Selasa, 6 Mei 2014

jangan pernah lewatkan hal kecil

Semalam 06 Mei 2014 saya menghadiri perbincangan mengenai penterjemahan dan penerbitan buku. Perbincangan menjurus kepada penelitian draf kerjasama antara jabatan dan institusi. Pada suatu peringkat timbul keraguan mengapa perlu ada semacam satu penandatanganan kerjasama sedangkan kededuanya adalah entiti yang berstatus subordinat yang bernaung di bawah satu payung yang dinamakan superordinat atau lebih mudah disebut kerajaan. Nah di situ moral cerita saya bermula. Mudah sahaja kehidupan sosial manusia tidak terlepas daripada "sistem-sistem" yang bersifat abstrak dan konkrit yang mengikat manusia dan bagaimana mereka menghargai kehidupan itu sendiri. Misalnya anda menggunakan tandas di rumah, ditempat awam, "jangan lupa bersihkan". Ketika anda menggunakan jalan raya dan berhadapan dengan lampu merah, "jangan lupa berhenti". Sebagai penjawat awam, kita tertakluk pada peraturan perkhidmatan awam antaranya menepati waktu bekerja, cuti dan keluar negeri perlu memohon, patuh pada arahan ketua dan pimpinan jabatan dan banyak lagi. Demikian pula kita sebagai warganegara, ada sistem yang mengikat dan memandu kita apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Hidup berjiran juga ada tertib dan santun yang perlu dipraktis. 

sumber: google images
Bahkan dalam agama Islam, banyak peraturan dan pengajaran sebagai panduan dan teladan. Hal yang sederhana seperti "berhentilah makan sebelum kenyang" juga menjadi pengajaran berguna kepada manusia bahawa makan tanpa kawalan akan memudaratkan kesihatan. Begitulah kehidupan dan bagaimana kita melihat kehidupan itu penting.

Ahli sukan profesional seperti Christiano Ronaldo memastikan dirinya sentiasa fit untuk masuk dalam kesebelasan utama Real Madrid. Bagaimana beliau fit dan cergas setiap saat. Ketika ditanya media, beliau menjawab "saya menjaga pola makan, latihan, beriadah dan tidur yang cukup. Ia hal yang kecil tetapi penting. Anda jangan pernah lewatkan hal kecil kerana hal kecil akan mempengaruhi karakter anda".

Hari ini kita mendengar terdapat rungutan kepada perkhidmatan awam apabila hal kecil dilewatkan. Apakah hal kecil itu yang memberi pengaruh besar pada imej korporat baik secara internal mahupun eksternal? Antaranya ialah tidak mengemaskini data dan makluman perubahan baik dalam sistem pangkalan data mahupun dalam sistem minda manusia itu sendiri. Yang terjadi ialah budaya mempaste benda lama sedangkan terdapat perkara yang perlu dikemas kini dan diperbaharui pada wacana dan wahana berkenaan. Budaya mempaste kini menjadi satu tragedi dan endemik yang menyuakan rasa marah-marah daripada pemimpin, pentadbir dan manusia yang berurusan untuk mendapatkan perkhidmatan berkenaan. Saya kira ini wajar kerana kita sebagai pemegang amanah sekali pun di peringkat bawah harus peka dalam menanai tanggungjawab dengan baik kerana apa yang kita lakukan itu telah ada sistem yang mengaturnya baik secara konkrik mahupun abstrak.

Kembali semula kepada isu awal, saya menanggapi betapa perlunya sebuah wacana yang mengikat untuk kepentingan bersama kededua pihak dengan mengambil kira jika perkara ini berbangkit kemudiannya setelah berlaku pertukaran dan penggantian pegawai, maka ada kertas putih yang boleh dirujuk dan mengapa perkara tersebut perlu dilanjutkan pada ketika perjanjian berkenaan masih berlaku. Ini pengalaman saya sendiri melalui perkara yang tiada hitam putihnya sehingga komitmen yang dibentuk menjadi tidak jelas dan objektif. Ketika ada setengah pandangan menanggapi permudahkan semuanya, saya setuju betul namun terdapat perkara tertentu dalam sesuatu komitmen itu mempunyai maksud substantif penting yang perlu dihuraikan sebagai pencerahan kepada kerjasama dan komitmen strategik yang dibentuk. Mudah sahaja, jika semua perkara disimplekan, apa kata dunia...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

COVID-19 - Dunia Ini Rapuh dan Tidak Berdaya, Pelajaran Buat Kita

Tidak siapa menduga COVID-19 yang bermula di Wuhan, China merebak ke seluruh dunia. Masyarakat dibuat terpinga-pinga dan panik. Kita dibias...