Semalam Selasa, 05 Ogos 2014, aku memulakan kembara ke HatYai. Kembara ini tidak lebih dari sekadar untuk outing dan refreshing yang memang menjadi minat mendalamku sejak jabatan memberi peluang kepadaku membuat penyelidikan bahasa, sejarah dan budaya dalam kerangka penyelidikan Jejak Kesultanan Brunei di Borneo khususnya di Kalimantan selama 3 minggu pada tahun 2006 anjuran Jabatan Pusat Sejarah Brunei. Melalui dan menikmati perjalanan panjang bagiku adalah hadiah terindah daripada Allah swt pada saat perjalanan itu berlangsung. Pengalaman indah dan teristimewa itulah yang banyak menyuntik semangatku untuk meneroka keluar melalui perjalanan mencabar dan panjang iaitu menggunakan bas yang lebih hemat biaya meskipun masa yang diambil tentulah panjang dan lama. Namun inilah thrill dan kelebihannya berbanding menggunakan pesawat. Menggunakan bas atau apa sahaja pengangkutan darat yang lain memboleh anda dapat melihatkan secara dekat suasana dan kehidupan masyarakat sepanjang perjalanan yang anda lalui. Sambil kembara, aku juga ingin mengongsikan apa sahaja yang dilalui sepanjang jalan menuju HatYai. Tidak ada yang istimewa sebetulnya selain daripada duduk sambil bersuai kenal dan berborak dengan teman baru dan melihat tempat yang belum pernah dijejaki.
Sebelum itu, satu setengah jam sebelum bertolak, aku sudah siap menunggu di Platform 15 (P15) iaitu platform yang telah ditentukan oleh operator bas ekspres yang dipilih.
|
Platform 15, tempat menunggu bas ke HatYai
di Hentian Puduraya |
Lama juga. Mengikut jadual, bas sepatutnya bertolak dari Puduraya pukul 10.00 malam. Batang hidung bas pun tak nampak. Tapi jangan bimbang, petugas atau agen pengendali bas mundar-mandir dan sentiasa ada sehingga komitmen mereka kepada penumpang selesai seperti waktu perjalanan yang dijanjikan dalam tiket pada hari bertolak meskipun mungkin perjalanan tersebut tergendala. Akhirnya pukul 10.45 malam bas masuk ke kawasan parkir. Setelah siap meletak bagasi dan mengecek penumpang, bas bertolak pukul 11.30 malam. Bas Alison Golden Coach boleh memuatkan 27 orang penumpang sahaja. Duduk letak kerusi pula, dua dalam sebaris bergabung, dan satu baris memanjang untuk duduk secara individual. Sebelah tempatku kosong. Apabila tiba di Kepong, naik dua orang penumpang lagi. Penumpang seorang ini lelaki berbangsa Cina berusia 75 tahun yang dikenali sebagai Uncle Kin. Beliau melawat anaknya yang menjadi Pengurus Kilang Getah di HatYai. Cukup ramah dan baik. Uncle Kin boleh berbahasa Thai dengan fasih.
|
Uncle Kin dan Pim dari Bangkok |
Di sebelahku, Kim dari Bangkok yang juga penumpang bas yang sama. Seorang yang ramah, mudah senyum dan boleh berbahasa Inggeris dalam loghat Thai yang pekat. Beliau balik bercuti untuk mengurus permit perjalanan kerjanya di Kota Kemuning. Kim juga membuka peluang untuk membawa aku pusing-pusing di kawasan tarikan yang ada di HatYai. Memandangkan aku jenis yang biasa berdikari, suka belajar sesuatu yang baru, tentunya aku tidak mahu menyulitkan beliau dan menganggu urusan permit kerjanya yang tentu menguras tenaga. Lagi pula, aku dibantu melalui info para bloggers yang telah kupelajari sebulan sebelum bertolak termasuk mencatat maklumat penting sebagai panduan. Di HatYai juga, kemudahan pengangkutan awam seperti tuk-tuk dan motosikal tersedia untuk membawa anda kemana-mana di sekitar HatYai.
|
Taksi motor berlesen.
Pastikan rider yang memakai jaket
berwarna |
|
Tuk tuk teksi yang paling popular |
Pokoknya ada Baht atau ringgit Malaysia, semua bisa jadi. Untungnya tempat aku menginap di Grand Plaza Hotel adalah spot area yang biasa menjadi pot atau terminal bagi turis luar yang datang ke HatYai yang kebanyakan dari Malaysia mahupun Indonesia.
|
Grand Plaza Hotel |
Baiklah tak lengkap kalau entri ini hanya bercerita tentang pengalaman sahaja tanpa mengongsikan sesuatu yang sifatnya informatif untuk pengetahuan anda semua. Pertama sekali tentang ciri soket yang digunakan di sini. Perkara yang kita selalu buat bila sampai di hotel apabila melewati perjalanan panjang ialah keinginan mengecas telefon bimbit segera. Baik, anda perlu bawa soket kecil multi berbesi pipih. Jangan bimbang, soket berkenaan bersepah dijual di kaki-kaki lima berhadapan dengan tempat hotel anda menginap. Jika hendak sewa yang saya beli, boleh juga...hehe.
|
Multisoket |
|
soket berbesi pipih |
Jika ditanya apa yang ada di HatYai, bagi mereka yang belum pernah menjejaki ke sini, maka di sini saya mengongsikan info mengenainya untuk pengetahuan anda. Mall atau pusat belanja di HatYai antaranya ialah Central, Odeon, dan Diana. Yang terbesar dan terkelas baik dari segi saiz, keluasan dan butik ternama di dalamnya ialah pusat belanja Central Festival (CF). Harus guna tuk-tuk kalau hendak pergi ke CF. Jika naik tuk tuk seorang diri, caj tambang 100 Baht sehala dikenakan. Lebih baik pergi beramai. Dalam satu tuk-tuk jika badan bersaiz sederhana, boleh memuatkan dalam 6 orang.
|
Pusat belanja Central Festival |
|
Central Festival |
Rata-rata driver tuk-tuk menyebut Central sebagai Sentan. Jadi jangan cuba-cuba sebut Central. Mereka akan kata ohhhh...Sentan. CF memiliki enam lantai dan berkeluasan dalam dua saiz padang bola (menurut saya). Banyak butik prestij dan jenama antarabangsa di dalamnya. Antaranya ialah Mark Spencer, Manchester United (butik rasmi yang menjual baju, topi, beg dll jenama MU), Esprit, Playboy dll. Butik jenama barangan sukan seperti Nike, Adidas, Puma dan New Balance tersedia untuk memenuhi selera anda yang suka mengoleksi dan memakai pakaian sukan. Satu kelebihan di butik pakaian sukan Adidas, ialah tersedia topi original berlogo kelab bola sepak terkenal iaitu Real Madrid dan Chelsea yang ditaja oleh Adidas. Harga cap berkenaan sebelum diskaun sekitar 690Baht atau RM69.00.
Ruang siar kaki untuk berlegar di CF amat luas dan selesa selain disediakan tempat duduk jika penat berjalan kerana mall ini memang besar dan luas. Untuk anak-anak, disediakan tempat play & fun. Makanan muslim disediakan di foodcourt CF.
Untuk kembali ke hotel penginapan, tuk-tuk dan teksi sedia menunggu di jalan raya berhadapan dengan pintu masuk utama CF.
|
Ruang dalam Central Festival |
Selain pusat belanja, terdapat beberapa tempat menarik di HatYai antara floating market, ice dome (sejuk 15C), Chang Puak Camp (tempat pertunjukan gajah, aktiviti memanah, dan ATV Motor).
|
Tempat pertunjukan gajah |
Bagi mereka yang berminat menaiki gajah, caj 300Baht dikenakan seorang bagi perjalanan selama 30 minit untuk 1KM. Lambat gajah ni berjalan. Sengal juga duduk lelama...hehehe. Selepas selesai perjalanan menunggang gajah, pengembala yang duduk bersama anda akan meminta tip 100Baht (siap tulis di belakang topi lagi tip yang diminta). Untuk masuk ke Ice Dome, tiket seorang 300Baht. Baju sejuk dan glove diberi percuma. Sebelum masuk, petugas Ice Dome akan meminta anda menunggu selama 5 minit untuk anda relaks dan menyesuaikan dengan suhu persekitaran. Sejuk banget. Di Samila Beach, ada patung puteri duyung menyambut anda. Tiada tiket dikenakan begitu juga di floating market. Untuk pergi kesemua tempat ini termasuk tarikan lain, akan dikenakan caj pergi balik sejumlah 1600 Baht tergantung jenis kenderaan yang anda pilih. Jika anda memilih van yang kebanyakan berhawa dingin dan boleh memuatkan 8 orang, caj perjalanan dikenakan sebanyak 2600Baht atau B$105. Anda harus bijak berunding dengan driver berkenaan untuk meminta diskaun kerana harga trip lawatan pergi balik memang dibuka tinggi. Tekan harga yang anda mau, namun pada kebiasaannya harga diskaun untuk trip perjalanan menggunakan van berhawa dingin untuk selama satu hari dari pukul 9.00 - 17.00 tidak banyak kurang. Mungkin diberi harga diskaun dalam 200-300Baht sahaja. Ada banyak driver yang membuat tawaran dan selalu menyapa anda ketika anda keluar daripada pintu hotel tempat anda menginap. Jika kenderaan seperti tuk tuk, tekan harga diskaun sehingga 1000Baht. Pokoknya harus ada persetujuan caj terlebih dahulu sebelum anda bertolak. Kedua, lebih baik pergi berkumpulan sehingga anda dapat berkongsi sama membayar. Bagi mereka yang berminat untuk menyewa van, cuba hubungi Saban Thipmanee. Beliau boleh dihubungi melalui facebook seperti nama yang tertera dan jadikan beliau sebagai rakan fb anda. Sebenarnya ramai lagi driver atau syarikat penyewa van yang dapat memenuhi keperluan anda pergi melawat. Kebetulan aku pernah bercakap dengan Saban Thipmanee dan beliau juga menggunakan media sosial untuk mempromosi perkhidmatannya, maka ini tentu memudahkan kita berbincang dan menguruskan keperluan pengangkutan sebelum bertolak. Terdapat satu lagi perkhidmatan van yang juga mempromosi melalui fb iaitu AG Tour.
|
Butik MS |
Tentang wisata kuliner iaitu berkunjung sambil menikmati kuliner Thai khususnya sajian halal, selain sudah diterangkan dalam entri terdahulu, ingin aku sampaikan bahawa kuliner halal bagi mereka yang terasa lapar pada malam hari, anda tidak perlu bimbang. Jika anda menginap di Lee Garden Plaza Hotel, Grand Plaza Hotel, Centara Hotel atau Regency yang terletak dekat satu sama lain dan dalam jalur laluan yang sama, maka tempat ini menjanjikan suasana happening pada malam harinya. Banyak hawker stall muslim Thai menyediakan sajian untuk memenuhi selera anda antaranya nasi goreng, seafood, minuman sarang burung, laicikang dll tentunya menggugah selera anda untuk mencuba. Selain itu, ada sotong bakar. Semakin malam pada ketika pusat belanja (mall) tutup, kawasan parkiran pinggiran jalan dijadikan tempat menjaja makanan. Buah-buahan seperti manggis, durian, rambutan, dan duku manis juga dijual. Sambil makan, anda juga akan dikejutkan oleh pengembala gajah yang datang bersama gajah peliharaan mereka. Mereka akan meminta anda membeli makanan gajah iaitu tiga bungkus roti papan yang dibawa oleh pengembala berkenaan yang dijual dalam 100Baht untuk anda memberi makan kepada gajah yang sudah diajar dan patuh serta menurut kata kepada pengembala berkenaan. Jangan takut kerana gajah berkenaan telah dilatih untuk tidak macam-macam...hehe.
|
salah satu tarikan dalam Ice Dome |
|
floating market |
|
duku manis antara buah yang dijual di kaki lima |
|
makanan kering |
|
kain |
|
Thai peanut |
|
kawasan yang menjadi tumpuan pengunjung di areal Lee Garden Plaza Hotel satu bangunan dengan Mc D |
|
Penulis bergambar bersama polis pelancong peronda |
|
Butik MU di Central Festival |
Perkongsian pengalaman yang bagus. Informatif. Bagaimana dengan toko buku di sana?
BalasPadamTk. Ada sebuah toko buku di mall yang bersatu bangunan dengan Lee Garden Plaza Hotel. Namun kebanyakan buku yang dijual adalah buku yang ditulis dan diterjemahkan dalam bahasa Siam
Padam