Masa berlalu begitu pantas. Sepantas masa meninggal kita sepantas itu puteriku kini tumbuh kembang sebagai anak remaja yang memiliki karakter dan minat yang berbeza. Di sela-sela kesibukan mereka belajar, mereka menyempati waktu mengisi kecenderungan masing-masing. Yang tua selalu membuai kami dengan petikan keyboard dengan lagu moden sesuai dengan selera anak muda. Terkadang, kami sebagai orang tua yang sudah menginjak lima dekad ini memaksanya memainkan lagu evergreen dendangan megabintang Jeng Whitney Houston, Mariah Carey, Kang Lionel Ritchie dan artis yang seangkatannya dengannya. Orang tua yang hidup dibesarkan dengan lagu-lagu ini tentu merasa ramah dan akrab dengan muzik yang lembut, mendayu dan tidak membingitkan telinga. Puteri tuaku tidak pernah menolak memainkannya meskipun harus menatap notasi muzik lagu berkenaan yang bukunya kami belikan khusus ketika berkunjung ke toko-toko buku muzik di luar negara. Tapi tetaplah petikan keyboard untuk lagu berkenaan bukan senandung pilihannya kerana tentunya ia ramah dengan dendangan penyanyi terkini yang seusia dengannya.
Puteri keduaku betul-betul mewarisi kecintaanku dalam mengulit buku. Baginya hampir tiada waktu tanpa membaca. Waktunya diisi dengan melapah bait demi bait kata dan bahasa demi bahasa dalam novel yang dipilihnya dan dibeli secara online atau di toko buku berdekatan. Beliau terbuka untuk pelbagai genre novel namun minatnya khusus pada siri penyiasatan, fiksi, thriller hinggalah kisah remaja dilahapnya dan ia rasa buas untuk memiliki buku baru yang semalam baru dilancarkan. Baginya, dunia akan terasa kelam tanpa buku. Membaca novel membuatnya damai dan lebih mendamaikan hatinya apabila dapat memiliki buku berkenaan dengan segera. Beliau sedari kecil sudah mengoleksi siri Naruto, Manga dan Harry Poter. Bahkan setiap kali aku outstation hal utama yang ia minta buku..buku..buku bukan baju baru. Pernah sekali aku membelinya baju baru yang fashionable sesuai usia anak muda bersekali dengan buku cerita terkini kirimannya. Ternyata dia mendahului buku daripada mencuba baju baru seperti puteriku yang lain. Aku dan ibunya mengomel, tapi tetaplah ia dengan prinsip loyalnya mencintai buku sebagai barang mahal melebihi segalanya. Bahkan, beliau sangat ulet dan teliti dalam menjaga miliknya terutama buku. Jangan ada yang meminjam tetapi tidak menepati janji mengembalikannya. Anda akan merasa malang untuk berdepan dengan reaksinya..hahaha.
Puteri ketigaku memiliki karakter yang sedikit lain. Sebelumnya, perbezaan puteri ketigaku ini sedikit jauh, sekitar 7 tahun dari kakaknya yang tua yang sekarang sudah menapaki usia 21 tahun. Puteri ketigaku penyuka dalam mengoleksi caps yang ada hiasan, bling-bling dan permainan lego. Sebelumnya, ia penyuka dan pengoleksi boneka. Beliau juga peminat tegar artis K-pop. Awal Ramadhan yang lalu puteriku bersama teman sekolahnya menanti setia ketibaan artis K-pop antaranya Jeong Jin-woon anggota kumpulan 2AM bersama dengan beberapa artis K-pop lain seperti Kim Byung Man, Do Sang Woo dan Nam Gyu Ri yang menjalani penggambaran program realiti Law of the Jungle di negara ini. Disela-sela kesibukannya sebagai anak sekolah yang perlu berusaha keras, beliau meredam waktunya bermain sulap mata! Apakah itu merupakan satu trik atau aplikasi gajet yang memungkinkan segalanya menjadi real. Yang buat aku penasaran tentunya pertanyaan mengemuka yang datang dibenakku. Entah dari mana minat berkenaan melekat padanya pada ketika aku tertawa dan rasa tergelak melihat aksi sulap matanya yang relaks, bersahaja dan polos yang dirakam dan dipos melalui aplikasi pesan Whatsapp. Apapun, aku melihat aktiviti yang dilakukan oleh ketiga mereka sebagai satu ekspresi dan emansipasi ruang setelah berhari-hari memenuhi rutin ke sekolah dan studi, mengulang kaji, menghadiri kelas tambahan dan tentunya membuat kerja rumah.
Bagiku, anak-anak yang tidak bergelumang dengan sawah, kebun, sungai, getah, sawit, selut dan segala unsur perdesaan yang membesarkan asa dan rasa bahagia orang tua mereka dahulunya, juga berhak memiliki pengalaman dunia yang berbeza sesuai dengan peredaran masa asalkan masa senggang yang diisinya itu sesuatu yang bererti dan memiliki nilai esensial yang mendidik dan manusiawi. Aku melihatnya sebagai satu pusingan u yang jauh berbeza dengan kehidupan kami dahulunya tetapi aku memahaminya bahawa apapun karya hidup yang baik dari mereka adalah satu tindakan secara sedar sebagai anak-anak yang ingin berekspresi dan berprestasi dengan mengacu pada subjek yang dapat menghiburkan mereka. Sebagai orang tua, aku mengalu-alukan mereka berfikir kreatif bermula dengan hal-hal kecil kerana kelak mereka tentu memerlukan mental dan ilmu yang kuat ditengah-tengah keadaan ekonomi yang membadai dunia yang menyebabkan timbulnya keraguan yang tidak dijelas yang dikhuatiri berdampak sistemik sehingga boleh memberi efek pada dunia sebelah sini. Sebelum perkara itu terjadi, orang tua manapun tentu berharap anak mereka telah dibesarkan dan terasuh melalui kekuatan berfikir kreatif dan mampu membuat terobosan yang baik untuk kelangsungan. Semoga.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan