Isnin, 23 Jun 2014

Rekomendasi untuk Hotel Santika, TMII Jakarta Timur

Tanggal 01 - 08 Jun 2014, aku bersama ibu pimpinan dan beberapa orang delegasi negeri tercinta kami menghadiri perhelatan akhbar Rangkaian Acara Persidangan Mabbim Ke-53 di Hotel Santika, Taman Mini Indonesia Indah di Jakarta Timur. 

Hotel Santika TMII

Tanpa mengurangi rasa bias dengan hotel-hotel lain yang pernah aku inap khususnya di kota Jakarta, lokasi Hotel Santika TMII terkesan jauh sedikit dari jantung kota yang tenar dengan kesibukannya yang luar biasa. Namun lokasi yang sedikit jauh itu tidak mengurangi rasa sukacita saya terhadap hotel ini kerana persekitarannya ramah dan friendly kerana keperluan asasi anda khususnya bab memanjakan perut ada di persekitaran Hotel Santika TMII antaranya sebut sahaja Pizza Hut, A & W,

Tengah makan Pizza Hut dekat Santika TMII, Baim Wong
datang di tengah jeda shooting sinetron "Catatan Hati Seorang Isteri" untuk tayangan Ramadhan

Breadtalk, Kedai Serbanika 24 Jam, Bakso Lapangan Tembak yang popular dan pusat hiburan karaoke yang diusahakan oleh Charly Van Houten, mantan musisi ST12. Untuk lapangan kebugaran khususnya bagi mereka yang gemar berjogging di pagi hari, anda cukup menapak keluar ke depan hotel untuk berlari pusing keliling di jalan masuk TMII. TMII satu lagi produk wisata yang perlu anda jelajahi untuk melihat secara dekat peta kesenian dan kebudayaan Indonesia dalam satu kawasan.

antara objek wisata di hadapan Hotel Santika TMII


Menyentuh tentang Hotel Santika TMII, karyawan hotel ini sangat ramah terutama Dwi Rahayu, Assitant Sales Manager yang ramah dan friendly menyapa dan bertanya tentang tingkat keselesaan dan sajian semasa sarapan, makan tengah hari dan malam di hotel ini. Dari segi keselesaan, alhamdulillah kamar yang duduki iaitu kamar 329 terletak di lantai 3, amat luas untuk bergerak dan meletakkan barang. Di kamar juga disediakan dua sofa satu di hujung katil dan yang satu lagi di sisi tingkap. Sofa yang lembut ini sesuai untuk memanjakan diri setelah selesai rapat (mesyuarat). Disediakan juga meja membaca atau untuk menulis. Peralatan lain antaranya ialah LCD TV dll yang sesuai dengan standard hotel. Kamar mandi untuk shower diberi dinding cermin, ada bathtub dan dua sink kembar untuk digunakan. Cukup luas dan kurang becak kerana tilenya menyerap air (hmm..jangan pula anda cuba-cuba membanjirinya dengan intensiti air yang banyak) Yang menyulit kami tentunya sterika yang perlu dipinjam awal dan tempoh masa yang diberikan selama 1 atau 2 jam sahaja.

Dari segi kuliner atau sajian yang disediakan, aku mengatakan superb kerana inilah rasa kuliner yang dekat dengan lidah dan budaya kita. Beragam sajian disediakan, enak dan ditukar mengikut suasana kedaerahan yang ada. Ada jamu bro...buat mengubat rasa pegal-pegal.

Kawasan parkir di hadapan hotel ini mencukupi dan memudahkan anda bertemu dengan driver yang setia menunggu. Jika anda menginginkan teksi untuk ke kota, di hadapan bangunan hotel berjajaran taksi bluebird sedia melayani hajat anda sama ada ke Thamrin City, Blok M Square, Pasar Bening (tempat menjual batu dan permata), dan Mall Tamin (sekitar 8 minit dari hotel menggunakan kereta serta tertakluk kepada keadaan jalan yang lancar dan tidak macet). Hotel ini berdekatan dengan masjid yang boleh dilewati dalam masa tiga minit untuk mengerjakan solat Jumaat. Hotel ini sesuai untuk industri MICE (meeting, innovative, convention dan exhibition), perhelatan nikah dan kahwin dan untuk mereka yang datang bersama keluarga. 

Makan Durian di Kota Bahru, Kelantan

Aku ingin memulakan wacana di atas untuk bercerita tentang raja buah dahulu. Aku adalah penikmat sejati raja buah, duren. Aku tahu wajah anda yang absurd dan gelisah juga adalah pemburu dan penikmat raja buah sebenarnya...haha. Di Kelantan dan kawasan jajahannya, apabila tiba musim duren, anda boleh melihat dan menikmatinya di mana-mana, baik di Pasar Siti Khadijah (PSK), Wakaf Che Yeh mahupun di pinggiran jalan. Buah durian yang diburu tentulah dari spesies durian kunyit. Dikatakan durian kunyit kerana warna tekstur daging buah ini berwarna kuning kuat pekat. Di Kelantan, ia masih disebut sebagai durian kunyit tetapi entah kenapa apabila tiba di bandar besar seperti Kolumpo disebut Musang King (Muse King..ikut kecek Kelate). Bahkan nama ini sudah establish. Dahulu aku terfikir mengapa pula nama durian disejajarkan dengan nama musang. Dahla musang, ditambah king pula. Agaknya fauna musang ini memang ada ketua koloni yang disebut king selain singa yang memang sesekali disebut raja singa atau lion king. Menurut sumber, durian kunyit banyak ditanam di ladang durian di Gua Musang, satu kawasan dalam jajahan negeri Kelantan. Durian kunyit mempunyai kuasa pasaran yang baik kerana isi buah yang padat dalam semua ruas selain daging buahnya yang tebal.

Tekstur daging durian kunyit atau Musang King
antara buah yang dijual di Wakaf Che Yeh
durian yang masih segar, sawan time...

Pendek kata, daerah Gua Musang menjadi pengeluar utama durian kunyit sebelum dihantar ke bandar dan kota di luar daerah. Di sini anda tentu tahu bagaimana etimologi kata Musang King (nama tempat dikahwinkan dengan king - raja buah...agaknyalah) dicipta dan kini nama berkenaan dipopular di bandar besar dan mancanegara melalui MARDI dan Tourism Malaysia dengan sokongan kerajaan yang giat mempromosi produk tani keluaran Malaysia di bawah jenama Malaysia Best.

Jika anda pemburu sejati, datanglah ke Kelantan sama ada menaiki pesawat MAS atau AirAsia, perjalanan darat atau menggunakan keretapi Senandung Malam dari KL Sentral menuju ke Wakaf Bahru. Sekilo buah ini berharga RM8.00 atau ditempat tertentu anda boleh mendapatkan sekitar RM6.00. Murah! Dahlah murah segar pula..terbaik dari ladang. Anda tentu tidak mendapatkan harga semurah itu sekilo ketika di Jalan Alor (China Town di Bukit Bintang). Di Jalan Alor, harga sekilo Musang King RM45.00. Kalau dah di Jalan Alor mahal melangit, di Miri apatah lagi. Lagilah tercekik bijik dengar harga sekilo buah berkenaan. Tak kuasa mak nak beli. Tahan je lah. Perbandingannya di Kota Bahru Kelantan khususnya di PSK sebagai contoh, dengan harga sekilo RM45.00 yang diberikan di Jalan Alor, anda boleh makan Musang King di PSK sebanyak 8 biji dengan purata berat sebiji 1.5kg. Boleh termuntah mak makan, itupun kalau mak jenis suka makan sorang-sorang.

mangga harum manis, murah kak

Rajin-rajinlah ke Kota Bahru. Rasai getaran geliat bandar ini yang tentunya menggamit anda untuk datang lagi. Selain Musang King, buah mangga manis yang boleh diperah menjadi jus berlambak dijual dengan harga RM6.00 sekilo.

Berkunjunglah ke Kelantan

Aku mengenal Kelantan daripada media tanpa pernah menjejak kaki ke daerah ini. Mengikuti perkembangan Kelantan melalui sorotan media tentunya diselimuti dengan agenda positif dan negatif. Yang dominan ialah sorotan negatif betapa negeri berkenaan mundur dan terkebelakang berbanding negeri lain. 

Setelah menjejak kaki, dan melihat dengan kepala sendiri semasa menghadiri Mesyuarat Audit Bahasa Melayu di Pejabat SUK Negeri Kelantan pada 09 - 12 Jun 2014, aku mengatakan sorotan media mengenai negeri tersebut jauh seperti yang digambarkan. Kelantan bagiku berkembang pesat dan sangat berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia yang pernah kujelajahi. Perkembangan pembangunannya merata kerana hampir setiap kilometer sepanjang perjalanan ke Rantau Panjang memperlihatkan betapa menggeliatnya aktiviti ekonomi yang dibangunkan oleh kerajaan negeri. Percayalah anda tidak akan pernah lapar atau kehabisan wang saku sendiri kerana pada setiap jajahan di Kelantan, ada pekan atau pinggiran yang akan memanjakan anda dengan perkhidmatan yang ditawarkan seperti rumah makan, pusat belanja dan institusi perbankan jenama Malaysia untuk anda mengeluarkan wang. Sayangnya, aku tidak banyak memotret perkembangan pembangunannya baik semasa menginap di Kota Bahru, dan mengembara ke pinggiran Pasir Mas seterusnya menghala ke Rantau Panjang. 

Satu hal yang buatku terkesan ialah semangat anak-anak Kelantan berwirausaha yakni berniaga. Boleh dikatakan setiap perniagaan dijalankan oleh anak-anak Melayu Kelantan bahkan di sepanjang jalan menuju ke Rantau Panjang. 

Tanda dah sampai di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang


Pada kebiasaannya semangat anak negeri tentunya tidak terhad dalam teritorial mukimnya bahkan ia mewakili keseluruhan jajahan negeri berkenaan. Dengan kata lain, sikap rajin berwirausaha sama ada sebagai pengusaha kedai makan di pinggir jalan, perajin batik dan industri hiliran berasaskan perikanan menjadi mangkin dalam menggerakkan ekonomi masyarakat di negeri ini. 

Bagiku Kelantan tempat yang sesuai dan ramah dengan pelancongan. Mana tidaknya, tempat ini menawarkan 1001 satu macam tarikan baik dari segi kuliner yang terkenal dengan menu nasi dagang, nasi kerabu, ayam percik, sajian ikan bakar yang menggoda selera, pulut durian dll, batik, zon perniagaan bebas cukai di Rantau Panjang dll. 

masakan Kelate

make sume, aa..tambah..tambah

Malahan jangan tak tau di Kelantan khususnya di bandar Kota Bahru begitu banyak bazar yang popular dalam menjual batik, busana muslimah dan kraftangan seperti Bazar Buluh Kubu, Bazar Tok Guru, Bazar Tengku Anis, dan tentu sekali Pasar Siti Khadijah yang selalu menjadi buah mulut. Di Kota Bahru juga terdapat pusat belanja seperti KB Mall, Billion Mall yang bersambung bangunan dengan Hotel Reinansance, Parkson (berhadapan dengan Pasar Siti Khadijah) dan Tesco. 

Pengangkutan awam juga ramah kepada pelancong. Banyak travel agen dan orang perseorangan yang menawarkan perkhidmatan penyewaan kereta dan bas. Maklumat ini boleh diperoleh jika anda rajin mendapatkan informasi daripada travelog atau bloggers yang pernah ke Kelantan. Kos perkhidmatan teksi sehala dalam bandar Kota Bahru dikenakan sebanyak RM12.00 jika anda memulakan perjalanan dari hotel penginapan atau hanya RM10.00 jika anda sudah dalam bandar dan meminta untuk dihantar ke tempat lain dalam kawasa bandar Kota Bahru.

Selain daripada berniaga, anak Melayu Kelantan juga menjadi pengusaha homestay, kotej, apartmen, kondominium bahkan hotel bajet. Industri penginapan bajet berkembang pesat baik di pekan dan bandar besar mahupun di permukiman yang berdekatan dengan kawasan tarikan pelancong seperti di Wakaf Che Yeh. Boleh sawan gila berbelanja di Wakaf Che Yeh dan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang nih. Faktor yang mempengaruhi perkembangan industri penginapan di Kelantan ialah begitu banyak tarikan pelancongan bersepadu yang ditawarkan yang mempunyai tarikan sembrani kepada turis mancanegara berkunjung negeri berkenaan.

Laman Pasar Siti Khadijah. Mak tak menang tangan kak nak pilih

Gerbang Laman Siti Khadijah, Kota Bahru

Bagi anda yang berhajat ke Kelantan dan ingin mendapatkan penginapan dengan perbelanjaan yang sesuai dengan bajet anda, maklumat berkenaan boleh diperoleh daripada www.booking.com. Sila pastikan anda menempah awal kerana Kelantan sentiasa kebanjiran pengunjung domestik dan luar kecuali pada musim monsun yang diramal berlaku pada bulan Okt - Feb setiap tahun.

Sempena cuti sekolah esok nun Disember, hi che kiah, mat deghis jom mai pakat-pakat maghi derak-derak bercuti di Kelate nih...

COVID-19 - Dunia Ini Rapuh dan Tidak Berdaya, Pelajaran Buat Kita

Tidak siapa menduga COVID-19 yang bermula di Wuhan, China merebak ke seluruh dunia. Masyarakat dibuat terpinga-pinga dan panik. Kita dibias...