Selasa, 6 Mei 2014

mumpunilah dalam segala hal kehidupan anda

Saya selalu melihat betapa penting seseorang itu menguasai bidangnya apabila dia diberi kepercayaan untuk memikul tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Tidak kiralah dia seorang pembersih, peon, kerani, editor, typesetter, pengarang apatah lagi jika seseorang itu diberi kepercayaan mengetuai unit atau bahagian. Dan alangkah baik jika dia bukan sahaja menguasai pekerjaan yang dia lakukan bahkan juga memahami dan seterus berusaha belajar menguasai lingkungan yang berkaitan dengan pekerjaannya. Mengapa ini penting? Saya katakan dalam sesetengah sektor pekerjaan itu, yang penting manusianya bukan mesin. Bukan bererti mesin tidak berguna sama sekali tetapi mesin hanya tinggal mesin jika manusia yang menjadi pengurusnya tidak tahu apapun atau bagaimana menggerakkan mesin itu. 

Kita juga bercakap tentang modal insan. Modal insan bukan bererti anda memerlukan kelulusan universiti walaupun hakikat memang mengkehendaki demikian. Bagi saya, modal insan juga boleh diraih jika kita 'keras' terhadap tiap kehidupan yang kita lewati. Maksud saya ialah adanya niat dan kesungguhan untuk belajar, belajar memahami, menguasai dan selalu berkeinginan tinggi untuk meningkat kemampuan dan kemahiran dalam segala hal. Saya perhatikan hampir sebilangan pekerja sebenarnya tidak memahami secara jelas tuntutan besar tugas dan tanggungjawabnya sekalipun dia seorang kerani, seorang editor atau typesetter. Seorang kerani, seorang editor dan typesetter sebagai contoh, harus menguasai bahasa ibunda dengan baik, faham bentuk ejaan benar dan betul, tahu membentuk ayat, dapat mengecam kesalahan struktur bahasa yang berlaku dan dapat pula membetulkannya. Misalnya, seorang kerani dan typesetter untuk buku terbitan bukan sahaja menerima bahan, bahkan lebih dari itu dia haruslah tahu bagaimana mengolah, menyusun dan menyesuaikannya mengikut konteks. Sedih kalau mereka tidak ingin belajar, tidak ingin berkarih dan malah membuat sesuatu itu berdasarkan apa yang telah diberikan oleh pihak pertama. Ini bukan satu persembahan kerja yang baik. Sikap ini nampaknya sudah sebati sejak lama dan sulit untuk mengajak untuk membuat anjakan paradigma dalam pemikiran dan pekerjaan agar kerja yang dilakukan saban tahun tidak yang itu-itu sahaja.

Satu ketika dahulu timbul pandangan mengatakan bahawa seorang tukang masak atau chef hanya memasak mengikut apa menu yang anda mahu. Yang membeli bahan di pasar dan keperluan adalah orang lain. Hakikatnya tiada salahnya seorang chef menyingsing seluar dan baju untuk pergi ke pasar basah sekalipun untuk mencari bahan mentah. Sekurang-kurang mereka tahu selok-belok bahan mentah yang baik, petuah-petuah  tentang bahan dan resepi masakan yang didapatkan secara kebetulan daripada masyarakat yang ramah, harga barang dan segala macam untuk mendidik kita sebagai chef menghargai setiap benda dengan tidak membuat pembaziran ketika memasak. Jika chef hanya setakat memasak dan tidak membeli bahan mentah, kita bukanlah seorang chef yang sempurna meski anda koki dalam bidang memasak. Anda tentu kehabisan idea ketika anda membuat tunjuk cara memasak kerana anda tidak membuat kerja lapangan yakni membeli bahan mentah yang diperlukan. Ketika anda turun sendiri mendapatkan bahan, anda dapat memberi rasa kepada penyampaian dalam tunjuk cara memasak yang anda lakukan. Jika tidak, ia kaku dan biasa-biasa sahaja. Ia bak bekerja seperti "robot". Dalam erti kata, kerja yang dilakukan tidak mempunyai roh dan jiwa yang dalam melainkan semua yang dilakukan lebih kepada aksesori atau kecantikan di atas permukaan sahaja.

image: http://jamjobs.blogspot.com/2012_07_01_archive.html: 

Pernyataan itersebut bukan bermakna kita tidak mengiktiraf kerja bakti mereka namun dalam keadaan dunia menekankan pada pencapaian prestasi, kualiti dan merit khususnya untuk sokongan kenaikan, semua segi persembahan kerja dan karakter diambil kira. Maknanya, proses kenaikan akan makin selektif kerana terdapat ramai di luar sana yang memiliki kebolehan dan kelulusan ingin masuk dalam pasaran kerja untuk memberikan komitmen terbaik dan bersaing dengan kita. Nah, jika seseorang itu tidak mumpuni dalam lingkungan bidangnya sebagai contoh typesetter tidak menguasai struktur bahasa Melayu yang baik dan benar, kemampuan mereka hanya cukup dalam mereka letak sahaja. Yang didapatkan selama bertahun, tentulah yang itu-itu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

COVID-19 - Dunia Ini Rapuh dan Tidak Berdaya, Pelajaran Buat Kita

Tidak siapa menduga COVID-19 yang bermula di Wuhan, China merebak ke seluruh dunia. Masyarakat dibuat terpinga-pinga dan panik. Kita dibias...