Asyik menonton program TV2 Juara Bertemu Juara. Ketika menonton, kebetulan sudah dipertengahan siaran. Jadi yang dilihat tidak banyak. Yang tidak banyak ini cukup mengesankan. Mengapa? Ini kerana lagu yang dinyanyikan evergreen belaka. Dan tak kalah seru lagu irama Malaysia yang dibawa secara duet.
Pertama, secara personal aku ingin mengangkat tangan tanda tabik kepada RTM. Meskipun sudah lama memenuhi obligasi sosialnya selaku media kerajaan dalam menyajikan berita, hiburan dan dokumentari, dalam bab hiburan, nampaknya RTM tidak buru-buru. RTM mengangkat dan mengetengahkan produk hiburan yang berkualiti. Ketika RTM menganjurkan Bintang RTM, mereka yang berjaya di grand final adalah calon yang fit untuk menjadi penyanyi yang berkualiti dan memang punya passion sebagai entertainer. Ya, entertainer yang pekerja keras untuk jaya bukan untuk mengejar kepopularan sesaat. Itulah mengapa produk Bintang RTM selalu diingat sampai ke hari ini. Anda tentu kenal dan mengingati antara beberapa nama terkenal daripada Bintang RTM seperti Sudirman Haji Arshad, Jamal Abdillah, Juliza Adlizan dan Raisudin Hamzah. Ini belum termasuk rancangan popular satu ketika dahulu melalui tagline HMI atau Hiburan Minggu Ini yang menggabungkan duo penyanyi popular sekali gus, sehingga duo tersebut dikenal sebagai duo maut yang selalu membius ramai orang dengan duet lagu mereka.
Melihat program Juara Bertemu Juara semalam membuat minda dan jiwaku dan mereka yang seusia terpaku sejenak. Juara-juara ini mendendangkan lagu-lagu evergreen. Penyanyi yang kurang lebih seusia denganku itu mendendangkan lagu yang tentunya pernah membesarkan mereka dan aku dahulunya. Yang menghipnotis, penyanyi undangan malar segar yang masih memiliki suara emas seperti masa mudanya. Siapa lagi kalau bukan D.J Dave dan Andre Goh. Mendengar kededuanya menyanyi aku terpaku sejenak. Lagu ini menghantar fikiranku ke mesin waktu pada masa-masa tahun 1980-an, zaman agraris (pertanian) ketika tenologi belum begitu pesat seperti hari ini. Dekad itu, seni benar-benar menjadi media yang mengesankan, seni sebagai media yang membangunkan peradaban dan pengembangan falsafah sesuatu budaya masyarakat, seni juga bahagian daripada nutrisi jiwa, membuat tubuh merasa tenang dan damai. Seni dan muzik itu melahap hati dan rasa kerana dahulu syair yang dilagukan itu dicipta dengan menangkap getaran kisah masyarakat khususnya anak-anak muda, sama ada mereka ini perantau, pencari rezeki, sedang galau, perindu yang agung, rindu kasih dan segala macam sehingga syair yang dinyanyikan itu benar-benar hidup dan mewakili jiwa dan rasa anak muda pada zamannya. Ini ditambahkan lagi dengan nyanyian dan suara emas mereka yang memang membuai dan aduhai.
Berbalik kepada RTM, pada ketika Bapak Menteri lama Tan Sri Dato Rais Yatim mengetuai kementerian yang di bawah ada RTM, hampir setiap minggu ada saja program hiburan yang menampil bintang-bintang evergreen menyapa halwa jiwa masyarakat. Program hiburan yang mengangkat nuansa evergreen itu rasanya bukan sekadar acara atau mengisi slot hujung minggu tetapi ia tentu menghantar pesan dan kesan sosial kerana acara hiburan sebenarnya tidak terlepas daripada nilai esensial penting dalam memperkasakan seni dan budaya masyarakat yang tujuan akhirnya untuk memanusiakan manusia.
Aku menyambut program pada zaman pimpinan Bapak Menteri Rais Yatim dengan semangat dan antusiasme tinggi dan tidak pernah terlupa untuk menontonnya. Yang disajikan RTM biasanya luar biasa mantap kerana mereka selalu memastikan program yang disiarkan kemas dan jauh daripada kesan error. Bab ini, RTM sangat selektif dan berselera tinggi. Kini meskipun Bapak Menteri Rais tidak lagi di kementerian berkenaan, RTM tidak pernah menghampakan khalayak dalam menebarkan pesonanya.
Aku menyambut program pada zaman pimpinan Bapak Menteri Rais Yatim dengan semangat dan antusiasme tinggi dan tidak pernah terlupa untuk menontonnya. Yang disajikan RTM biasanya luar biasa mantap kerana mereka selalu memastikan program yang disiarkan kemas dan jauh daripada kesan error. Bab ini, RTM sangat selektif dan berselera tinggi. Kini meskipun Bapak Menteri Rais tidak lagi di kementerian berkenaan, RTM tidak pernah menghampakan khalayak dalam menebarkan pesonanya.
Moga RTM dan penyanyi evergreen ini akan selalu merenda kasih masing-masing dengan program dan suara emas mereka. Aku melihat program seperti ini sebagai sebuah keharmonisan, kualiti dan tuaian prestasi yang tiada dua dan tiganya di media hiburan lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan