|
Bergambar ramai sebelum bertolak |
|
Singgah makan malam di Sibu |
|
Tiba di Stesen Minyak Petronas Tebedu sekitar pukul 6.10 pagi |
|
Kaunter imigrasi Malaysia di Tebedu |
|
Di pekarangan imigrasi Malaysia di Tebedu |
|
Kawasan Kompleks CIQ Malaysia di Tebedu |
|
Keluarga Awang Hidop Mohamad Zin |
|
Keluarga Penulis |
|
Beberapa orang peserta yang ceria tiba di CIQ Malaysia |
|
Antara peserta trip kembara |
|
Pintu masuk menuju CIQ Entikong |
Trip Kembara ke Pontianak menghimpun 34 orang peserta yang terdiri dari karyawan dan bekas karyawan DBP, ahli keluarga dan sahabat handai yang tinggal di Bandar Seri Begawan dan di Belait. Trip ini menempuh perjalanan sehala selama 29 jam melewati 3 negara iaitu Brunei Darussalam, Malaysia dan Indonesia, negara dan wilayah yang bersatu tanah di Pulau Borneo yang dipisahkan oleh sungai, laut, perbukitan dan tentunya sempadan geopolitik. Perjalanan panjang ini bermula pada pukul 8.30 pagi. Peserta BSB berkumpul di pekarangan parkir luar kawasan Masjid Jame 'Asr Hassanal Bolkiah. Sebelum bertolak sedikit penerangan diberi dan diikuti bacaan doa bertolak yang dipimpin oleh Awang Hidop Mohamad Zin, mantan karyawan DBP. Di Belait, bas singgah mengambil peserta di Sungai Liang dan di Perpindahan Perumahan Negara Kampung Pandan, Kuala Belait. Kembara meneruskan perjalanan ke Kompleks CIQ Brunei dan Malaysia di Sungai Tujoh. Kemudian Kembara meneruskan perjalanan sebelum berhenti rehat dan rawat untuk makan dan meregang otot di kawasan yang telah ditentukan bagi persinggahan bas iaitu di Batu Niah, Stesen Minyak Petronas Bintulu, Taman Selera di Sibu (9.30 malam), Selangan (1.00 pagi), Masjid Serian, Sarawak (3.30 pagi) untuk solat subuh sebelum meneruskan perjalanan sekitar pukul 4.45 pagi menuju ke Kompleks CIQ Tebedu yang mengambil masa kurang lebih 2 jam. Di luar masih remang-remang menuju siang. Sesekali diterangi lampu kenderaan besar seperti bas dan lori yang lalu. Memasuki wilayah selepas pekan Serian, pekan terakhir dalam wilayah Sarawak sebelum sampai ke perbatasan menjanjikan kawasan hijau bukit bukau sesekali dihiasi tanaman lada hitam yang menyegarkan mata memandang. Di sekeliling kawasan ini masih belum banyak rumah dibangunkan. Apakah tanah tersebut milik kerajaan atau orang perseorangan tidak diketahui. Yang nyata kawasannya masih hijau dilitupi hutan hujan tropika saujana (sejauh mana) mata memandang. Sekitar 2KM sebelum sampai ke Kompleks CIQ Malaysia Tebedu yang sederhana itu, bas berhenti mengisi minyak di Stesen Petronas di Tebedu. Stesen minyak ini mempunyai kawasan yang luas, bersih dan terdapat kedai menjual barang keperluan yang sesuai bagi perjalanan jauh seperti minuman panas, pop mee (self-service) dan barang keperluan lain. Peserta turun sebentar membeli barang keperluan. Kembara kemudiannya meneruskan perjalanan menuju CIQ Malaysia di Tebedu. Semua peserta turun untuk mengecap pasport di kaunter imigrasi Malaysia Tebedu dan seterusnya menapak ke perbatasan Indonesia di Entikong kerana kedudukan imigrasi Malaysia dan imigrasi Indonesia berdekatan, hanya dipisahkan oleh pagar sebagai tapal batas. Sim salabin..ketika peserta Kembara menjejaki ke Kompleks CIQ Entikong, gue dan peserta Kembara sudah sampai ke wilayah Indonesia MEN, meski cuma pakai bis. Secara ringkas peta perjalanan kembara ini ialah Gadong-Tutong-Seria-Belait-Sungai Tujoh-Miri-Niah-Bintulu-Sibu-Selangan-Sri Aman-Serian-Tebedu-Entikong-Sosok-Ngabang-Sungai Pinyuh-Pontinak.
Sepanjang perjalanan, semua mudah dan baik-baik sahaja. Setiap peserta diharus turun untuk membawa pasport masing-masing. Tiada masalah atau kendala yang timbul terutama di CIQ Indonesia di Entikong. Tiada calo, tiada yang mengambil kesempatan. Semuanya lancar dan mudah. Di kawasan CIQ Entikong ramai pemuda yang menyediakan perkhidmatan jasa wang tukar dan menjual sim kad telefon baik Mentari, XL mahupun Simpati. Mereka adalah karyawan yang bekerja dengan perusahaan penyedia jasa berkenaan. Di kawasan luar CIQ Entikong, lebih bervariasi. Hamparan buah-buahan yang memang sedang musimnya. Sementara menunggu bas siap menguruskan permit masuk dan insuran, peserta menikmat acara BELAH DUREN (makan durian la...apalagi). Buah Durian menjadi menu santap pagi peserta meskipun rata-rata kami ikat perut tidak makan banyak kerana khuatir dengan panggilan alam yang menyebabkan perjalanan kembara terganggu kerana mengejar masa di samping memikirkan kondisi WC (toilet) yang tentunya tidak mengizinkan apa tah lagi disamakan dengan kondisi kamar mandi di rumah..hahaha. Sepanjang perjalanan menuju kota Pontianak yang mengambil masa lebih kurang 9 jam daripada Entikong, bas berhenti rehat makan di Roda Minang (makanan padang) dan hentian tepi jalan yang menyediakan buah durian hasil tanaman daripada Balai Karangan. Rumah makan Roda Minang ini menjadi terminal hentian bas penumpang dan kenderaan berat yang lalu kerana rumah makan ini satu-satunya berskala besar, sesuai dan mempunyai laman parkir yang sesuai untuk kenderaan besar dan berat. Transportasi yang mampir di rumah makan Roda Minang ini gede-gede men. Di rumah makan ini, pelbagai masakan minang disajikan antaranya rendang daging, gulai santan ikan air tawar, goreng-gorengan, pucuk singkong rebus, sambal cabai lada hijau (yang ini paling best dan sedapbang!!!) dan bermacam lagi menu yang menggugah selera. Jangan bimbang jika belum memiliki sim card kerana di Roda Minang terdapat sebuah kaunter menjual sim card telefon Mentari, Simpati dan XL. Saya tidak pasti penyedia jasa telekomunikasi yang mana ok. Teman Indonesia saya bilang, "gunalah Simpati kerana simpati itu maknanya anda simpati terusss...jika ada guna Mentari, kan Mentari nya cuma sampai jam 5 sore. Setelah lewat sore, Mentarinya hilang berganti malam...hahaha". Apapun, baik Mentari, Simpati atau XL, ketetiganya bagus belaka. Cuma saya selesa menggunakan sim card Simpati sesuai masukan yang saya terima daripada teman saya itu.
Di pekarangan rumah makan Roda Minang, buah-buahan lokal seperti rambutan, jeruk (limau madu) dan durian ada dijual. Hi..MEN, acara BELAH DUREN (makan durian) adalah perkara yang dinanti. Satu kelebihan buah durian daripada Balai Karangan ini ialah meskipun perut kosong ketika mencicipinya lebih 5 ulas, buahnya TIDAK JAHAT di perut, maksudnya perut tidak meragam dan tidak pula membuang angin (itu yang saya rasa, tak tau pula peserta lain). Agaknya tanah di Balai Karangan tempat durian ditanam dan merupakan pembekal utama buah durian di kota Pontianak merupakan tanah gambut yang sesuai dan cocok untuk tanaman bermusim ini.
Setelah berhenti rehat dan makan di Roda Minang sekitar 2 jam, Kembara meneruskan perjalanan. Sekitar 5 petang, trip kembara masuk ke Jalan Budhi Karya, simpang jalan masuk menuju ke Hotel Kapuas Palace. Setibanya di kawasan Hotel Kapuas Palace, peserta Kembara tampak riang, segar dan ceria kerana perjalanan panjang sudah sampai ke destinasi untuk pelabuhan pertama untuk istirehat. Peserta kemudian mendaftar masuk. Tiada istilah istirehat MEN, malamnya memburu kuliner di rumah makan Abang Kepiting. Makanan laut seperti kepiting, ikan, cumi dan kerang-kerang sedia dipilih dan ditimbang sebelum dimasak dengan pelbagai jenis masakan yang disediakan. Rasanya super, enak dan menggugah selera mungkin kerana lapar teramat. Setelah kenyang menyantap, rupanya rumah makan ini milik pengusaha Cina MEN!!! Gue jadi ngak enak rasa sama ahli keluarga gue yang ikut menyantap dan melahap nyaman kuliner di Abang Kepiting. Licin MEN. Apapun doain aja semuanya ok, kan nanti tinggal dikeluar aja sampai waktu dan ketikanya.
Sedikit informasi Hotel Kapuas Palace, memang mengecewakan MEN. Meskipun ia nampak besar dari segi saiz, kawasan parkiran yang luas begitu juga lobinya, namun kondisi biliknya berkata lain tidak seperti yang diharapkan. Kondisinya bilik di 238 dan setelah diganti di 242 tidak jauh berbeza. Karpet lama, berbau pula, bathtab lama serta bocor, penghawa dingin kurang sejuk dan nyaman, televisyen lama (bkn flat skrin) begitu juga dengan peti ais lama dan kelihatan berkarat menjadikan semua yang ada di dalam bilik berkenaan kelam dan kusam. Apapun inilah cabarannya kerana seperti kita sedia maklum Pontianak bukanlah kota metropolis Jakarta. Jadi kerana itu kita tidak boleh berharap banyak kerana hampir semua hotel yang didirikan di kota ini rata-ratanya mempunyai standard yang sama jika anda rajin menyemak lewat review Tripadvisor dan juga di Agoda.com.
Meskipun demikian, Kapuas Palace Hotel menjanjikan malam yang indah bagi penginap kerana setiap malam ada disediakan live band dan penyanyi yang sporting. Hotel ini juga menyediakan sarapan seawal jam 4.00 pagi! Luar biasa tentu kerana karyawan di Equator Cafe semacam sudah mengerti bahawa terdapat penginap di hotel ini yang harus mendaftar keluar seawal dini hari bagi mengejar pesawat di Bandara Supadio mahupun mereka yang akan pulang lewat darat seperti kami.
|
Buah-buahan yang dijual |
|
Peserta bergambar ramai sebelum sesi lawatan |
Belasungkawa: Seluruh rakan dan sahabat yang mengikuti trip kembara ini merakam rasa dukacita dan belasungkawa yang mendalam kepada Dayang Tiajar binti Haji Metudin dan ahli keluarganya atas kepergian anakanda tercinta beliau pada saat sebelum beliau bertolak mengikuti kembara ini. Kami semua mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, ditempatkan ke dalam golongan orang yang solihin dan segala amal baktinya di dunia diterima Allah Subhanallah Wa Taala. Semoga isteri dan keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan. Al-Fatihah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan