Ahad, 25 Januari 2009
Fly Fly
Sabtu, 24 Januari 2009

Buku ini ditulis berdasarkan hasil kajian lapangan penguasaan ejaan murid-murid sekolah rendah kerajaan dan sekolah misi di daerah Brunei dan Muara. Sebanyak 20 buah sekolah rendah kerajaan di keempat-empat buah zon dan 8 buah sekolah misi terlibat sebagai responden dalam kaji selidik ini. Hasil daripada kaji selidik, pemerhatian dan analisis, dipaparkan beberapa masalah yang menjadi punca utama kelemahan penguasaan dalam kalangan pelajar. Sisi kelemahan merangkum aspek kecekapan dan persembahan termasuk juga hal-hal sosiologi masyakarat iaitu pengaruh persekitaran pembelajaran yang menjadi sebahagian daripada faktor yang menyumbang kepada kelemahan penguasaan murid-murid.
Penulis mengusulkan beberapa saran guna untuk memperbaiki dan mengatasi kelemahan dengan matlamat utama, iaitu "manusia mungkin tidak sempurna dalam segala hal namun tidak salah bagi kita memikirkan jalan menuju kesempurnaan itu".
Buku ini dijual di kedai buku DBP. Harga sebelum diskaun BND8.00. Berguna kepada mahasiswa sains sosial bagi mempelajari teknik riset dan analisis data.
Selamat membaca.
Langgan:
Catatan (Atom)
COVID-19 - Dunia Ini Rapuh dan Tidak Berdaya, Pelajaran Buat Kita
Tidak siapa menduga COVID-19 yang bermula di Wuhan, China merebak ke seluruh dunia. Masyarakat dibuat terpinga-pinga dan panik. Kita dibias...
-
Pandangan sisi depan pata atau cap Seminar Arkelogi, Linguistik dan Sejarah Se-Borneo sempena Pameran Manik-Manik Se-Borneo diadakan pa...
-
Selasa, 21 Januari 2014 selesai sudah tanggungjawab sebagai wakil jabatan bagi menemuduga calon untuk mengisi jawatan kosong. Alhamdulillah...
-
Dr. Mataim semasa Sidang Eksekutif Ke-50 Mabbim, Jakarta Kuingin abadikan belasungkawa yang mendalam kepada mentorku yang telah banyak...