Jika anda belum pernah menginjak kaki ke Kota Pontianak, Kalimantan Barat, tentu anda tertanya-tanya apa ada atau ada apa di kota berkenaan. Apakah kota itu menyediakan segala yang anda inginkan sama seperti anda dapatkan di Kota Kinabalu atau di Kuching. Yang pasti ketika anda ke Pontianak tiada Pontianak begitu juga ketika anda ke Kuching tidak kelihatan kucing siam dan kucing cantik berkeliaran. Untuk makluman anda, Kota Pontianak tidak semoden dan tidak setanding dengan kededua bandar berkenaan maksud saya Kota Kinabalu dan Kuching, dari segi prasana pusat membeli belah, kuliner, hotel, kondotel, lapangan terbang (bandara), tempat wisata dll, namun sebagai perbandingan awal Kota Pontianak tentu lebih baik dari Labuan! Kota Pontianak adalah kota yang padat dan sesak baik dari geliat kehidupan dan pranata kota yang tidak tersusun. Pemandangan tak biasa ini tetap pula menjadi tarikan sembrani bagi ramai orang untuk datang ke kota ini kerana dimenangkan oleh nilai tukaran, keinginan tiap orang yang hobinya suka berpetualang dan meneroka di Pontianak serta wilayah sekitarnya yang menjanjikan keadaan topografi mencabar dan pemandangan baru yang tidak didapatkan di tanah air.
Untuk anda yang baru dan berhasrat ingin ke sana, sedikit info yang dapat saya kongsikan di sini. Dari segi bahasa, rata-rata masyarakat Pontianak berbahasa layaknya seperti orang bercakap bahasa Malaysia standard meskipun lenggok suaranya kedengaran keras. Ini kerana kota ini bersambung geografi dengan Sarawak. Masyarakat di Sarawak sering berpergian dan berulang alik ke kota ini untuk mendapatkan bahan baku. Kedua, kebanyakan masyarakat Islam di kota Pontianak adalah orang Melayu yang memang lenggok tutur seperti orang Malaysia (ini pandangan saya saja). Jadi mudah untuk berbual dengan karyawan tempatan yang bekerja di hotel, rumah makan dan pusat membeli belah.
Tentang tempat wisata yang sering diidolakan dan dijual kepada wisatawan tidak banyak sebenarnya. Anda mungkin boleh pergi ke Taman Aloe Vera (Lidah Buaya) yang diproduksi sebagai bahan kecantikan, permen (gula-gula kecil) dan minuman. Kota Pontianak paling menonjol disinonimkan dengan Equator atau titik Khatuliswa. Silalah berkunjung ke Tugu Khatulistiwa atau Equator Monument yang tersedia di Jl. Khatulistiwa. Sayangnya tempat ini tidak terawat di bahagian luarnya. Di pekarangan monumen ini tersedia gerai menyediakan air kelapa muda untuk menghilangkan dahaga. Tempat wisata lain di kota ini ialah Istana Qadriyah, Kesultanan Pontianak. Namun ketika ini istana berkenaan sedang dibaik pulih. Anda juga boleh ke Alun-alun Kapuas semacam Waterfront. Berkunjung ketika sore kerana waktu sore dikatakan lebih meriah kerana aneka jualan disediakan sementara menunggu matahari terbenam. Jangan tak tahu bahawa di Pontianak terdapat kawasan hutan hujan tropika yang terpelihara. Namanya sahaja cukup indah bernuansa alami. Sebut saja nama Danau Sentarum Nasional Park. Danau berjarak 700KM dari Kota Pontianak. Cukup jauh. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Danau Sentarum ini, sila dapatkan maklumat di internet yang memang banyak diberikan. Anda juga boleh menaiki boat atau cruise yang disebut sebagai Kapuas River Cruise.
Kuliner, adalah kekata popular yang selalu ditanya ramai orang luar yang datang ke kota ini. Siapa tidak pernah rasa lapar, cuba. Memang terdapat banyak pusat kuliner yang biasa dikunjungi masyarakat setempat dan wisatawan misalnya Abang Kepeting, Pondok Kakap, Pondok Nelayan etc. Namun penulis tidak dapat memberikan rekomendasi apakah makanan yang disediakan halal dalam semua segi kerana kebanyakan operator penyedia makanan ini adalah penduduk asli tempatan berketurunan Cina. Jika ragu, silalah berkunjung ke Ayani Mall salah satu mall terbesar dan termoden di kota ini. Di situ ada Cobek Penyek dan Pondok Ale-Ale yang menyediakan menu kuliner yang boleh menggugah selera anda. Terdapat food court di mall berkenaan, namun anda perlu pastikan ia disediakan oleh penduduk tempatan berbangsa Melayu dan masyarakat Pulau Jawa yang berhijrah dan mengadu nasib di kota ini. Pokoknya hidangan yang disediakan halal. Bagi mereka yang mencintai makanan fast food khususnya anak muda, terdapat KFC dan A&W di sana. Untuk kuliner Melayu, saya cadangkan anda pergi ke Champargo, salah satu kuliner masakan Padang berdekatan dengan Mall Pontianak - Ramayana. Enak dan menjanjikan selera anda terbuka apabila melihat pelbagai hidangan yang disediakan. Jangan lupa mencuba jus jeruk sebagai pembasah tekak.
Tentang penginapan, begitu banyak hotel yang dibangunkan di kota ini. Anda boleh melayarinya lewat window Agoda.com. Sedikit tips pemesanan hotel di kota ini, anda jangan tergoda dengan keindahan dan kecantikan gambar hotel dan kondisi bilik yang dipaparkan. Tentu sahaja gambar berkenaan dipaparkan sejak hotel tersebut didirikan hingga sekarang tanpa dikemaskini...hahaha. Sebagai panduan, anda jangan menempah dahulu tetapi bacalah komen pengunjung di Tripadvisor. Bagi penulis, untuk penginapan di kota ini, anda tidak boleh berharap terlalu banyak kerana Pontianak tentu jauh berbeda dengan kota metropolis Jakarta. Rata-rata komen pengunjung di Tripadvisor yang menginap di semua hotel yang bertaburan di kota Pontianak, penulis dapat membuat kesimpulan sederhana iaitu hampir semua hotel di sana mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Contohnya, mungkin sahaja hotel tersebut mempunyai tampilan atau imej korporat yang baik dari segi bangunan yang tampil gah, kemas dan tertata rapi, ruang lantai lobinya luas dan karyawan reservasi yang cekap, kolam renang yang luas dan cantik begitu juga jalan menuju ke bilik anda di kiri dan kanannya tertata rapi. Hmm..nanti dulu, jangan mudah terpesona. Perhatikan perkara ini, adakah alat penghawa dingin di lobi berfungsi dan tidak dimatikan, kondisi biliknya ok dan kelengkapan dalam bilik memuaskan. Berdasarkan pengalaman penulis, belum tentu persis semua ok dan indah. Tak percaya, rasai sendiri pengalamannya nanti. Ada juga hotel yang merupakan rantaian hotel terkenal dengan brand tempatan namun ketika anda sampai dengan untuk check in, rupanya lobi hotel di tingkat 3! Yang pasti, disebalik kekurangan dan kelemahan yang ada, hiburan malam khususnya live band tersedia di cafe hotel buat pengunjung duduk santai sambil mendengar dan berhibur. Di samping itu, sarapan pagi di kebanyakan hotel di kota ini disediakan seawal pukul 5 pagi bahkan bisa dimajukan lebih awal pada pukul 4 pagi sekiranya anda dalam kumpulan yang ramai dan perlu check out dinihari untuk mengejar pesawat atau pulang pagi menggunakan jalan darat.
Tentang pusat membeli belah, terdapat tiga mall di kota ini iaitu Ayani Mall, Mall Gajah Mada di dalamnya ada Matahari dan di Mall Pontianak di dalam ada Ramayana. Barang keperluan seperti baju dan kasut daripada pelbagai kumpulan usia ada terjual di mall berkenaan. Kualitinya baik dan tidak perlu diragukan kerana mall-mall besar tentu memiliki kualiti kontrol sebelum kelengkapan berkenaan dapat menembusi mall ini untuk dijual kepada pengunjung. Barang yang dijual murah dan berkualiti tentu. Jika penat berjalan, betis terasa kencang dan jari kaki terasa nyilu, mampirlah ke Salon Johny Andrea yang memfasilitasi refleksi kaki. Minta urut yang nyaman, jangan keras-keras kerana kita tak bisa nyantai duduk jika urutannya keras tambahan pula keletihan dan kejenuhan yang melanda membuat otot dan sendi kita ditimpa banyak angin kus-kus yang harus disyuh jauh-jauh.
Bagi mereka yang ingin membeli kain, sejadah dan kelengkapan lain, jangan tak tahu bahawa di kota ini ada semacam kawasan Masjid India yang popular bagi pengunjung seperti di Kuala Lumpur. Letaknya di Jl. Nusa Indah III. Arked yang berjajaran menjual kain dan kelengkapan yang anda perlu di Jl. Nusa Indah III sebenarnya bersimpangan dengan Jl. Pattimura tempat Pasar Sudirman. Di Jl. Nusa Indah III terdapat sebuah hotel iaitu Hotel Kini yang biasanya dipilih oleh orang Brunei untuk menginap di sini. Pendek kata, Jl Nusa Indah III tempat arked semacam Masjid India itu boleh dikatakan sebagai pusat atau jantung kota yang sering memperlihat geliat dan kesibukan bagi pemburu kain yang berkualiti dengan harga murah tertakluk bagaimana anda dapat melakukan proses tawar-menawar. Mau CD dangdut remix juga ada di tepian jalan. Jangan lupa belilah lagu Bang Jali dan Kereta Malam yang popular dan sedang naik daun itu. Lagu Zaskia Gothik Sudah Cukup Sudah juga bagus apalagi lagu Eyang Subur..Eyang Subur. Demi Tuhaaannnnnn yang aku kata ini benar. Coba beli ya cdnya.
Bagi mereka yang ingin membeli kain, sejadah dan kelengkapan lain, jangan tak tahu bahawa di kota ini ada semacam kawasan Masjid India yang popular bagi pengunjung seperti di Kuala Lumpur. Letaknya di Jl. Nusa Indah III. Arked yang berjajaran menjual kain dan kelengkapan yang anda perlu di Jl. Nusa Indah III sebenarnya bersimpangan dengan Jl. Pattimura tempat Pasar Sudirman. Di Jl. Nusa Indah III terdapat sebuah hotel iaitu Hotel Kini yang biasanya dipilih oleh orang Brunei untuk menginap di sini. Pendek kata, Jl Nusa Indah III tempat arked semacam Masjid India itu boleh dikatakan sebagai pusat atau jantung kota yang sering memperlihat geliat dan kesibukan bagi pemburu kain yang berkualiti dengan harga murah tertakluk bagaimana anda dapat melakukan proses tawar-menawar. Mau CD dangdut remix juga ada di tepian jalan. Jangan lupa belilah lagu Bang Jali dan Kereta Malam yang popular dan sedang naik daun itu. Lagu Zaskia Gothik Sudah Cukup Sudah juga bagus apalagi lagu Eyang Subur..Eyang Subur. Demi Tuhaaannnnnn yang aku kata ini benar. Coba beli ya cdnya.
Sedikit pesanan untuk pengunjung baru, jangan cuba-cuba mengambil teksi yang tingkapnya tidak tembus pandang atau teksinya sendiri tidak jelas dari syarikat atau operator yang menyediakan perkhidmatan jasa teksi berkenaan. Mungkin sahaja teksi sapu yang supirnya sering bertukar ganti. Pada kebiasaannya, hotel tempat anda menginap ada disediakan teksi tetap yang boleh membawa anda ke mana-mana di kota ini dengan tarif perjalanan sehala sekitar Rp50,000 - Rp60,000. Jika anda pergi ke mall dengan teksi hotel, jangan minta mereka menunggu anda sehingga anda siap membeli belah. Biarkan mereka kembali ke hotel, dan anda tinggal merekod nombor hape/mobil supir berkenaan dan menghubunginya kembali setelah anda usai membeli belah. Jika anda meminta supir menunggu, bayaran tambahan per jam akan dikenakan. Masak mau diberitahu perkara ini. Ya sudah, pokoknya anda tau bagaimana perlu menghemat belanja ditempat orang.
Jika musim durian, anda tinggal meminta taksi hotel membawa ke Jl. Teuku Omar kerana jalan berkenaan memang popular sebagai tempat jualan buah durian yang berjajaran. Hanya tinggal memilih mana yang berkenaan. Dari segi harga dan kualiti buah, rata-ratanya sama kerana buah berkenaan dibekalkan dari Balai Karangan. Makan durian makanlah yang benar maksud saya makan pelan dan biar habis hingga yang tinggal bijiknya. Ingat yang tinggal bijiknya bukan badaknya.
Tips: bagi mereka yang mengikuti kembara atau trip melewati perjalanan darat, mengikuti hitungan waktu perjalanan darat dari Brunei DS-Sarawak-Pontianak mengambil masa 29 jam. Hitungan waktu tersebut meliputi persinggahan rehat dan rawat tanpa bermalam di Sarawak. Untuk itu, diperlukan baju sweeter (baju sejuk sedikit tebal) dan cadar atau selimut untuk menahan kesejukan malam semasa dalam perjalanan. Bagi mereka yang memilih makan, sila bawa makanan seperti coklat, pop mee (makan instan dan mudah saji), mineral water, minuman berkarbornat 100 plus dan roti. Ketika anda memilih makan berat dalam setiap persinggahan, anda tentu dapat menjangka bagaimana proses penghadaman berlaku dalam diri anda sehingga pembuangan dapat dilakukan tepat waktu semasa persinggahan rehat dan rawat berikutnya. Hindari memilih makanan pedas.
Semoga info ini membantu. Salam damai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan