Aku mengenal Kelantan daripada media tanpa pernah menjejak kaki ke
daerah ini. Mengikuti perkembangan Kelantan melalui sorotan media tentunya
diselimuti dengan agenda positif dan negatif. Yang dominan ialah sorotan
negatif betapa negeri berkenaan mundur dan terkebelakang berbanding negeri
lain.
Setelah menjejak kaki, dan melihat dengan kepala sendiri semasa menghadiri Mesyuarat Audit Bahasa Melayu di Pejabat SUK Negeri Kelantan pada 09 - 12 Jun 2014, aku mengatakan sorotan media mengenai negeri tersebut jauh seperti yang digambarkan.
Kelantan bagiku berkembang pesat dan sangat berbeza dengan negeri-negeri
lain di Malaysia yang pernah kujelajahi. Perkembangan pembangunannya merata kerana
hampir setiap kilometer sepanjang perjalanan ke Rantau Panjang
memperlihatkan betapa menggeliatnya aktiviti ekonomi yang dibangunkan oleh
kerajaan negeri. Percayalah anda tidak akan pernah lapar atau kehabisan wang
saku sendiri kerana pada setiap jajahan di Kelantan, ada pekan atau pinggiran
yang akan memanjakan anda dengan perkhidmatan yang ditawarkan seperti rumah
makan, pusat belanja dan institusi perbankan jenama Malaysia untuk anda mengeluarkan wang. Sayangnya, aku tidak banyak memotret perkembangan pembangunannya baik semasa menginap di Kota Bahru, dan mengembara ke pinggiran Pasir Mas seterusnya menghala ke Rantau Panjang.
Satu hal yang buatku terkesan ialah semangat anak-anak Kelantan berwirausaha yakni berniaga. Boleh dikatakan setiap perniagaan dijalankan oleh anak-anak Melayu Kelantan bahkan di sepanjang jalan menuju ke Rantau Panjang.
Pada kebiasaannya semangat anak negeri tentunya tidak terhad dalam teritorial mukimnya bahkan ia mewakili keseluruhan jajahan negeri berkenaan. Dengan kata lain, sikap rajin berwirausaha sama ada sebagai pengusaha kedai makan di pinggir jalan, perajin batik dan industri hiliran berasaskan perikanan menjadi mangkin dalam menggerakkan ekonomi masyarakat di negeri ini.
Bagiku Kelantan tempat yang sesuai dan ramah dengan pelancongan. Mana tidaknya, tempat ini menawarkan 1001 satu macam tarikan baik dari segi kuliner yang terkenal dengan menu nasi dagang, nasi kerabu, ayam percik, sajian ikan bakar yang menggoda selera, pulut durian dll, batik, zon perniagaan bebas cukai di Rantau Panjang dll.
Malahan jangan tak tau di Kelantan khususnya di bandar Kota Bahru begitu banyak bazar yang popular dalam menjual batik, busana muslimah dan kraftangan seperti Bazar Buluh Kubu, Bazar Tok Guru, Bazar Tengku Anis, dan tentu sekali Pasar Siti Khadijah yang selalu menjadi buah mulut. Di Kota Bahru juga terdapat pusat belanja seperti KB Mall, Billion Mall yang bersambung bangunan dengan Hotel Reinansance, Parkson (berhadapan dengan Pasar Siti Khadijah) dan Tesco.
Pengangkutan awam juga ramah kepada pelancong. Banyak travel agen dan orang perseorangan yang menawarkan perkhidmatan penyewaan kereta dan bas. Maklumat ini boleh diperoleh jika anda rajin mendapatkan informasi daripada travelog atau bloggers yang pernah ke Kelantan. Kos perkhidmatan teksi sehala dalam bandar Kota Bahru dikenakan sebanyak RM12.00 jika anda memulakan perjalanan dari hotel penginapan atau hanya RM10.00 jika anda sudah dalam bandar dan meminta untuk dihantar ke tempat lain dalam kawasa bandar Kota Bahru.
Selain daripada berniaga, anak Melayu Kelantan juga menjadi pengusaha homestay, kotej, apartmen, kondominium bahkan hotel bajet. Industri penginapan bajet berkembang pesat baik di pekan dan bandar besar mahupun di permukiman yang berdekatan dengan kawasan tarikan pelancong seperti di Wakaf Che Yeh. Boleh sawan gila berbelanja di Wakaf Che Yeh dan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang nih. Faktor yang mempengaruhi perkembangan industri penginapan di Kelantan ialah begitu banyak tarikan pelancongan bersepadu yang ditawarkan yang mempunyai tarikan sembrani kepada turis mancanegara berkunjung negeri berkenaan.
Bagi anda yang berhajat ke Kelantan dan ingin mendapatkan penginapan dengan perbelanjaan yang sesuai dengan bajet anda, maklumat berkenaan boleh diperoleh daripada www.booking.com. Sila pastikan anda menempah awal kerana Kelantan sentiasa kebanjiran pengunjung domestik dan luar kecuali pada musim monsun yang diramal berlaku pada bulan Okt - Feb setiap tahun.
Tanda dah sampai di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang |

masakan Kelate |
make sume, aa..tambah..tambah |

Laman Pasar Siti Khadijah. Mak tak menang tangan kak nak pilih |
Gerbang Laman Siti Khadijah, Kota Bahru |
Bagi anda yang berhajat ke Kelantan dan ingin mendapatkan penginapan dengan perbelanjaan yang sesuai dengan bajet anda, maklumat berkenaan boleh diperoleh daripada www.booking.com. Sila pastikan anda menempah awal kerana Kelantan sentiasa kebanjiran pengunjung domestik dan luar kecuali pada musim monsun yang diramal berlaku pada bulan Okt - Feb setiap tahun.
Sempena cuti sekolah esok nun Disember, hi che kiah, mat deghis jom mai pakat-pakat maghi derak-derak bercuti di Kelate nih...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan