Semalam Sabtu, 23 Mei 2015 saya meluang masa menonton final Piala FA antara Kelantan vs Lions XII live di TV1. Kelantan diramalkan bakal juara oleh penganalisis bola sepak Malaysia dengan rata-rata meramalkan kemenangan tipis 2 1 atau paling 3 0. Final ini merupakan penampilan pertama Lions XII dan dianggap sebagai pasukan underdog kerana dibarisi pemain muda bawah 25 tahun, tidak bermain di laman sendiri dan bermain di hadapan penyokong tegar Kelantan yang mendominasi Stadium Bukit Jalil. Pandangan yang dizahirkan berikutnya ini tidak pula bererti saya memperkecil semangat anak Kelantan yang terkenal dengan persatuan yang kuat meskipun terpencar kemana-mana bahagian dalam wilayah Malaysia. Dan kerana persatuan yang teguh itu, mereka beramai-ramai memerah dan menggegarkan perlawanan akhir berkenaan.
Baik, tinggalkan dulu tentang pertandingan tersebut yang keputusannya sudah diketahui. Saya ingin merayau sedikit tentang sikap dan cara masyarakat Singapura berhadapan dengan sesuatu perkara baik kecil mahupun besar. Saya tertarik mengikuti perkembangan negara berkenaan sejak awal tahun 90-an ketika begitu banyak isu seksis yang awalnya dilihat sangat tidak popular antaranya penerapan meritokrasi dan pengambilan tanah untuk pembangunan semula. Penerapan meritokrasi pada awalnya dijangkakan akan menenggelamkan masyarakat Melayu Singapura kerana tipikal bangsa ini yang dibayangi oleh ketidakmampuan untuk bersaing dengan bangsa-bangsa lain. Namun harus diingat bahawa tiada satu inisiatif besar dapat dianggap sebagai ideal dalam semalaman. Ia tidak semudah membalikkan telapak tangan kerana ia memerlukan masa bertahun untuk menilai sesuatu langkah itu berhasil. Sebuah langkah besar tentunya memerlukan proses panjang. Maka seluruh sistem Singapura digerakkan untuk menjayakan meritokrasi, Meritokrasi menanamkan nilai bahawa hanya mereka yang rajin berusaha dan bekerja keras akan mampu menakat. Masyarakat yang terbentuk melalui proses meritokrasi akan membuatkan mereka bernilai, dibuang ke laut pun akan menjadi pulau begitulah pujangga berkata. Apakah berusaha dan bekerja keras cukup? Dalam meritokrasi, berusaha dan bekerja keras sudah tentu tidak memadai tanpa disertai dengan disiplin, cerdas, kreatif dan pragmatis. Inilah nilai yang menurut saya perlu ada bagi membolehkan anda terus relevan dan pragmatis untuk menyesuaikan diri dengan perubahan zaman.
Singapura telah membuktikan kepada dunia bahawa setitik pulau di benua ini dapat memberi pengaruh besar kepada kerantauan dan hubungan antarabangsa. Dasar meritokrasi mereka telah membolehkan rupa darat Singapura menjadi tempat untuk semua sendi-sendi kehidupan. Dari pendidikan, pembangunan kota, taman dalam bandar, pelancongan, rawatan kesihatan, penyelidikan dan pembangunan, transportasi dan hub pengangkutan udara, pengurusan pintar, limbungan perkapalan dan malah sumber manusia kolar putih yang bernilai kerana keupayaan mereka memaksimumkan kepintaran otak kiri dan otak kanan untuk menakat.
Nah, apakah kaitannya dengan kejayaan Lion XII dalam Piala FA semalam dengan meritokrasi. Anda tidak bisa mengatakan bahawa meritokrasi tiada kaitannya dengan kejayaan tersebut. Saya katakan ia kerana hanya mereka yang memiliki disiplin yang tinggilah yang berjaya menuai kejayaan selain daripada kecerdasan, kreatif dan pragmatis dalam menyesuaikan diri untuk merespons keadaan. Pokoknya perlu ada mental waja dik. Mereka tidak memiliki pemain import tapi mereka memiliki pemain muda yang mencintai prestasi dan bergerak sebagai satu tim penuh taktis, kreatif dan pragmatis. Mereka saling membantu menutup lompong agar tidak ada ruang dapat ditembusi oleh lawannya. Yang nampak semalam, kemenangan Singapura adalah speed..speed..speed. Taktis ditopang dengan tenaga serta speed yang mumpuni mampu menggegarkan jaring lawan. Hanya mereka yang berdisiplin tinggi hasil daripada keterbiasaan dengan sistem yang "kasar" dan genius itulah yang mampu menakat dan meraih sukses. Lebih manis kejayaan tersebut adalah sebuah reflektif Made in Singapura atau Singapore Brand kerana seluruh rangkaian Lion XII adalah adalah warga Singapura.
Singapura memang memiliki dasar, sistem dan prasarana untuk mencipta kesuksesan dalam semua hal sejak lama dan ia menuaikan kejayaannya kini. Malam gemilang Lion XII adalah juga malam gemilang bagi sistem dan cara hidup yang keras dan dasar yang sangat mendidik itu dalam seluruh sendi-sendi kehidupan yang dirintis oleh The Singapore Founding Father, Lee Kuan Yew, bapa perintis yang memiliki wawasan jauh dan genius dalam mencorakkan mental dan fizikal nation state Singapura. State of art Singapura bukan sekadar kisah bandar yang hidup, segar dan bertenaga, ia juga memerikan sebuah masyarakat yang memiliki keazaman dan mentaliti kelas pertama untuk Singapura Maju.
Singapura memang memiliki dasar, sistem dan prasarana untuk mencipta kesuksesan dalam semua hal sejak lama dan ia menuaikan kejayaannya kini. Malam gemilang Lion XII adalah juga malam gemilang bagi sistem dan cara hidup yang keras dan dasar yang sangat mendidik itu dalam seluruh sendi-sendi kehidupan yang dirintis oleh The Singapore Founding Father, Lee Kuan Yew, bapa perintis yang memiliki wawasan jauh dan genius dalam mencorakkan mental dan fizikal nation state Singapura. State of art Singapura bukan sekadar kisah bandar yang hidup, segar dan bertenaga, ia juga memerikan sebuah masyarakat yang memiliki keazaman dan mentaliti kelas pertama untuk Singapura Maju.
Meritokrasi yang melahirkan masyarakat mentaliti kelas pertama ini tentunya akan membuat Singapura dicemburui oleh sekitarnya dan membuka mata banyak dunia bahawa yang terpenting untuk menakat dan berdaya tahan itu adalah melahirkan manusia sebagai aset yang bernilai melalui dasar, sistem pendidikan dan cara hidup yang bernilai. Kini nampaknya torehan kejayaan itu menjadi sebuah siklus besar yang akan merebak kemana-mana sektor jika negara lain tidak memiliki sikap daya saing yang tinggi untuk berhadapan dengan Singapura jaya.
Akhirnya, tahniah Lion XII kerana telah menoreh sejarah hasil daripada disiplin, kerja keras dan minda yang telah terdidik untuk maju dan jaya melalui meritokrasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan