  Demikian pula pemandu bas, MRT dan LRT, keretapi apatah lagi pilot, mereka juga adalah pahlawan. Kemerdekaan yang mendasar itu ialah kita berterima kasih dan menghargai keamanan sehingga semua orang dapat memainkan peranan masing-masing pada ketika kita sendiri tidak boleh melakukan peranan semua mereka serentak dalam satu hari, seminggu, sebulan bahkan setahun! Jadi, selalulah berterima kasih dan menghargai.

Sebagai jiran terdekat dan berada dalam persambungan geografi melalui sempadan geopolitik khususnya di Pulau Borneo ini, tentunya rakyat di sini berharap kestabilan dan keamanan yang berkekalan baik di Sarawak, Sabah mahupun Semenanjung Malaysia sementelah pula kita dalam rumpun bangsa dan bahasa yang sama. Kestabilan dan keamanan yang berkekalan memberikan faedah dan manfaat bersama dan menguntungkan kededua pihak. Itulah yang kita inginkan sampai bila-bila.

Salam Merdeka Salam Serumpun

Alkisah dan kisah yang benar adanya

Masyarakat Cina di Brunei bukanlah penduduk jati atau asli (genuine). Mereka adalah golongan pendatang. Nenek moyang mereka berasal daripada tanah besar China. Masyarakat Cina silam terkenal sebagai golongan penghijrah yang memiliki visi yang jauh. Mereka adalah golongan yang berani mencabar diri untuk berhijrah ke negeri atau wilayah baru pada ketika wilayah berkenaan tidak memiliki apa-apa tetapi menjanjikan masa hadapan. Dahulu, rupa bumi negara ini hanya barisan rumah kajang, basikal, kereta lama dan distrik bisnis yang terpecah-pecah seolah-olah tidak memiliki hayat yang panjang tetapi masih bertahan. Begitulah situasi di Brunei DS dahulu sebelum penemuan minyak dan gas pada tahun 1929 di Seria yang telah mengubah segalanya. Dek bangsa ini terkenal dengan visi bisnis dan memang pemain bisnis yang gigih, mereka menjadi bangsa yang bekerja keras untuk hidup, membangun ekonomi dan mewujudkan kawasan baru perniagaan. Seperti biasa, apabila kawasan baru diwujudkan, maka tempat kediaman diperlukan sebagai pemangkin ekonomi. Tanah diteroka dan dibangunkan. Ekonomi terus subur dan memperlihatkan masa depan yang cerah bagi kehidupan yang baik. Maka berbondong-bondonglah bangsa Cina dari tanah besar China berhijrah ke negara ini. Mereka beranak pinak dan memilih menetap kerana Brunei Darussalam adalah negara yang aman, damai dan menjanjikan kekayaan serta kemakmuran.

Di mana-mana belahan dunia, diketahui bangsa Cina adalah bangsa yang progresif dan memberi keutamaan pada pendidikan yang baik. Hari ini, di Brunei Darussalam, mereka menjadi masyarakat kapitalis dan pemodal yang produktif. Hampir semua distrik bisnis dibangun, dikuasai dan dijalankan oleh masyarakat ini. Mereka masyarakat yang setia kepada negara baru. Inilah tempat hidup dan mati mereka. Harapnya begitu. Namun satu hal yang mendukacita ialah bangsa ini terlihat begitu oportunis kerana mereka mungkin beranggapan nama, wang dan kedudukan boleh membeli pengaruh ditambah pula masyarakat kita memang begitu baik dan tolerans.

Nak dijadikan cerita, Rabu, 26 Ogos 2015, sebuah kedai roti baharu dibuka. Kedai roti ini diberi nama "Bake Culture" dan di bawahnya tertera tulisan skrip Cina. Aduhai. Pembukaan kedai yang melanggar aturan ini menjadi viral. Seharian masyarakat disibukkan membahaskan isu ini. Elit Melayu dan masyarakat biasa, ikut gusar dan gundah serta terpanggil membincang dan mengomentari apa yang berlaku. Apa jadi dengan mereka yang kelihatan semakin berani seolah tidak tahu di mana bumi mereka berpijak. Jangan kata siapa yang memiliki kedai itu tetapi tanyalah apa yang mereka perbuat telah menggusarkan dan membuat resah hati rakyat dan penduduk jati negara ini apatah lagi agensi yang berkuasa dengan perkara berkenaan. Mereka nyata-nyata telah melanggar aturan. Perlu diingat, setiap pengurus perniagaan harus tahu betul bahawa sebelum menaikkan papan nama perniagaan, ada aturan tersurat yang perlu dipatuhi. Tulisan Jawi harus besar, dua kali ganda daripada tulisan Rumi, dan letak tulisan Jawi di atas. Mengikuti selepas itu adalah bahasa Melayu, dan bahasa asing yang menggunakan tulisan Rumi (sekiranya ada) bukan skrip Cina. Mengatakan bahawa rantaian bisnis antarabangsa (franchise) tidak perlu dijawi atau dibahasamelayukan adalah jawapan yang kurang cerdas, tidak peka, tidak menyemak, kurang menghormati aturan yang berlaku dan menunjukkan betapa tidak kisah dan oportunisnya bangsa berkenaan ketika ini di Brunei Darussalam. Starbuck, KFC, Mc D, Lexus, Gloria Jeans antara beberapa rantaian francais antarabangsa menggunakan tulisan Jawi pada papan nama premis mereka. Siapa Bake Culture? Mendirikan bisnis dan melancarkan perasmian tanpa mematuhi persyaratan menaikkan papan tanda bermakna anda mencuba memancing dan memperlecehkan kewibawaan agensi penguatkuasa apatah lagi penduduk jati negara ini. Adalah tidak manis dan tidak bijak memilih memviralkan sesuatu tetapi saat yang bersamaan jelas-jelas melanggar aturan yang berlaku. Ia tidak harus diterima dan tidak dibenarkan sama sekali apatah lagi dibiarkan membudaya.

Sebagai bangsa yang diberi status kewarganegaraan, boleh  memiliki aset, hartanah dan tidak pernah diganggu gugat, mereka sepatutnya menjadi bangsa yang santun dan tahu diri. Lihatlah bagaimana minoriti Melayu atau Islam yang tinggal di China seperti etnik Uighur, Melayu di Selatan Thai dan Melayu di Singapura, minoriti Islam di Zamboanga dan Mindanao yang dapat beradaptasi, perlu membiasakan diri dan tahu diri kerana mereka adalah masyarakat minoriti. Mereka menggunakan bahasa Cina, bahasa Siam, bahasa Inggeris dan bahasa Tagalog. Mereka akur, patuh, taat dan tunduk dengan kerajaan di negara berkenaan termasuk aturan-aturan yang ditetapkan.

Kami di Brunei DS tidak menuntut banyak. Penting sekali, anda harus akur, patuh dan tunduk kepada Baginda Sultan dan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam termasuk beradaptasi, menghormati, memahami dan menyesuaikan diri serta mengikuti aturan yang berlaku. Akur, tunduk dan hormat yang tidak memiliki makna tersirat tetapi perlu dizahirkan dengan ikhlas.

Gunakan tulisan Jawi dan bahasa Melayu di papan nama perniagaan, kenderaan, kain rentang dan tirai pentas. Tiada tempat bagi tulisan Cina kerana ini bukan negara jati anda. Ingatlah dalam Dokumen Kerakyatan 1961, hanya tujuh puak diiktiraf sebagai penduduk jati Brunei, iaitu Melayu Brunei, Kedayan, Tutong, Belait, Dusun, Bisaya dan Murut. Maknanya secara konstitutional negara, bangsa anda tidak tercatat. Jadi apa yang telah dizahirkan oleh local genius dahulu dalam menggubal perkara ini pada zaman pemerintahan Almarhum Begawan, dinilai sebagai sebuah pandangan strategik dan perkara istimewa yang jauh ke hadapan bagi memelihara dan mengukuhkan citra negara ini sebagai negara Melayu Islam Beraja. Dokumen Kerakyatan dan MIB harus kekal di negara ini selagi ada bulan dan bintang.

Wahai bangsa Cina di Brunei DS, anda seharusnya menjadi bangsa yang tahu diri. Kami akan terus memastikan bagaimana kelakonan anda seterusnya. 

Tiba masanya negara ini memerlukan Perintah Bahasa dan Tulisan Jawi bagi mendidik dan mencerdaskan masyarakat apatah lagi golongan pemodal ini untuk akur pada aturan yang berlaku. Mereka perlu diberi penalti untuk mendidik dan mendisiplin mereka yang berkenaan. Tiada tolak ansur mengenainya demi memastikan ciri-ciri khas bagi pembinaan negara bangsa atau state of art negara ini tidak diperkotakkatikan oleh bangsa asing.

Alhamdulillah, setelah hal papan tanda tersebut menjadi viral, kini tulisan Jawi telah mula dipasang. Jangan cuba-cuba memperlecehkan aturan yang ditetapkan.

Jumaat, 14 Ogos 2015


Laluan PanBorneo seambisius harapanku dan mereka

Projek ambisius PanBorneo menelan belanja RM15 bilion. Laluan PanBorneo ini dijangka siap dalam tempoh 6 ke 7 tahun dari sekarang. Komitmen pembinaan laluan secara bertahap iaitu fasa demi fasa kini telah mula berjalan rancak di negeri jiran kita Sarawak dan Sabah. Perlu diketahui laluan PanBorneo bagi menyambung perhubungan darat antara Sarawak dan Sabah tidak dibuat terus melalui Miri dan Limbang sebaliknya kekal seperti laluan sekarang iaitu Sarawak - Brunei - Sabah dan begitulah sebaliknya. Terdapat keinginan tinggi bagi penduduk Limbang menginginkan laluan menghubungkan Limbang terus ke Miri dan sebaliknya. Kedudukan Limbang bak susunan sandwich yang terapit di tengah itu dirasakan menyulitkan kelancaran lalulintas dengan kadar segera, kerana secara geopolitik penduduk Limbang begitu juga Lawas harus melalui dua pos kawalan imigrasi Brunei, baik di Kuala Lurah mahupun di pos kawalan Labu, Temburong sebelum melanjutkan perjalanan baik ke Sarawak atau Sabah. Melalui pos kawalan, baik satu apatah lagi dua bukan sesuatu yang mengembirakan sebaliknya membuat sakit kepala dan meresahkan serta sering membuat kita buru-buru mengejar masa, marah pada mereka yang perlahan atau imigrasi yang lambat melaksanakan proses imbasan dan cap. Ia menuntut kesabaran tahap maksima terutama pada hari hujung minggu atau cuti panjang persekolahan. Namun sebagai warganegara yang berbeza, menghormati kedaulatan undang-undang negara yang dituju harus dipatuhi bagi menghindarkan tindakan yang tidak diigini.

google images bagi Peta Laluan PanBorneo
Saya memerhatikan bahawa projek ambisius yang memiliki manfaat ekonomi dan pengaliran barangan serta perkhidmatan ini tentulah memberikan limpahan ekonomi kepada penduduk sekitarnya jika ia digarap dengan kesedaran yang jelas dan rapi. Adalah mustahil dalam rantaian panjang laluan tersebut tidak ada kegiatan ekonomi baru tumbuh apatah lagi dengan siapnya jambatan mega sebagai penghubung dua pulau besar dan kecil yang terpisah oleh jalur sungai.

Pembangunan prasana dan penaiktarafan jalan raya telah bermula sejak siapnya pembinaan Jambatan Persahabatan yang menghubungkan Temburong dan Limbang. Jabatan Persahabatan ini tidak keterlaluan dikatakan sebagai tiang seri yang membuka jalan bagi perancangan yang besar seperti laluan PanBorneo tersebut walaupun diketahui inisiatif projek berkenaan telah diuar-uarkan dan dijanjikan dalam manifesto pilihanraya negeri dan parlimen di Malaysia dalam PRU13.

Pembangunan prasarana dan penaikan taraf jalanraya dalam peta laluan PanBorneo di sebelah Sarawak dan Sabah telah bermula sejak 31 Mac 2015 khususnya di Sarawak yang bermula dengan pembinaan Fasa 1 dari Teluk Melano (Selatan Sarawak) hingga Miri yang dijangka menelan kos RM18 bilion. Fasa kedua melibatkan Merapok, Lawas hingga ke sempadan Sabah. Kejuruteraan besar pembinaan laluan ini kebanyakan melibatkan laluan di Sarawak yang secara keseluruhannya laluan PanBorneo ini dijangka siap menjelang tahun 2022. Difahamkan lebuhraya berkenaan tidak mengenakan tol.

Sebenarnya kerancakan pembinaan laluan tidak sahaja berlaku di Sabah dan Sarawak, bahkan juga perkembangannya dapat dilihat di negara ini yang memang sudah termasuk dalam pelan induk pembangunan negara. Kebetulan pembinaannya bertembung dengan rancangan besar di negeri jiran dan perkara ini mungkin bukan satu kebetulan tetapi dibuat melalui perancangan rapi dan kerjasama strategik yang erat yang terjalin selama ini. Ia bermula dengan siapnya pembinaan Kompleks CIQ di Sungai Tujoh yang menunggu masa yang sesuai untuk dibuka. Kemudian prasarana jalan raya melibatkan biaya yang tinggi seperti penaiktarafan jalan penghubung Seria bypass dan Rasau yang menghala ke bandar yang sedang rancak ditingkatkan yang pastinya melibatkan jalan sehala di sebelahnya nanti. Seterusnya pembinaan jambatan penghubung di Telisai yang telah berjalan sejak lama. Siapnya jabatan ini tentunya mengurangkan tekanan dan beban bagi jalan raya lama yang menghubungkan Sungai Liang - Telisai yang selalu mengalami masalah kesesakan trafik apabila berlaku kemalangan dan kerosakan kenderaan dalam satu-satu masa.

Seterusnya perkembangan fizikal yang menelan belanja jutaan ringgit juga terus berjalan seperti pembinaan jambatan dan laluan penghubung yang menghubungkan Sungai Kebun dengan Bandar Seri Begawan serta projek yang jambatan yang sudah lama dinanti iaitu jambatan yang menghubungkan Bandar Seri Begawan dengan Temburong yang khabarnya siap pada tahun 2018. Siapnya jambatan penghubung dari Bandar Seri Begawan ke Temburong tentulah memberi kemudahan bukan kepalang kepada penduduk Temburong yang sudah lama mengimpikan jambatan berkenaan bagi memudahkan mereka melaksanakan urusan kehidupan dan perhubungan antara saudara dan penduduk dapat berjalan tanpa batas dan waktu. Begitulah sebaliknya bagi masyarakat dan penduduk di BSB. Pastinya industri makanan dan minuman (food and beverages) akan tumbuh pesat kerana pergerakan manusia dapat dipendekkan dan cepat bagi merangsang pertumbuhan ekonomi di daerah Temburong ini. Yang lebih penting juga, pergerakan ke sempadan menjadi lebih mudah khususnya penduduk di negara ini yang berhajat ke Sabah dan daerah sekitarnya. 

Baru-baru ini, iaitu pada 11 Ogos 2015, Brunei Darussalam dan Malaysia telah bersepakat bagi memperpanjang waktu perkhidmatan imigrasi di pos kawalan sempadan darat kededua negara dilanjutkan sehingga pukul 12 malam bagi melancarkan lalulintas manusia, barang dan perkhidmatan. Orang yang seusia saya dan mereka yang sudah menempoh masa-masa puncak tentu berharap diberi kesempatan usia dan tenaga untuk melalui hari bersejarah berkenaan nanti. Mengapa kami begitu ambisius dan berharap tinggi? Ia tidak lain kerana alam yang membentang di Pulau Borneo ini memiliki bentangan keindahan semula jadi yang membentang dari daratan, sungai, bukit, banjaran hingga gunung dan dihuni oleh penghuni primet yang unik serta pulau ini terkenal dengan kepelbagaian bionya. Atmosfera ini menjanjikan petualangan yang mencabar, keterujaan dan pengalaman yang didapatkan. Semoga jalan raya berkenaan siap tepat waktu dan kami dapat menikmati kesempatan berkenaan dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala. Amin Ya Rabilalamin.


COVID-19 - Dunia Ini Rapuh dan Tidak Berdaya, Pelajaran Buat Kita

Tidak siapa menduga COVID-19 yang bermula di Wuhan, China merebak ke seluruh dunia. Masyarakat dibuat terpinga-pinga dan panik. Kita dibias...