Negara yang baru merasai merdeka atau negara yang belum sampai 50 tahun merdeka, tema-tema yang diangkat lebih menjurus kepada harga dan erti sebuah kebebasan. Semangat dan laung merdekanya tentu meresap dan riuh dengan kegaduhan sukacitanya. Bukan senang meraihnya apatah lagi jika kebebasan itu diperoleh dengan harga yang mahal melalui perjuangan panjang yang melibatkan darah dan air mata. Menyongsong beberapa tahun kemudian, tema hari merdeka lebih menjurus kepada ungkapan-ungkapan strategik yang berbentuk wawasan, matlamat, kejuruteraan sosial dan segala macam yang berbau pembangunan, pemodenan dan perkembangan yang ingin dicapai atau apakah bentuk state of art yang ingin dipertahankan.
Kini setelah sesebuah negara itu menjadi lebih dewasa apatah lagi dihuni oleh kumpulan masyarakat yang rencam dengan kepelbagaian bangsa dan bahasa, tema kemerdekaan mulai memperlihatkan kalimat-kalimat yang berbaur romantisisme, puitis dan cinta. Temanya mula mengarah dan menyapa ke hati dan kalbu. Esensial maknanya mengarah pada kasih dan sayang. Bukan kasih dan sayang sesaat tetapi kasih dan sayang yang segar sepanjang masa. Pendek kata, tema yang diangkat menuntut setiap orang menjadi warganegara yang baik, saling peduli, saling berbagi, saling membahu dan tentunya saling menghargai. Lebih jauh, kasih dan sayang di bawah satu bendera, satu bahasa dan satu negara. Mengapa demikian? Kesatuan atau persatuan masyarakat pluralisme di bawah satu bendera, satu bahasa dan satu negara tidak boleh rentan goyah dan lemah sehingga mengakibatkan berlakunya percikan perkauman yang tidak dapat dibendung. Perpecahan memberi dampak besar kepada kestabilan dan ketenteraman. Inilah harga yang perlu dibayar jika tidak berhati-hati.
Jika sebelumnya, Malaysia memilih tema "Disini Lahirnya Sebuah Cinta" tahun ini negara berkenaan mengangkat tema "Sehati Sejiwa". Tema yang menularkan energi positif. Secara rumusan matematik, jawapan tema dahulu menjurus kepada mencintai watan atau tanah air tempat dilahir dan dibesarkan, manakala tema terbaharu menjurus kepada penghargaan sesama. Namun secara substantif, kededua tema berkenaan tersebut menobatkan hal yang sama penting iaitu pengukuhan sosial serta rakyatnya perlu memiliki hati yang solid untuk bersatu dan maju bersama.
Ingatlah kemerdekaan bukan cuma prasasti dan mengingatinya setiap tahun tetapi kemerdekaan adalah bagaimana kita menggerakkan diri untuk melakukan hal-hal yang positif dan menggemakan spirit untuk menyuburkan keamanan, kestabilan, kebersamaan dan kebahagiaan dalam sebuah rumah besar sosial yang dikeliling rasa egois, jurang sosial ketara dan ketidakadilan yang tumbuh di mana-mana yang pada bila-bila masa rentan terpecah. Jadi kededua tema hari kebangsaan yang memaknai hati ini tentunya untuk menyerap hikmah elit-elit nasionalisme terdahulu yang mendedikasi diri, mengabdi dan berjuang dengan hati, mengorbankan apapun demi sebuah kepentingan yang lebih besar yang kini dinikmati oleh generasi hari ini. Ketika para elit dan pejuang nasionalisme telah pergi dalam damai abadi, siapakah kini menjadi pahlawan untuk memastikan negara kita aman dan damai? Siapakah yang memastikan kita benar-benar menikmati kemerdekaan? Pemimpin yang adil adalah pahlawan dan negarawan, polis dan tentera adalah pahlawan, kita semua adalah pahlawan mereka yang di luar sana adalah juga pahlawan seperti pekebun, petani, pesawah, peladang, penternak dan nelayan adalah juga pahlawan kemerdekaan. Merekalah yang memastikan keselamatan makanan untuk dimakan tetap ada. Mengapa mereka turut dikatakan pahlawan kemerdekaan? Kemerdekaan bukan sekadar filosofi tetapi kemerdekaan adalah juga tentang martabat dan kemandirian dalam segala sesuatunya. Yang demikian tukang bersih dijalanan juga adalah pahlawan kerana dedikasi sepanjang masa merekalah negara dipuji dan dipuja cantik. Demikian pula pemandu bas, MRT dan LRT, keretapi apatah lagi pilot, mereka juga adalah pahlawan. Kemerdekaan yang mendasar itu ialah kita berterima kasih dan menghargai keamanan sehingga semua orang dapat memainkan peranan masing-masing pada ketika kita sendiri tidak boleh melakukan peranan semua mereka serentak dalam satu hari, seminggu, sebulan bahkan setahun! Jadi, selalulah berterima kasih dan menghargai.

Sebagai jiran terdekat dan berada dalam persambungan geografi melalui sempadan geopolitik khususnya di Pulau Borneo ini, tentunya rakyat di sini berharap kestabilan dan keamanan yang berkekalan baik di Sarawak, Sabah mahupun Semenanjung Malaysia sementelah pula kita dalam rumpun bangsa dan bahasa yang sama. Kestabilan dan keamanan yang berkekalan memberikan faedah dan manfaat bersama dan menguntungkan kededua pihak. Itulah yang kita inginkan sampai bila-bila.
Salam Merdeka Salam Serumpun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan