Putaran hidup ini umpama sebuah jurnal. Ada halaman 1,2,3 berikut dan seterusnya. Dalam mengendalikan kehidupan, ada perkara yang tersurat, tidak kurang juga senario luar duga atau paling tidak itulah hakikat kehidupan yang perlu kita lewati. Penting sekali kita mestilah sentiasa menjadi orang yang bersiap sedia sepanjang masa, kerana kehidupan kita sebenarnya adalah satu proses saling mengisih. Yang muda akan tua, yang di bawah akan naik lambat-laun. Demi masa, adakah kita pernah terfikir untuk bersiap sedia. Bersiap sedia itu ialah satu elemen perancangan iaitu kita bersiap sedia untuk hari esok. Jika kita mahu terbang jauh dan membuat lompatan besar dalam merealisasikan angan-angan, kita perlu bersiap sedia untuk meningkatkan tampungan ilmu dan kemahiran kerana elemen kesiapsediaan itu merupakan satu stimulat atau recharge guna sebagai akaun diri kita pada masa hadapan. Untuk bersiap sedia, jangan bermula pada hari esok, mulakan pada detik ini.
Ahad, 25 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
COVID-19 - Dunia Ini Rapuh dan Tidak Berdaya, Pelajaran Buat Kita
Tidak siapa menduga COVID-19 yang bermula di Wuhan, China merebak ke seluruh dunia. Masyarakat dibuat terpinga-pinga dan panik. Kita dibias...
-
Pandangan sisi depan pata atau cap Seminar Arkelogi, Linguistik dan Sejarah Se-Borneo sempena Pameran Manik-Manik Se-Borneo diadakan pa...
-
Selasa, 21 Januari 2014 selesai sudah tanggungjawab sebagai wakil jabatan bagi menemuduga calon untuk mengisi jawatan kosong. Alhamdulillah...
-
Dr. Mataim semasa Sidang Eksekutif Ke-50 Mabbim, Jakarta Kuingin abadikan belasungkawa yang mendalam kepada mentorku yang telah banyak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan