Masyarakat Cina di Brunei bukanlah penduduk jati atau asli (genuine). Mereka adalah golongan pendatang. Nenek moyang mereka berasal daripada tanah besar China. Masyarakat Cina silam terkenal sebagai golongan penghijrah yang memiliki visi yang jauh. Mereka adalah golongan yang berani mencabar diri untuk berhijrah ke negeri atau wilayah baru pada ketika wilayah berkenaan tidak memiliki apa-apa tetapi menjanjikan masa hadapan. Dahulu, rupa bumi negara ini hanya barisan rumah kajang, basikal, kereta lama dan distrik bisnis yang terpecah-pecah seolah-olah tidak memiliki hayat yang panjang tetapi masih bertahan. Begitulah situasi di Brunei DS dahulu sebelum penemuan minyak dan gas pada tahun 1929 di Seria yang telah mengubah segalanya. Dek bangsa ini terkenal dengan visi bisnis dan memang pemain bisnis yang gigih, mereka menjadi bangsa yang bekerja keras untuk hidup, membangun ekonomi dan mewujudkan kawasan baru perniagaan. Seperti biasa, apabila kawasan baru diwujudkan, maka tempat kediaman diperlukan sebagai pemangkin ekonomi. Tanah diteroka dan dibangunkan. Ekonomi terus subur dan memperlihatkan masa depan yang cerah bagi kehidupan yang baik. Maka berbondong-bondonglah bangsa Cina dari tanah besar China berhijrah ke negara ini. Mereka beranak pinak dan memilih menetap kerana Brunei Darussalam adalah negara yang aman, damai dan menjanjikan kekayaan serta kemakmuran.
Di mana-mana belahan dunia, diketahui bangsa Cina adalah bangsa yang progresif dan memberi keutamaan pada pendidikan yang baik. Hari ini, di Brunei Darussalam, mereka menjadi masyarakat kapitalis dan pemodal yang produktif. Hampir semua distrik bisnis dibangun, dikuasai dan dijalankan oleh masyarakat ini. Mereka masyarakat yang setia kepada negara baru. Inilah tempat hidup dan mati mereka. Harapnya begitu. Namun satu hal yang mendukacita ialah bangsa ini terlihat begitu oportunis kerana mereka mungkin beranggapan nama, wang dan kedudukan boleh membeli pengaruh ditambah pula masyarakat kita memang begitu baik dan tolerans.
Nak dijadikan cerita, Rabu, 26 Ogos 2015, sebuah kedai roti baharu dibuka. Kedai roti ini diberi nama "Bake Culture" dan di bawahnya tertera tulisan skrip Cina. Aduhai. Pembukaan kedai yang melanggar aturan ini menjadi viral. Seharian masyarakat disibukkan membahaskan isu ini. Elit Melayu dan masyarakat biasa, ikut gusar dan gundah serta terpanggil membincang dan mengomentari apa yang berlaku. Apa jadi dengan mereka yang kelihatan semakin berani seolah tidak tahu di mana bumi mereka berpijak. Jangan kata siapa yang memiliki kedai itu tetapi tanyalah apa yang mereka perbuat telah menggusarkan dan membuat resah hati rakyat dan penduduk jati negara ini apatah lagi agensi yang berkuasa dengan perkara berkenaan. Mereka nyata-nyata telah melanggar aturan. Perlu diingat, setiap pengurus perniagaan harus tahu betul bahawa sebelum menaikkan papan nama perniagaan, ada aturan tersurat yang perlu dipatuhi. Tulisan Jawi harus besar, dua kali ganda daripada tulisan Rumi, dan letak tulisan Jawi di atas. Mengikuti selepas itu adalah bahasa Melayu, dan bahasa asing yang menggunakan tulisan Rumi (sekiranya ada) bukan skrip Cina. Mengatakan bahawa rantaian bisnis antarabangsa (franchise) tidak perlu dijawi atau dibahasamelayukan adalah jawapan yang kurang cerdas, tidak peka, tidak menyemak, kurang menghormati aturan yang berlaku dan menunjukkan betapa tidak kisah dan oportunisnya bangsa berkenaan ketika ini di Brunei Darussalam. Starbuck, KFC, Mc D, Lexus, Gloria Jeans antara beberapa rantaian francais antarabangsa menggunakan tulisan Jawi pada papan nama premis mereka. Siapa Bake Culture? Mendirikan bisnis dan melancarkan perasmian tanpa mematuhi persyaratan menaikkan papan tanda bermakna anda mencuba memancing dan memperlecehkan kewibawaan agensi penguatkuasa apatah lagi penduduk jati negara ini. Adalah tidak manis dan tidak bijak memilih memviralkan sesuatu tetapi saat yang bersamaan jelas-jelas melanggar aturan yang berlaku. Ia tidak harus diterima dan tidak dibenarkan sama sekali apatah lagi dibiarkan membudaya.
Sebagai bangsa yang diberi status kewarganegaraan, boleh memiliki aset, hartanah dan tidak pernah diganggu gugat, mereka sepatutnya menjadi bangsa yang santun dan tahu diri. Lihatlah bagaimana minoriti Melayu atau Islam yang tinggal di China seperti etnik Uighur, Melayu di Selatan Thai dan Melayu di Singapura, minoriti Islam di Zamboanga dan Mindanao yang dapat beradaptasi, perlu membiasakan diri dan tahu diri kerana mereka adalah masyarakat minoriti. Mereka menggunakan bahasa Cina, bahasa Siam, bahasa Inggeris dan bahasa Tagalog. Mereka akur, patuh, taat dan tunduk dengan kerajaan di negara berkenaan termasuk aturan-aturan yang ditetapkan.
Kami di Brunei DS tidak menuntut banyak. Penting sekali, anda harus akur, patuh dan tunduk kepada Baginda Sultan dan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam termasuk beradaptasi, menghormati, memahami dan menyesuaikan diri serta mengikuti aturan yang berlaku. Akur, tunduk dan hormat yang tidak memiliki makna tersirat tetapi perlu dizahirkan dengan ikhlas.
Gunakan tulisan Jawi dan bahasa Melayu di papan nama perniagaan, kenderaan, kain rentang dan tirai pentas. Tiada tempat bagi tulisan Cina kerana ini bukan negara jati anda. Ingatlah dalam Dokumen Kerakyatan 1961, hanya tujuh puak diiktiraf sebagai penduduk jati Brunei, iaitu Melayu Brunei, Kedayan, Tutong, Belait, Dusun, Bisaya dan Murut. Maknanya secara konstitutional negara, bangsa anda tidak tercatat. Jadi apa yang telah dizahirkan oleh local genius dahulu dalam menggubal perkara ini pada zaman pemerintahan Almarhum Begawan, dinilai sebagai sebuah pandangan strategik dan perkara istimewa yang jauh ke hadapan bagi memelihara dan mengukuhkan citra negara ini sebagai negara Melayu Islam Beraja. Dokumen Kerakyatan dan MIB harus kekal di negara ini selagi ada bulan dan bintang.
Gunakan tulisan Jawi dan bahasa Melayu di papan nama perniagaan, kenderaan, kain rentang dan tirai pentas. Tiada tempat bagi tulisan Cina kerana ini bukan negara jati anda. Ingatlah dalam Dokumen Kerakyatan 1961, hanya tujuh puak diiktiraf sebagai penduduk jati Brunei, iaitu Melayu Brunei, Kedayan, Tutong, Belait, Dusun, Bisaya dan Murut. Maknanya secara konstitutional negara, bangsa anda tidak tercatat. Jadi apa yang telah dizahirkan oleh local genius dahulu dalam menggubal perkara ini pada zaman pemerintahan Almarhum Begawan, dinilai sebagai sebuah pandangan strategik dan perkara istimewa yang jauh ke hadapan bagi memelihara dan mengukuhkan citra negara ini sebagai negara Melayu Islam Beraja. Dokumen Kerakyatan dan MIB harus kekal di negara ini selagi ada bulan dan bintang.
Wahai bangsa Cina di Brunei DS, anda seharusnya menjadi bangsa yang tahu diri. Kami akan terus memastikan bagaimana kelakonan anda seterusnya.
Tiba masanya negara ini memerlukan Perintah Bahasa dan Tulisan Jawi bagi mendidik dan mencerdaskan masyarakat apatah lagi golongan pemodal ini untuk akur pada aturan yang berlaku. Mereka perlu diberi penalti untuk mendidik dan mendisiplin mereka yang berkenaan. Tiada tolak ansur mengenainya demi memastikan ciri-ciri khas bagi pembinaan negara bangsa atau state of art negara ini tidak diperkotakkatikan oleh bangsa asing.
Alhamdulillah, setelah hal papan tanda tersebut menjadi viral, kini tulisan Jawi telah mula dipasang. Jangan cuba-cuba memperlecehkan aturan yang ditetapkan.
Alhamdulillah, setelah hal papan tanda tersebut menjadi viral, kini tulisan Jawi telah mula dipasang. Jangan cuba-cuba memperlecehkan aturan yang ditetapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan