Isnin, 16 Disember 2013

Jambatan Persahabatan Temburong - Lawas

Bulan Disember sepanjang tahun adalah yang bulan yang "seksis". Bulan ini disinonimkan dengan mood cuti, mood liburan dan mood jalan-jalan bersama keluarga. Ramai yang mengambil cuti tahunan untuk berehat dan menghabis cuti di luar negeri. Di tempat kerja, tekanan kerja sedikit berkurangan meskipun ada antara kerja yang dilakukan sebenarnya rutin yang dilaksanakan sebelum ini dan sebahagiannya pula memenuhi perancangan kerja menjelang tahun baru. Meskipun ada sebahagian kerja, cuti awam sehari tetap dimanfaatkan untuk pergi ke luar sempadan untuk mencari keperluan tambahan pula musim buah-buahan sedang dalam fobianya. Tentu sekali berburu raja buah menjadi antusias ramai orang sehingga sanggup ke luar sempadan untuk memperoleh buah berkenaan sesuai dengan nilai dan kualitinya. 

Perjalanan kali agak lain sedikit iaitu selain berburu raja buah di Sipitang, ia juga bertujuan untuk melihat dan merasai jambatan baru yang menghubungkan Temburong dengan Limbang (Sarawak). Jangan tak tahu bahawa inilah kali pertama penduduk negara ini merasai sebuah "jambatan terpanjang" yang boleh dikatakan unik dan istimewa kerana menghubungkan dua sempadan geopolitik yang selama ini dipisahkan oleh Sungai Pandaruan. Masyarakat di kededua wilayah sebelum ini menggunakan feri yang boleh memuatkan lebih kurang 8 buah kereta bagi perjalanan sehala. Pada ketika musim cuti antrian panjang yang pernah memakan masa 6 jam untuk ke seberang sehingga menyebab warga berfikir beberapa kali untuk merancang perjalanan mereka termasuk ada yang berusaha berbaris lebih awal untuk berada di kedudukan hadapan bagi mendapatkan feri. Yang dikatakan "jambatan terpanjang" kerana penduduk  negara ini  sejauh yang
Tirai yang menjadi sejarah
diketahui belum pernah ada jambatan sedemikian rupa terutama dari segi saiz dan skalanya melainkan jambatan yang rata-ratanya sama seperti jambatan merentas Sungai Tutong, jambatan di Telisai dan Jambatan Rasau. Sebab itulah sewaktu penulis melewati Jambatan Persahabatan tersebut pada hari Ahad, 15 Disember 2013, ramai yang berhenti untuk merakam dan mengabadikan gambar jambatan berkenaan. Ia menggambarkan betapa antusias dan ghairah masyarakat di kededua wilayah menyambut dengan gembira dan sukacita atas kejayaan pembinaan jambatan berkenaan. Jambatan yang menyambung kededua wilayah berkenaan memang sudah lama diimpikan kerana setidak-tidaknya perjalanan merentas di kededua sempadan geopolitik tersebut dapat disingkat tak sampai 3 minit! Bayangkan betapa seksanya berbaris menunggu feri selama lebih 3 dekad. Sedikit info mengenai jambatan ini, panjang 189 meter dan menelankan kos sebanyak RM20.8 juta. Kos perbelanjaannya dikongsi oleh kededua negara Brunei Darussalam dan Malaysia. Jambatan ini dibina pada bulan Mei 2012 dan siap sepenuhnya pada akhir Oktober 2013.


Pemandangan lurus Jambatan Persahabatan

Pemandangan sisi

Ruang sisi jalan sesuai untuk pemotretan














Namun disebalik kelancaran dan kemakmuran ekonomi bagi kededua wilayah berkenaan serta penjimatan masa dengan siapnya jambatan berkenaan, ia tidak memberikan kelebihan trafik pengguna dari BSB, Tutong dan Belait khususnya musim cuti panjang persekolahan. Apa yang berlaku? Hidup ini ada plus dan minus. Terdapat simbiosis yang erat apabila pembangunan datang dan tidak merata ia memberikan kesan sampingan kepada yang lain. Kelancaran laluan trafik dengan siap jambatan tersebut telah memberi tekanan kepada trafik pengguna di Komplek CIQ di Tedungan (Limbang) dan di Kuala Lurah (Brunei Darussalam). Mereka yang balik bercuti dari Kota Kinabalu dan ada juga mereka balik dari Sipitang dan Lawas berusaha mengejar waktu untuk melepasi pemeriksaan imigresen di kededua Kompleks CIQ. Pada hari Ahad 15 Disember 2013 yang lalu berlaku kesesakan trafik yang teruk sejauh lebih 3KM dari Kompleks CIQ Tedungan. Saya kira perkara ini belum pernah berlaku dalam sejarahnya. Menurut sumber, kesesakan trafik berkenaan berlaku sejak seminggu yang lalu kerana cuti persekolahan di Brunei Darussalam bermula pada 01 Disember 2013. Kini harus diakui bahawa hasrat warga di Temburong yang mahu melihat pembinaan jambatan dalam negara yang menyambungkan Bandar Seri Begawan dengan Temburong perlu direalisasikan ada benarnya. Kami mendukung dan kami menyokong berdasarkan rasional bahawa dengan adanya jambatan yang menghubungkan BSB - Temburong, warganegara ini tidak perlu berbaris panjang untuk ke Kompleks CIQ Kuala Lurah - Tedungan kecuali di Labu-Mengkalap dan Merapok-Sindumin (pergi dan balik). Pembinaan jambatan dalam negara ini tentunya jauh lebih menjimatkan masa kerana konsep laluan TransBorneo yang baik ialah laluan yang disediakan lancar,  persinggahan ke Kompleks CIQ dapat dikurangkan serta masa perjalanan panjang dapat dihematkan. Moga jambatan yang menghubungkan BSB - Temburong dapat disempurnakan sesuai jadual, katanya 2018 siap. SEMOGA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

COVID-19 - Dunia Ini Rapuh dan Tidak Berdaya, Pelajaran Buat Kita

Tidak siapa menduga COVID-19 yang bermula di Wuhan, China merebak ke seluruh dunia. Masyarakat dibuat terpinga-pinga dan panik. Kita dibias...