Dahulu ketika saya melewati usia kanak-kanak iaitu pada era tahun 70-an, media tv hitam putih menyajikan cerita bersiri "Combat" perang antara kapitalisme dengan komunisme. Sangat popular siri Combat pada waktu itu ditengah-tengah kesenjangan siaran movie tv kepada khalayak. Combat bukan satu-satunya serial yang ditunggu bahkan juga cerita seperti Little House on the Praire menarik minat orang seperti saya. Mengenai Combat, ia mengisahkan perang konvensional antara Amerika dan Jerman, iaitu perlawanan antara sekularisme, kapitalisme sekali gus demokrasi menentang ideologi komunisme di bawah pimpinan Jerman Timur. Melihat kepada senario dan waktu pada masa itu, memang perlawanan ideologi berkenaan dipengaruhi oleh era perang dingin atau perang saraf dua adikuasa. Seperti biasa US menjadi antagonis, Jerman protagonis. Jerman dimomokkan dan dikalahkan dalam setiap siri "Combat" berkenaan, baik di darat, laut dan udara. Namun, kemenangan Amerika dalam siri itu juga tidaklah mudah. Watak seperti Sarjan Saunders, Little John dkk dalam tentera Amerika diangkat sebagai pejuang yang perkasa dan simbol nasionalis. Dalam versi tv hitam putih yang sebahagian penduduk di kampung saya ketika itu masih menggunakan bateri sebagai pengecas tv, masyarakat berteleku dari tua ke muda menatap aktor seperti Rick Jackson, Vic Morrow dkk menghidup cerita Combat yang penuh aksi dan reaksi. Combat menjadi wahana yang mengetengah konsep nasionalis 'The Greatest Amerika" dalam menghapuskan komunisme yang diketuai oleh tentera Jerman. Tentera Jerman ditampilkan sangat berdisiplin, kemas dengan blazer panjang hitam dan topi yang yang licin berwarna hitam tanpa corak menutupi telinga dengan wajah yang bengis, gerun dan predator yang datang secara berkumpulan untuk melahap musuhnya. Begitulah potret tentera Jerman dilukis. Sebaliknya pula, tentera Amerika dipotretkan sebagai pejuang yang berani dan pekerja keras yang segalanya super untuk menciptakan keamanan raya bagi seluruh dunia dalam era perang dingin.
Tidak cukup dengan serial Combat, masyarakat di Asia juga dimomokkan cerita tentera Jerman menjadi hantu yang bangun daripada laut setelah kapal perang mereka ditenggelamkan. Saya masih ingat ketika tinggal di asrama di Dorm Hang Jebat, Sekolah Tunku Ampuan Durah, Seremban pada tahun 1986 - 87, movie seram lewat malam Sabtu menjadi magnet buat kami untuk menonton cerita seram yang dipotretkan melalui tentera Jerman yang mati dan bangun dari laut dalam menuju pantai sebagai zombie yang menakutkan.
Kini semua momokkan itu telah berlalu dan tenggelam dalam sejarah era perang dingin yang tidak kemana-mana. Perang dingin cuma menerbitkan rasa gelisah dan getaran psikologi siapa kuat sehingga manusia menjadi kreatif menciptakan mesin perang moden berteknologi tinggi, perlumbaan satelit angkasa bagi tujuan pengintipan antara negara sekular dengan negara komunisme serta munculnya blok Timur dan blok Barat yang kita kenal sebagai Pakatan Warsaw diketuai oleh UniSoviet dan Pakatan NATO dipimpin oleh Amerika. Sejak tembok Berlin tumbang dek iktikad dan keinginan rakyat Jerman untuk bersatu dan runtuhnya UniSoviet pada tahun 1998 semasa era pimpinan Michael Gorbachev kepada Boris Yeltsin, ideologi demokrasi dan kapitalisme menjadi garis baharu, dan Jerman muncul sebagai negara super dan perkasa baik dari segi ekonomi, penghasilan produk berteknologi tinggi dan sangat berdisiplin dalam pengurusan perbelanjaan negara. Jerman antara negara maju yang menjadi negara adikuasa yang suaranya didengar, nasihat dan pandangannya diterima bagi negara yang boros seperti Greece dan Portugal yang mengalami krisis ekonomi beberapa tahun yang lalu.
Nah, kembali kepada hal substansi kemenangan Jerman di Piala Dunia 2014 Brazil. Apakah kemenangan sebagai pesepak bola terbaik antara yang terbaik di jagat raya tahun 2014 tidak ada hubungannya dengan sejarah? Rasanya tidak. Negara yang berperadaban tinggi dan menjunjung kualiti untuk meningkatkan daya saing mereka tentunya tidak terlepas daripada pengaruh sejarah pembinaan negara bangsa (nation building) yang panjang seperti mana negara Jerman. Movie skeptikal seperti Combat dan zombie yang dipotretkan melalui tentera Jerman tersebut tidak memberi kesan psikologi yang menggagalkan mereka untuk maju dan berdiri tegak sebagai bangsa yang memiliki akar sejarah bangsa yang kuat satu ketika. Sebagaimana teguhnya Berlin melalui tembok yang telah menjadi sejarah keperihan, sejarah pembinaan negara bangsa yang panjang dan masyarakat Jerman yang terkenal dengan kepakaran taktikal dan disiplin, Jerman sebagai sebuah kesatuan bangsa dan jenama tentunya menjadi amunisi ampuh dalam mendongkrak jati diri mereka sebagai bangsa yang dahaga prestasi tinggi baik dalam bidang ekonomi, sosial, politik dan tidak terkecuali dalam acara sukan dunia baik dalam bola sepak mahupun dalam siri Formula 1 yang diwakili melalui AMG Mercedes melalui pemandu mereka Nico Rosberg yang kini mendahului kutipan mata dalam siri F1.
Piala Dunia 2014 mencatat sejarah bagi Jerman sebagai pasukan benua Eropah pertama menjuarai Piala Dunia di bumi Amerika Selatan. Jerman menjadi juara Piala Dunia empat kali iaitu pada tahun 1954, 1974, 1990 dan terbaharu 2014. "Goetze kamu benar-benar istimewa dan dianggap sebagai dewa sepak bola. "Generasi emas akhirnya telah diberkahi kerana semangat juang dan upaya yang tak mengenal lelah" begitu laporan media Harian Bild, Jerman sebagaimana yang dikutip oleh berita Xinhua dan Republika. Der Tagesspiegel mengatakan kemenangan tersebut adalah saat penobatan buat generasi bola sepak yang nyaris meraih gelar, tapi belum dapat mewujudkan sampai akhir.

Ramai peminat memerhati kemenangan itu sebagai penting dan memiliki peranan dalam sejarah kerana ia hadir selepas 24 tahun Jerman Barat menewaskan Argentina pada 1990, beberapa bulan sebelum negara Eropah itu mengatasi era perang dingin yang dipisahkan melalui Tembok Berlin iaitu satu negara menjadi dua, Jerman Barat (sekular) dan Jerman Timur (warisan komunisme). Kemenangan Jerman selepas kali terakhir negara Eropah itu memegang Piala Dunia pada tahun 1990 bukan sahaja penting bagi menunjukkan Jerman bersatu bahkan ia mengantar pesan mendalam kepada dunia betapa Jerman yang berdisiplin dan maju itu benar-benar bersatu padu.