Wisata terindah dan menjadi kenangan abadi itu bukan ada di mall besar atau di resto. Ia ada di wisata bahari yang berasaskan pada alam, maritim, sejarah, budaya, landmark atau mercu tanda. Wisata berpetualang melalui 4WD atau mendaki gunung juga tidak kurang sensasinya dalam memercikkan sebuah pengalaman indah kepada penikmatnya. Nah, entri kali ini bercerita tentang wisata alam bahari iaitu kunjunganku bersama delegasi UNGEGN ke Ha Long Bay yang terkenal ke mancanegara itu. Hari itu Jumaat, 14 Mei 2015, aku dan anggota delegasi UNGEGN telah dijanjikan oleh penganjur untuk dibawa melawat ke destinasi berkenaan melalui travel agen Hoabinhtourist and Convention. Kami dimestikan berada di lobi Hotel Melia tepat jam 8 pagi kerana perjalanan mengambil masa seharian iaitu tiga jam perjalanan dari Hanoi ke Ha Long Bay, empat jam menaiki bot pesiar untuk berkeliling dan tiga atau empat jam berikutnya kembali ke hotel.
Perjalanan menuju ke Ha Long Bay itu makin terasa sensasinya apabila tour guide menyampaikan dalam 30 minit rombongan kami tiba ke destinasi berkenaan. Mengapa terasa sensasi? Ini kerana semakin banyak ketumbukan bas pelancong sama ada bersaiz 22 mahupun 45 kapasiti duduk menghala ke Ha Long Bay. Turis teramai ialah turis mat salleh, Jepang dan China. Banjaran yang berjejeran mulai kelihatan sebagai tanda Ha Long Bay sudah mulai menggamit kerana objek wisata ini ada selepas banjaran yang menutupi pemandangannya dari jauh.
Ketika tiba di pit stop, ramai turis asing mulai mundar mandir bersama agen tour guide masing-masing sebelum menaiki bot pesiar. Memang banyak bot pesiar yang sedia memenuhi keperluan pesiaran jelajah anda. Kami menaiki bot pesiar Hoabinhrourist.
Bos pesiar tersebut memiliki empat meja dalam baris sehala memanjang sebelah kiri, empat sebelah kanan yang boleh memuatkan empat ke enam orang untuk sebuah meja. Sambil bot pesiar bergerak, sajian dihidangkan tertakluk kepada pakej yang anda beli. Untungnya, delegasi UNGEGN telah diuruskan semuanya oleh penganjur yakni Vietnam sebagai tuan rumah sidang dan mesyuarat. Kami tinggal duduk aman untuk menyerap dan menikmati pemandangan indah yang terhampar di sepanjang pelayaran.
Tour guide menerangkan bahawa Ha Long Bay merupakan sebuah teluk di teluk Tonkin dengan tempatnya dekat dengan perbatasan negara China kerana Hanoi adalah wilayah utara Vietnam. Ha Long Bay memiliki keluasan sekitar 4000 KM persegi mengandungi 3000 pulau dan teluk ini terletak sekitar 165 KM dari Kota Hanoi. Dalam bahasa Vietnam, Ha Long Bay juga disebut Vinh Ha Long yang bererti Teluk Naga yang sedang turun. Pemberian nama tersebut tidak terlepas daripada cerita rakyat yang sudah melegenda yang dipercayai oleh masyarakat Vietnam sebagai satu peristiwa yang benar-benar terjadi.
Cerita yang sudah melegenda tersebut menceritakan seekor naga yang turun dari langit yang meludahi permata giok ke laut untuk membantu masyarakat setempat. Cerita rakyat ini menjadi daya tarik tersendiri yang mewarnai panorama wisata alam Ha Long Bay yang indah dan menjadi buah mulut turis di mancanegara.
Jika anda berkesempatan mengunjungi Ha Long Bay, anda akan mendapati pulau-pulau batu kapur dengan tampilan warna hijau yang sebahagiannya diselimuti rumput dan pokok tumbuh di sekitarnya, bebatuan yang terhampar menjulang tinggi seperti blade, berjajaran, berdamping sesekali pandang memandang serta memiliki lekuk pandangan yang bersegi dan indah dikejauhan. Bebatuan merupakan sebuah miniatur sama ada terhasil secara semula jadi, bentukan air laut mahupun angin melalui proses panjang. Dunia bola sepak tentu mengagumi kemahiran teknis Messi dan Ronaldo menggiring dan mengelecek bola tapi perlu diingat Messi dan Ronaldo takkan ada sepanjang masa, berbanding miniatur bebatuan keras di Ha Long Bay yang tetap setia di situ selagi ada bulan dan bintang. Perbandingan begini tentunya tidak realistik tetapi kita semua perlu tahu bahawa manusia datang dan pergi, "institusi" tetap berdiri sepanjang masa. Memerhatikan denyut panorama Ha Long Bay ini membuatkan kita semua terpaut dan menzahirkan betapa sungguh indah alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Keindahan di sini adalah satu rahmat yang menghasilkan rezeki kepada pemain dalam industri pelancongan di sini.
Ha Long Bay juga memiliki gua-gua besar yang bernuansa seperti arca bebatuan yang terukir, tinggi, sejuk kerana stalagmite dan stalaktit yang menjadi besi sembrani bagi menarik pengunjung luar datang berkunjung ke Ha Long Bay dan singgah berpetualang ke gua berkenaan.
Ha Long Bay masuk dalam daftar objek wisata keajaiban dunia. Hal ini wajar kerana Ha Long Bay memperlihatkan pemandangan alam yang menakjubkan, alami dan sebuah anugerah dan karya yang maha kuasa yang sungguh sempurna yang membuat kita takjub dan menghargai sebuah pengalaman yang luar biasa didapatkan apabila anda berkunjung ke sini. Ayuh!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan