Prof. Dr. Sahlan Mohd Saman |
Saya memulakan eulogi ini dengan memetik bait-bait kata, nasihat dan motivasi daripada seorang Cikgu, Prof. Dr. Sahlan Mohd Saman yang telah kembali kerahmatullah pada hari Isnin, 31 Mac 2014. Rasanya mengingati beliau tidak cukup hanya menyampaikan belasungkawa kerana saatnya kita menuangkan rakaman hidup yang kita peroleh daripada sosok yang memberi pengaruh besar kepada kita selain daripada orang tua dan kerabat dekat. Prof. Dr. Sahlan begitu namanya disapa adalah figur yang banyak berjasa dalam menyuntik semangat dan dorongan kepada saya untuk segera menuntaskan pengajian sarjana yang tertangguh Begini bait-bait berkenaan yang kini menjadi momen abadi yang masih tersimpan rapi, diterima melalui mel Facebook pada pertengahan bulan Mac 2012.
mao, Mac 13, 2012, 3.22pm
"seperkara, minta restu isteri dan kefahamannya, lebih cepat dapat yang dihajati, klu dia curiga, was2, jadi mata2, buat isu selalu, pasti kegagalan yang ada di penghujung jalan. Ini pndangan orang tua yang dah punya pengalaman, insyaAllah, berdoa rabbiyassir wala tu'assir, tiap2 hari!segalanya azurin punya perancangan dan perlaksanaan, selamat berjaya di hujungnya!
Prof. Dr. Sahlan, Mac 13, 2012, 3.29pm
Saya takkan pernah lupa kesan dan pesan profesional yang beliau berikan. Membaca nasihat dalam kotak mel sekalipun, terasa getaran orangnya yang seolah-olah saya sedang berhadapan dan bertatap muka ketika beliau berkata-kata. Mengapa? Nasihatnya jujur dan bualnya ikhlas ke hati. Bahkan bukan sekali itu ia berkata-kata dan menyemangati saya untuk menyambung pengajian. Pada saat saya menyedari bahawa membiarkan waktu berlalu pergi dan menjadikan komitmen kerja sebagai kendala yang menghambat cita-cita saya bukanlah satu alasan yang wajar bagi mereka yang dahagakan prestasi seperti yang Prof lakukan dahulu sebelum beliau mengecapi kualiti hidupnya. Motivasi itu menjadi amunisi ampuh untuk saya maju dalam pengajian sarjana tanpa menoleh ke belakang lagi. Tanpa tangguh, saya tidak menyiakan waktu untuk menyambung semula perburuan ilmu dengan berguru pada Dr. Abdullah Jumain Abu Samah. Saya selalu mengingati figur dua insan ini sebagai mereka yang banyak berjasa dalam membentangkan jalan sepanjang laluan saya untuk saya mengecapi apa yang saya impikan sejak lama. Prof membantu saya memberi pencerahan, tetapi beliau juga membuatkan saya memahami tentang realiti pekerjaan, keperluan meningkatkan ilmu sebagai penyuluhan dan kehidupan. Bergaul dan berbicara dengan kededua figur tadi, saya telah memperoleh school of thought, sebuah kesan pendidikan yang luar biasa.
Mengenal Prof bukan satu masalah besar kerana semesta bahasa dan sastera khususnya warga akademik di rantau ini mengenali beliau dalam bidang kritikan sastera. Sastera bandingan menjadi dapurnya. Disebut sastera bandingan sahaja masyarakat bahasa dan sastera sudah marfum bahawa beliau adalah tokoh sentral yang membumi dalam disiplin berkenaan. Pendek kata, bidang sastera bandingan selalu diasosiasikan dengan Prof. Stilistik juga bidang yang diramunya. Kekuatan beliau dalam bidang sastera bandingan telah membawanya berpetualang ilmu di institusi akademik serantau untuk menyampaikan kuliah dan wacana.
Pertemanan saya dengan Prof akrab dalam dunia jurnalisme iaitu Jurnal Bahasa DBP Brunei kerana saya antara tim editorial dalam jurnal berkenaan. Hubungan akademik berkenaan berlaku dalam rantaian panjang yang rumit namun ketika ia sudah terjalin, Prof tidak pernah mengecewakan. Prof memberi komitmen meski beliau adakalanya tidak dapat memenuhi tenggat waktu (dateline) kerana jadual tugas yang padat. Sering tidak lupa pula beliau menyusul bertanyakan apakah beliau sudah memenuhi keperluan mengirim artikel sebagaimana kami di editorial memerlukannya. Di jurnal ini, artikel berkaitan dengan stilistik (kajian tentang teknik penggunaan gaya bahasa secara berkesan dalam penulisan) disuguhkan. Kemudian, hubungan sedia terjalin ini bertambah akrab ketika beliau berkhidmat di Universiti Brunei Darussalam. Beliau sering menghadiri jemputan acara kesasteraan dan pernah menjadi pemudahcara bengkel yang dianjurkan oleh DBP Brunei.
Semalam Isnin, 31 Mac 2014 ketika perpisahan waktu siang ke malam, saya menerima khabar kepulangannya kerahmatullah daripada seorang sahabat. Terkejut tentu, sebak dan sedih sudah pasti. Figur baik dan ramah ini telah dipanggil menghadap Tuhan Yang Maha Kuasa. Menerima khabar duka ini membuat saya berhenti sejenak dan mengimbau ke belakang. Tidak sedikit kenangan yang menjelma kerana jasa dan ingatan baik beliau yang selalu menginspirasikan saya. Saya kehilangan figur yang selalu memberikan getaran harapan untuk maju dan jaya. Hal terindah ialah menjadikan motivasi yang beliau berikan selama ini sebagai monumen kenangan yang sentiasa hidup sampai bila-bila. Tak pernah lelah memberi asa dan dorongan kerana beliau seorang yang mudah membaca karakter mereka yang ingin maju dan dan mereka yang bercita-cita untuk meraih prestasi. Di luar baju akademik, beliau layaknya seperti seorang bapa yang selalu bertanya khabar jika sesekali bertemu.
Di atas semuanya, Prof telah mendedikasikan diri untuk mengabdi dan menuangkan pengetahuan kepada anak didiknya dan kalangan mereka yang dekat dengannya. Perkara penting yang ditinggalkan ialah buah fikiran yang dituangkan dalam buku-buku ilmiah yang beliau garap. Minat mendalamnya dalam dunia akademik telah membawanya berkelana di rumah-rumah ilmu untuk menyampaikan kuliah, syarahan, seminar dan bengkel. Selama bertahun-tahun beliau mengabdi, tentunya beliau telah menginspirasikan banyak orang. Sudah tentu ada antara anak didikmu yang telah berkembang dan akan meneruskan legasimu nanti. Semoga tugas mulia yang Prof berikan semasa hayat menjadi pelita terang yang menuntunnya di alam sana. Ilmu dan amal yang engkau tuangkan menjadi selimut malam sekaligus benteng setia yang menjagamu. Kuyakin kalau jalannya baik, tentu sebaik kesan yang Prof tanamkan kepada banyak orang. Pasti. Selamat jalan Profesor. Semoga Allah Subahanahu Wa Ta'ala memberikan tempat yang terbaik disisi-Nya. Amin Yarabilalamin. Al-Fatihah.
"salam sdr Azurin, apa khabar sdra dan m.a. sdra progres cepat? jgn tunggu, Dr Abdullah pun tinggal 6 bulan lagi, saya pun akan balik ogos ni, cukuplah 5 tahun di negeri orang, klu ada lapang satu hari kita duduk minum petang kat tepi sungai kiulap pun boleh....salam jua"
Prof. Dr. Sahlan, Mac 12, 2012, 4.30 pm
"salam..terima kasih Prof krn memberi support dan ingatan baik. Sejak awal bulan Mac hingga skrg sya mengenepikan dulu pengarapan MA krn dah rasa tak menang tangan nak buat persiapan pengelolaan Sidang Pakar Ke-25, Seminar Kebahasaan dan Sambutan 40 Tahun Mabbim, Sidang Eksekutif Ke-51. Semua acara ini akan mengambil tempat pada 02 - 07 April 2012, di Rizqun. Memang pressure betul, mana nak siap bab wacana ucapan, perbahanan utk pameran etc. Insya-Allah, selepas 08 April 2012, saya free akan menumpukan sepenuh perhatian menggarap balik MA. Bila dah tinggalkan lama, rasa macam buat semula. Ini krn minda dipacu untuk mengimbau balik dan mendapatkan semula momentum menggarap MA. Tentang saran Prof, minum petang bersama, saya rasa amat tersanjung. Tentu boleh. Moga nanti kita dpt bersua di tempat yang dicadangkan."
mao, Mac 13, 2012, 8.07am
"salam sdr Azurin,tak lama tarikh 8 april tu, 3 minggu sja lagi, lepas tu buka buka balik m.a. tu mesti jadilah klu mendampingi Dr Abdullah tu. saya boleh tolong yang saya mampu sbb disiplin saya pun ada bahasa, 4 tahun di kbkkm ukm dulu, insyaAllah jadi, buat pelan2 akhirnya pasti jadi! ameen."
Prof. Dr. Sahlan, Mac 13, 2012, 1.39pm
"Terima kasih Prof, krn memberi energi dan stimulasi kpd saya. Di bawah seliaan Dr. Abdullah, saya memperoleh pencerahan untuk menggarap. Beliau telah memberi lowongan yang jelas, untuk saya bergerak dan memacukan adrenalin apa yang diperlukan untuk menuntaskannya. Cuma masalah besar pada saya ialah bekerja sambil belajar ini, luar biasa betul dlm menguras energi. Pada ketika saya memfokus satu perkara, perkara yang lain saya perlu ketepikan sementara agar tdk menimbulkan kegalauan. Pada akhirnya, komitmen kerja sering sahaja mendapat tempat dlm segala hal. Ini menyebabkan sya banyak mengulur waktu. Pada dasarnya, saya tdk ingin melepaskan peluang berguru dengan Dr. Abdullah. Dlm cerewetnya ada ilmu, dlm ketelitiannya, ada keobjektifan beliau dlm menghurai sesuatu itu agar jelas. Sungguh ini ruang yang baik untuk saya belajar dan mencari tahu apa yang patut dan wajar untuk dimanfaatkan. Insya-Allah, saya akan bekerja lebih keras selepas selesai Mabbim nanti. Terima kasih sekalung budi atas ingatan baik Prof."
mao, Mac 13, 2012, 3.22pm
"seperkara, minta restu isteri dan kefahamannya, lebih cepat dapat yang dihajati, klu dia curiga, was2, jadi mata2, buat isu selalu, pasti kegagalan yang ada di penghujung jalan. Ini pndangan orang tua yang dah punya pengalaman, insyaAllah, berdoa rabbiyassir wala tu'assir, tiap2 hari!segalanya azurin punya perancangan dan perlaksanaan, selamat berjaya di hujungnya!
Prof. Dr. Sahlan, Mac 13, 2012, 3.29pm
Saya takkan pernah lupa kesan dan pesan profesional yang beliau berikan. Membaca nasihat dalam kotak mel sekalipun, terasa getaran orangnya yang seolah-olah saya sedang berhadapan dan bertatap muka ketika beliau berkata-kata. Mengapa? Nasihatnya jujur dan bualnya ikhlas ke hati. Bahkan bukan sekali itu ia berkata-kata dan menyemangati saya untuk menyambung pengajian. Pada saat saya menyedari bahawa membiarkan waktu berlalu pergi dan menjadikan komitmen kerja sebagai kendala yang menghambat cita-cita saya bukanlah satu alasan yang wajar bagi mereka yang dahagakan prestasi seperti yang Prof lakukan dahulu sebelum beliau mengecapi kualiti hidupnya. Motivasi itu menjadi amunisi ampuh untuk saya maju dalam pengajian sarjana tanpa menoleh ke belakang lagi. Tanpa tangguh, saya tidak menyiakan waktu untuk menyambung semula perburuan ilmu dengan berguru pada Dr. Abdullah Jumain Abu Samah. Saya selalu mengingati figur dua insan ini sebagai mereka yang banyak berjasa dalam membentangkan jalan sepanjang laluan saya untuk saya mengecapi apa yang saya impikan sejak lama. Prof membantu saya memberi pencerahan, tetapi beliau juga membuatkan saya memahami tentang realiti pekerjaan, keperluan meningkatkan ilmu sebagai penyuluhan dan kehidupan. Bergaul dan berbicara dengan kededua figur tadi, saya telah memperoleh school of thought, sebuah kesan pendidikan yang luar biasa.
Mengenal Prof bukan satu masalah besar kerana semesta bahasa dan sastera khususnya warga akademik di rantau ini mengenali beliau dalam bidang kritikan sastera. Sastera bandingan menjadi dapurnya. Disebut sastera bandingan sahaja masyarakat bahasa dan sastera sudah marfum bahawa beliau adalah tokoh sentral yang membumi dalam disiplin berkenaan. Pendek kata, bidang sastera bandingan selalu diasosiasikan dengan Prof. Stilistik juga bidang yang diramunya. Kekuatan beliau dalam bidang sastera bandingan telah membawanya berpetualang ilmu di institusi akademik serantau untuk menyampaikan kuliah dan wacana.
Pertemanan saya dengan Prof akrab dalam dunia jurnalisme iaitu Jurnal Bahasa DBP Brunei kerana saya antara tim editorial dalam jurnal berkenaan. Hubungan akademik berkenaan berlaku dalam rantaian panjang yang rumit namun ketika ia sudah terjalin, Prof tidak pernah mengecewakan. Prof memberi komitmen meski beliau adakalanya tidak dapat memenuhi tenggat waktu (dateline) kerana jadual tugas yang padat. Sering tidak lupa pula beliau menyusul bertanyakan apakah beliau sudah memenuhi keperluan mengirim artikel sebagaimana kami di editorial memerlukannya. Di jurnal ini, artikel berkaitan dengan stilistik (kajian tentang teknik penggunaan gaya bahasa secara berkesan dalam penulisan) disuguhkan. Kemudian, hubungan sedia terjalin ini bertambah akrab ketika beliau berkhidmat di Universiti Brunei Darussalam. Beliau sering menghadiri jemputan acara kesasteraan dan pernah menjadi pemudahcara bengkel yang dianjurkan oleh DBP Brunei.
Semalam Isnin, 31 Mac 2014 ketika perpisahan waktu siang ke malam, saya menerima khabar kepulangannya kerahmatullah daripada seorang sahabat. Terkejut tentu, sebak dan sedih sudah pasti. Figur baik dan ramah ini telah dipanggil menghadap Tuhan Yang Maha Kuasa. Menerima khabar duka ini membuat saya berhenti sejenak dan mengimbau ke belakang. Tidak sedikit kenangan yang menjelma kerana jasa dan ingatan baik beliau yang selalu menginspirasikan saya. Saya kehilangan figur yang selalu memberikan getaran harapan untuk maju dan jaya. Hal terindah ialah menjadikan motivasi yang beliau berikan selama ini sebagai monumen kenangan yang sentiasa hidup sampai bila-bila. Tak pernah lelah memberi asa dan dorongan kerana beliau seorang yang mudah membaca karakter mereka yang ingin maju dan dan mereka yang bercita-cita untuk meraih prestasi. Di luar baju akademik, beliau layaknya seperti seorang bapa yang selalu bertanya khabar jika sesekali bertemu.
Di atas semuanya, Prof telah mendedikasikan diri untuk mengabdi dan menuangkan pengetahuan kepada anak didiknya dan kalangan mereka yang dekat dengannya. Perkara penting yang ditinggalkan ialah buah fikiran yang dituangkan dalam buku-buku ilmiah yang beliau garap. Minat mendalamnya dalam dunia akademik telah membawanya berkelana di rumah-rumah ilmu untuk menyampaikan kuliah, syarahan, seminar dan bengkel. Selama bertahun-tahun beliau mengabdi, tentunya beliau telah menginspirasikan banyak orang. Sudah tentu ada antara anak didikmu yang telah berkembang dan akan meneruskan legasimu nanti. Semoga tugas mulia yang Prof berikan semasa hayat menjadi pelita terang yang menuntunnya di alam sana. Ilmu dan amal yang engkau tuangkan menjadi selimut malam sekaligus benteng setia yang menjagamu. Kuyakin kalau jalannya baik, tentu sebaik kesan yang Prof tanamkan kepada banyak orang. Pasti. Selamat jalan Profesor. Semoga Allah Subahanahu Wa Ta'ala memberikan tempat yang terbaik disisi-Nya. Amin Yarabilalamin. Al-Fatihah.
Salam Tuan, terima kasih atas ingatan tuan kpd ayahanda. Semoga Tuan sukses selalu.
BalasPadamIta Nurazlin MS