Jerebu tahun ini adalah kabut asap melampau yang menyebar ke mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia, Singapura dan menjangkau ke Thailand bahkan terkini jerebu terpencar ke Pulau Tengah dan di Pulau-Pulau Selatan, Filipina. Sudah tiga bulan jerebu mengamuk, mengepung dan menyelimuti langit kita. Jerebu kali ini adalah yang terburuk dan merentas kawasan geopolitik ASEAN. Di wilayah Indonesia khususnya di Kalimantan dan Sumatera, jerebu yang dicetuskan oleh kegiatan tebang dan lupus melalui pembakaran terbuka ini telah mengakibat kabut asap yang kronik yang membuat sesak nafas dan memakan korban. Korban berjatuhan kerana bencana kabut asap buatan manusia yang mematikan. Di negeri jiran Brunei Darussalam, jerebu melanda Sarawak dan Sabah. Meskipun kadar IPU di negeri berkenaan tidak separah yang dialami oleh penduduk di Semenanjung Malaysia dan Singapura, tetapi jerebu tetaplah jerebu yang menerbitkan bahang hangat dan panas yang tidak munasabah. Kabut asap menutupi lapisan ozon sehingga mengurangkan oksigen yang sangat penting bagi pernafasan manusia dan segala isi alam. Udara menjadi tidak ramah pada mata dan hidung. Pendek kata, jerebeu menjadi ganas pada kehidupan.
Brunei Darussalam sejauh ini tidak mengalami jerebu yang teruk meskipun tanda-tanda jerebu itu ada. Bahkan hampir setiap hari negara ini menerima intensiti hujan yang kerap sehingga dapat meredam kabut asap jerebu secara alami. Syukur ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Jerebu bukanlah bencana alam seperti gunung berapi, banjir, tanah runtuh atau gempa bumi tetapi jerebu adalah bencana buatan manusia yang rakus dan tamak. Kejadian jerebu telah menyebabkan negara yang tertimpa perlu berbelanja besar untuk mengatasinya. Operator penerbangan membatalkan penerbangan dek kabut asap yang membahayakan. Pergerakan manusia dan ekonomi tersendat. Langkah-langkah pencegahan awal perlu dilaksanakan, iaitu penangguhan sesi pengajaran dan pembelajaran sekolah bagi mengelakkan anak-anak mengalami sesak nafas. Jerebu membuat kerajaan mengambil langkah penting untuk mewujudkan "sistem darurat" atau menahan diri dalam rumah bagi menghindarkan daripada terkena serangan penyakit pernafasan.
Jerebu bukan sekadar jenayah melampau bagi kemanusiaan tetapi juga jerebu memberi pelajaran penting sebagai proses introspeksi diri. Manusia yang rakus dan tamak perlu introspeksi diri bahawa alam semesta tidak cukup untuk menjadi paru-paru dalam menyerap dan memfotosintesis kabut asap berkenaan sebagaimana biasanya. Alam semesta khususnya hutan di Borneo sekalipun yang terkenal dengan hutan hujan tropika dan menjadi paru-paru di wilayah ini nampaknya sudah azab dan tidak cukup kuat menerima musibah buatan manusia ini. Pelajaran ini bukan dihadapi sekali ini bahkan pada tahun-tahun kebelakangan. Namun seperti biasa, manusia tidak pernah belajar kerana yang ada dikepalanya adalah bagaimana menuai hasil dengan kos yang murah. Di sinilah pentingnya manusia mendalami dan memahami ajaran ugama. Bahawa matlamat tidak boleh menghalalkan cara yang menyeksa orang banyak apatah lagi menyebabkan kegiatan sosial dan ekonomi tersendat dan lumpuh dek kabut asap. Masyarakat menjadi marah, pemimpin dan ahli politik marah, begitu juga pemain ekonomi marah.
Segala ikhtiar telah digerakkan malah melibatkan bantuan negara yang terkena dampaknya. Selain daripada membuat pembenihan awan, upaya terakhir manusia adalah doa memohon pertolongan Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk menurunkan hujan.
Segala ikhtiar telah digerakkan malah melibatkan bantuan negara yang terkena dampaknya. Selain daripada membuat pembenihan awan, upaya terakhir manusia adalah doa memohon pertolongan Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk menurunkan hujan.
Bagi kita, jerebu, masalah dan bencana apapun yang berlaku adalah signal yang diberikan oleh Allah Subanallah wa Ta'ala untuk manusia sedar dan ingat bahawa alam ini sudah terlalu tua dan tidak gampang menerima dunia praktis manusia yang makin hedonis dan kiasu. Bumi yang menjadi rumah manusia dan segala isi di dalamnya mulai bersin dan batuk kerana tingkah segelintir manusia yang tidak menginspirasi dan berkaca kepada perkara yang baik-baik.
Penegasan undang-undang penting sebagai tindakan konkrit untuk menaatkan pemain yang menciptakan jerebu ini tetapi apakah mereka ini perlu diberitahu dengan cara yang kasar untuk membuatkan mereka taat kepada aturan dan menjadi manusiawi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan