Entri kali ini hanya gambar bercerita...howkay. Aku dah lelah nak menulis. Biarlah gambar ini bercerita dan anda menyerap maksudnya. Yang penting, Eastwood Valley nih menjanjikan pengalaman percutian yang menarik, privasi, masa yang berkualiti dan bernilai...ekkk. Jauh dari kesibukan dan kebisingan kota. Bagi anda yang berminat cuti ala-ala kampung gitu, pilihlah bilik jenis superior di hotel ni. Ingat superiorrr. Kereta anda boleh diparkir berdekatan dengan tempat menginap. Jadi tak lelah angkat barang terutama bagi anda yang crazy mazy membeli belah. Aikk, tadi aku cakap tak nak menulis. Akhirnya menulis daaa...
Bilik Superior yang berbentuk cottage rumah kampung gitu |
Satu blok terdiri dari dua pintu |
Ni bilik 206 dan 207 tempat kami menginap |
Dua katil queen saiz dlm bilik superior. Besar saiz bilik ni |
Tarif semalam pada bulan Disember 2014 |
happy mak dan anak |
ala-ala atas angin gitu |
Ni bilik jenis deluxe. Satu blok ada 8 pintu..cantik tapi I like kampung stail di superior. Kat sini ramai orang Brunei tinggal. Kereta bleh parkir depan pintu bilik |
Yang tu bangunan utama Eastwood Valley |
dah abih fesen jadi pilih pandang kat pokok...kelas gitu |
Mcm gambar kat program hari raya TV3...hahaha |
Ni aku dan anak aku tengah kayaking. Best woo. Elok mak bapak ikut mendayung kerana anak zaman siber selalu tekan keypad dan kena didik mereka macam mana berkayuh maju dan undur..hihi |
Petang-petang bleh pi jogging kat pelataran kayu di pinggiran danau |