Aku ingin memulakan wacana di atas untuk bercerita tentang raja buah dahulu. Aku adalah penikmat sejati raja buah, duren. Aku tahu wajah anda yang absurd dan gelisah juga adalah pemburu dan penikmat raja buah sebenarnya...haha. Di Kelantan dan kawasan jajahannya, apabila tiba musim duren, anda boleh melihat dan menikmatinya di mana-mana, baik di Pasar Siti Khadijah (PSK), Wakaf Che Yeh mahupun di pinggiran jalan. Buah durian yang diburu tentulah dari spesies durian kunyit. Dikatakan durian kunyit kerana warna tekstur daging buah ini berwarna kuning kuat pekat. Di Kelantan, ia masih disebut sebagai durian kunyit tetapi entah kenapa apabila tiba di bandar besar seperti Kolumpo disebut Musang King (Muse King..ikut kecek Kelate). Bahkan nama ini sudah establish. Dahulu aku terfikir mengapa pula nama durian disejajarkan dengan nama
musang. Dahla
musang, ditambah
king pula. Agaknya fauna musang ini memang ada ketua koloni yang disebut king selain singa yang memang sesekali disebut raja singa atau lion king. Menurut sumber, durian kunyit banyak ditanam di ladang durian di Gua Musang, satu kawasan dalam jajahan negeri Kelantan. Durian kunyit mempunyai kuasa pasaran yang baik kerana isi buah yang padat dalam semua ruas selain daging buahnya yang tebal.
|
Tekstur daging durian kunyit atau Musang King |
|
antara buah yang dijual di Wakaf Che Yeh |
|
durian yang masih segar, sawan time... |
Pendek kata, daerah Gua Musang menjadi pengeluar utama durian kunyit sebelum dihantar ke bandar dan kota di luar daerah. Di sini anda tentu tahu bagaimana etimologi kata Musang King (nama tempat dikahwinkan dengan king - raja buah...agaknyalah) dicipta dan kini nama berkenaan dipopular di bandar besar dan mancanegara melalui MARDI dan Tourism Malaysia dengan sokongan kerajaan yang giat mempromosi produk tani keluaran Malaysia di bawah jenama Malaysia Best.
Jika anda pemburu sejati, datanglah ke Kelantan sama ada menaiki pesawat MAS atau AirAsia, perjalanan darat atau menggunakan keretapi Senandung Malam dari KL Sentral menuju ke Wakaf Bahru. Sekilo buah ini berharga RM8.00 atau ditempat tertentu anda boleh mendapatkan sekitar RM6.00. Murah! Dahlah murah segar pula..terbaik dari ladang. Anda tentu tidak mendapatkan harga semurah itu sekilo ketika di Jalan Alor (China Town di Bukit Bintang). Di Jalan Alor, harga sekilo Musang King RM45.00. Kalau dah di Jalan Alor mahal melangit, di Miri apatah lagi. Lagilah tercekik bijik dengar harga sekilo buah berkenaan. Tak kuasa mak nak beli. Tahan je lah. Perbandingannya di Kota Bahru Kelantan khususnya di PSK sebagai contoh, dengan harga sekilo RM45.00 yang diberikan di Jalan Alor, anda boleh makan Musang King di PSK sebanyak 8 biji dengan purata berat sebiji 1.5kg. Boleh termuntah mak makan, itupun kalau mak jenis suka makan sorang-sorang.
|
mangga harum manis, murah kak |
Rajin-rajinlah ke Kota Bahru. Rasai getaran geliat bandar ini yang tentunya menggamit anda untuk datang lagi. Selain Musang King, buah mangga manis yang boleh diperah menjadi jus berlambak dijual dengan harga RM6.00 sekilo.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan