|
Taman Aloe Vera |
|
Penulis memegang pelepah Aloe Vera |
|
Peserta di Tugu Khatulistiwa |
|
Jualan Duren di Jl Teuku Omar |
|
Menikmati sarapan pagi di Equator Cafe |
|
Ketika melawat Museum di Pontianak |
Destinasi pertama lawatan kembara ialah di Taman Aloe Vera. Aloe Vera diproduksi sebagai peralatan kosmetik, permen dan jus minuman. Siapa sangka hasil kecerdikan manusia tanaman yang dulunya melekit dengan getahnya dan pernah disapu pada kulit muka bagi memberikan keanjalan kepada kulit kini dipelbagaikan kegunaan. Menikmati minum jus Aloe Vera yang diberi perisa laici dan dipotong seperti dadu apabila dirapi dan dikemas dalam cawan plastik ia kelihatan seperti minum nata de coco. Rasanya manis. Jangan lupa minumlah ketika ia telah disejukkan. Terasa nyaman dan segar. Harga sekotak minum ini (dalam 40 cawan plastik) dalam Rp40,000 (murah kalau mengikut nilai tukaran sekitar B$1.00 - Rp940). Lawatan seterusnya ke Tugu Khatuliswa. Penulis pernah melawat ke tempat ini sekitar bulan Jun 2006. Apa yang kelihatan ialah tempat ini kurang dirawat dan dijaga. Sayang sekali kerana kota Pontianak kekurangan tempat kunjungan wisata tambahan pula dikhabarkan Istana Qadriyah Kesultanan Pontianak sedang dipugar bagi tujuan pemuliharaan dan perbaikan. Jika tidak dirawat makin sedikit tempat wisata untuk dikunjungi oleh wisatawan luar.
Lawatan selanjutnya ialah ke Museum Kebudayaan Masyarakat Pontianak. Seorang traveler harus melawat museum, MEN. Di sini kita boleh mengenal beragam suku bangsa di Pontianak. Hanya sebahagian sahaja tempat ini dibuka kerana di ruang selebihnya sedang dibaik pulih. Meskipun tidak banyak yang dapat dilihat namun penyediaan bahan pameran yang ada cukup informatif dan memberikan pencerahan tentang kebudayaan yang beragam masyarakat, ras dan suku bangsa di Pontianak.
Pendek kata perjalanan panjang trip kembara ke Pontianak ini cukup menjanjikan kenangan manis yang luar biasa bagi semua peserta kerana rata-rata kami dapat blend each others, kondisi sihat baik semasa pergi dan balik meskipun kurang tidur. Banyak perkara yang dapat dipelajari dan diraih terutama sekali tentang kehidupan, persekitaran, suasana, kepadatan, kesibukan, rumah yang rapat, berserabut dan terkesan kasar dan sibuk yang semuanya kesan daripada ledakan penduduk di kota berkenaan. Ini tentunya berbeza seperti langit dengan bumi antara Pontianak dengan Brunei Darussalam. Ia tetap pelajaran berguna buat kami semua kerana kembara yang baik ialah kembara yang memberikan kesan dan pesan tentang nilai dan pendidikan yang berguna yang memboleh kami berkaca darinya. Anda setuju..? Jika setuju, ayuh ikuti kami bagi trip kedua di kota ini pada tahun hadapan. Insya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan