Penghujung Ramadhan ini bantuan kepada insan yang memerlukan datang mencurah. Bantuan datang dari pelbagai penjuru. Yang menerima tentu merasa senang hati kerana ada masyarakat yang prihatin dan peduli. Momen memberikan kepada mereka yang memerlukan dimanfaatkan oleh syarikat-syarikat swasta yang kebanyakannya dipunyai oleh golongan nonmuslim yang sudah tentu tidak memahami budaya dan jerih payah masyarakat marhaen berjuang hidup untuk memastikan perut mereka dan perut ahli keluarga mereka terisi. Terkadang rezeki yang diraih tidak sebanding dengan kudrat dan tanggungjawab yang perlu dijaga dan digalas. Apabila diberi bantuan, mereka menerima rezeki seperti bulan jatuh ke riba dengan rasa senang hati. Hidup mereka tegar dan selalu sulit. Kesulitan itu membuatkan hati dan jiwa mereka kering dan sulit untuk gumbira apalagi tertawa dek hidup yang keras. Inilah yang tidak difahami dan dihayati low pan...low pan atau mister-mister yang memiliki bisnes yang boleh memberikan kesenangan untuk tujuh keturunan generasi mereka. Apa yang nampak didada akhbar, mister-mister ini ramah senyum, berposing dengan menatang pemberian mereka kepada insan yang memerlukan. Momen ini pula diliput oleh media-media dan gambar mereka menghiasi dada-dada akhbar. Mister-mister ini tidak merunduk dan menunjukkan empati mendalam mereka kepada insan yang sulit dek ketegaran hidup berpanjangan. Ia sebuah pemandangan kontras dan angkuh, sama seperti ketika Bapak Suharto menandatangani perjanjian bantuan sambil disaksikan oleh Ketua IMF Michael Camdesus yang berpeluk tubuh. Sebuah pemandangan yang tidak menerbitkan pesona manusiawi. Kembali semula pada inti cerita, nampaknya mister-mister ini dilihat lebih galak menonjolkan karakter dan pada masa yang sama menjual dan mempromosi nama syarikat mereka. Tahun lepas, ada mister pemilik textile yang memakai seluar jeans dengan dua butang baju terbuka sambil menyodorkan bantuan. Hamba melihat pemandangan ini sebagai sebuah kesombongan dan betapa hedonisnya golongan borjuis dalam meraih kesempatan. Semua ini mencerminkan betapa kurang cerdas, kurang bijak dan kurang telitinya masyarakat kapitalis menunjukkan empati mereka dalam momen peduli kasih seumpama ini. Boleh hamba katakan jubah kapitalis dan pengalaman dunia bangsa mereka kurang sesuai dengan adab dan santun masyarakat di negara ini. Pandang dan pelajarilah cara adab dan santun masyarakat kami memberi kepada yang memerlukan. Merunduk, pandanglah mereka dan katakanlah sesuatu. Mereka akan sangat menghargainya. Untuk sekalian kalinya, hamba berharap wartawan juga tahu bagaimana memaparkan sebuah momen dalam media mereka sesuai dengan etika dan konteks sesuatu acara itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
COVID-19 - Dunia Ini Rapuh dan Tidak Berdaya, Pelajaran Buat Kita
Tidak siapa menduga COVID-19 yang bermula di Wuhan, China merebak ke seluruh dunia. Masyarakat dibuat terpinga-pinga dan panik. Kita dibias...
-
Pandangan sisi depan pata atau cap Seminar Arkelogi, Linguistik dan Sejarah Se-Borneo sempena Pameran Manik-Manik Se-Borneo diadakan pa...
-
Selasa, 21 Januari 2014 selesai sudah tanggungjawab sebagai wakil jabatan bagi menemuduga calon untuk mengisi jawatan kosong. Alhamdulillah...
-
Dr. Mataim semasa Sidang Eksekutif Ke-50 Mabbim, Jakarta Kuingin abadikan belasungkawa yang mendalam kepada mentorku yang telah banyak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan