Malam ini seperti kebiasaan aku selalu membenam waktu dengan membaca akhbar dalam talian. Sebuah rutin harian yang tak pernah kulewatkan kecuali ada kendala yang mendadak. Anak-anak dengan komitmen studinya masing-masing. Di sela masing-masing mengisi waktu untuk kepentingan kehidupan, anak sulungku menghiburkan kami dengan sentuhan keyboardnya. Alhamdulillah, pelaburan sumber daya untuk tujuan memberi nilai tambah selain daripada menganyam pendidikan formal sejak lima tahun silam mula menampakkan petualangannya. Setiap malam setelah selesai menyiapkan tugasan kuliahnya, Nawal begitu namanya disapa selalu mengerti di tengah kesepian masing-masing dengan kesendirian mereka, hentakan manja jari-jemarinya memainkan notasi muzik keroncong, etnik kreatif sesekali lagu popular evergreen dendangan megastar Whitney Houston selalu membuat kami terhibur. Aku selalu menyogokkan buku baharu notasi muzik lagu keroncong dendangan Hetty Koes Endang sementara ibunya gemar lagu romantisme Siti Nurhaliza. Genre slow, aku memilih anak band Samson. Meskipun genre muzik berkenaan boleh dibilang bukan genre muzik anak muda sepertinya, tapi Nawal tahu pasti bahawa semesta malam yang dari waktu ke waktu akan menjengah tua tentu tidak sesuai untuk memainkan notasi muzik One Direction yang hungky pungky itu. Agaknya, anakku yang kini telah meningkat dewasa itu mulai arif tentang kepenatan bapa dan ibunya yang bekerja pada siangnya. Alhamdulillah. Mendengarnya menyentuh keyboard dengan genre muzik yang bapa ibu sekalian untienya suka, membuat aku sesekali menyanyi dalam hati mengikut alunan muzik yang sering dikumandangkan melalui bunyi keyboard yang dimainkannya itu. Asyik memang. Ternyata hidup ini sesekali harus diisikan dengan "kegaduhan" dan "huru-hara" muzik untuk membunuh waktu dan kesepian. Alunan muzik bagiku serasa melebarkan ruang kepala dan meringankan beban fikir yang membuatku terasa plong dan jiwaku terbang bebas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
COVID-19 - Dunia Ini Rapuh dan Tidak Berdaya, Pelajaran Buat Kita
Tidak siapa menduga COVID-19 yang bermula di Wuhan, China merebak ke seluruh dunia. Masyarakat dibuat terpinga-pinga dan panik. Kita dibias...
-
Pandangan sisi depan pata atau cap Seminar Arkelogi, Linguistik dan Sejarah Se-Borneo sempena Pameran Manik-Manik Se-Borneo diadakan pa...
-
Selasa, 21 Januari 2014 selesai sudah tanggungjawab sebagai wakil jabatan bagi menemuduga calon untuk mengisi jawatan kosong. Alhamdulillah...
-
Dr. Mataim semasa Sidang Eksekutif Ke-50 Mabbim, Jakarta Kuingin abadikan belasungkawa yang mendalam kepada mentorku yang telah banyak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan