Khamis, 12 Disember 2013

Koleksi Manik Puak Lun Bawang

Pandangan sisi depan pata atau cap
Seminar Arkelogi, Linguistik dan Sejarah Se-Borneo sempena Pameran Manik-Manik Se-Borneo diadakan pada 27-28 November 2013 di Arkib Negara, Perasmian seminar ini telah diadakan di Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan.
Pandangan sisi belakang pata

Penulis antara yang diundang untuk mempresentasikan makalah dalam seminar berkenaan. Penulis telah membuat kajian mengenai manik dalam kalangan puak Lun Bawang di Brunei Darussalam kerana secara kasat mata didapati puak ini paling menonjol sekali dalam mengetengahkan material budaya manik dalam acara keraian dan festival yang melibatkan masyarakat ini sama ada dalam kalangan sesama mereka mahupun ketika diundang untuk mempersembahkan tarian kebudayaan masyarakat.
Manik kecil - alai darie yang disulam pada baju gaun

Kajian telah dilaksanakan di Temburong dan di Kampung Long Tuma sekitar 5KM dari pekan Lawas dengan bantuan Dayang Dora Yating, Timbalan Ketua Kebudayaan Persatuan Lun Bawang. Informan yang banyak membantu memberikan pencerahan ialah Litad Mulok, 63 tahun dari Kampung Long Tuma. Atas cinta kasihnya dengan manik yang menjadi bahagian daripada pakaian budaya masyarakat Lun Bawang, beliau telah diiktiraf sebagai "Tukang Ulung" atau pakar pemanik oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia. Selain itu, beliau dianugerah bintang A.M.N (Ahli Mangku Negara) oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke-13.
Tali pinggang

Kajian lapangan yang dilaksanakan di Kampung Long Tuma, Lawas telah memberi penjelasan dari mana bahan baku manik diperoleh. Ternyata manik dibuat daripada tanah liat yang diperoleh di dasar sungai. Tentunya tanah liat yang berkualiti dan mempunyai daya tahan kerana tanah liat berkenaan melewati beberapa proses iaitu pengepalan, pembentukan, pelubangan, penjemuran, pembakaran dan pewarnaan
Bahagian sisi kirin dan kanan tali pinggang

Manik yang siap diwarna dikeringkan

Manik yang siap dibakar dan dilorek

Pata yang kelihatan lebih asli berbanding manik seramik yang lebih berkilat

Gandingan pata seramik dan pata biasa

Manik yang dibentuk menjadi gelang dan kalung
Kini, manik bukan sahaja menjadi pakaian budaya malah telah dikomersialkan menjadi barangan perhiasan seperti gelang, kalung, keronsang.
Sumber asas manik dari tanah liat yang diperoleh dari Sungai Long
Tuma untuk diproses menjadi manik

Sedikit penjelasan mengenai puak Lun Bawang khusus identifikasi atau rujukan. Di Brunei Darussalam, rujukan rasmi bagi puak ini ialah Murut. Namun dalam kalangan sesama puak ini, mereka lebih akrab dan intim disebut sebagai Lun Bawang. Hal ini nampak jelas dan konkrit apabila terminologi Lun Bawang digunakan bagi perkara berikut:

1. Lun Bawang FC
2. Persatuan Lun Bawang Murut Brunei
3. Dewan Masyarakat Lun Bawang, Kampung Parit
4. Kluster Penanam Padi Puak Lun Bawang.
Informan penulis - Litad Mulok A.M.N

Antara manik yang siap untuk dijual

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

COVID-19 - Dunia Ini Rapuh dan Tidak Berdaya, Pelajaran Buat Kita

Tidak siapa menduga COVID-19 yang bermula di Wuhan, China merebak ke seluruh dunia. Masyarakat dibuat terpinga-pinga dan panik. Kita dibias...