Harus diakui bahawa Brunei Darussalam, kota Islamik ini secara umumnya memiliki objek pariwisata atau objek pelancongan penting dan berdaya saing untuk mengait turis mancanegara. Sama ada disedari atau tidak, objek wisata berupa monumen seperti Istana Nurul Iman, Masjid SOAS, Masjid Jame'Asr Hassanal Bolkiah, Royal Regalia, Muzium Brunei, Muzium Teknologi Melayu, Muzium Maritim, Tugu Kenangan Kesebilion Tong, Oil & Gas Discovery Centre (OGDC) yang merupakan antara menu wajib dalam daftar wisata yang perlu dilawati. Ini belum termasuk objek wisata alam seperti hutan hujan tropika di Temburong yakni Taman Ulu Belalong yang menyajikan pengalaman indah dan menarik untuk dikunjungi. Tripadvisor menyenaraikan 10 topspot yang menjadi daya tarik pelancong ke negara ini.
Akhbar The Brunei Times, Selasa, 12 November 2015 melaporkan bahawa kunjungan turis dari China meningkat 7 peratus dari setahun ke setahun sebagaimana yang dilaporkan oleh Dermot Mannion, Timbalan Pengerusi Royal Brunei Airlines. Itu ketibaan turis melalui udara. Bagaimana pula ketibaan turis melalui sempadan darat dan laut.
Baru-baru ini, aku menyambut ketibaan seorang sahabat sekolah lama yang sesekali menjadi tour guide bagi membawa trip kembara daripada sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia. Sahabat lama ini membawa guru dan pelajar dari Sekolah Sains Mohd Jiwa, Kedah. Kembara ini memasuki Brunei Darussalam via Miri. Ketika aku menunggu sahabat lama di Masjid SOAS pada petang hari 15 Oktober 2015, rupanya ramai juga trip kembara yang berkunjung ke Masjid SOAS baik dari Miri mahupun melalui Limbang dan Labuan. Agen kembara di Semenanjung Malaysia mengetahui kelebihan tempat lawatan ini telah menganjurkan pakej lawatan twin city (Miri - Brunei) mentelah pula pesawat bajet AirAsia membuat penerbangan pergi balik 4 kali sehari antara Miri - KL.
Semasa menunggu sahabat berkenaan, aku melihat Masjid SOAS tidak pernah sepi pengunjung luar. Penampilan mereka ketara. Dan menurut marbud atau karyawan daripada Masjid SOAS, hampir setiap hari landmark terkenal berkenaan menerima pengunjung luar kerana magnet seni binanya yang menarik dan tampilannya yang indah.
Semasa menunggu sahabat berkenaan, aku melihat Masjid SOAS tidak pernah sepi pengunjung luar. Penampilan mereka ketara. Dan menurut marbud atau karyawan daripada Masjid SOAS, hampir setiap hari landmark terkenal berkenaan menerima pengunjung luar kerana magnet seni binanya yang menarik dan tampilannya yang indah.
Nampaknya Brunei Darussalam menjadi tarikan turis daripada negeri jiran kerana di negeri jiran yang berhampiran tidak menawarkan objek wisata. Anda harus ke Kuching dan Kota Kinabalu jika mahu memanjakan diri, fikiran dan mata kerana kededua negeri berkenaan menawarkan objek wisata yang tidak ditawarkan, baik di Miri mahupun Limbang.
Isunya sekarang ialah bagaimana peranan Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (MPRT) dalam mendorong anak tempatan yang menggangur bekerja sebagai Tour Guide. Difahamkan Tourism Malaysia mewajibkan kembara-kembara luar yang datang melawat objek wisata di Kuching harus menggunakan tour guide tempatan. Jika tidak, khabarnya Tourism Malaysia akan mengenakan penalti. Nah, pendekatan ini boleh digunakan.
Dicadangkan MPRT mengenalkan peraturan yang menetapkan tour guide adalah anak tempatan bukan bangsa lain yang bekerja di ejen-ejen kembara di negara ini. Perkenalkan tour guide secara berlesen dan mereka dibenarkan bergerak secara freelance. Yang terpenting juga ialah perlunya satu hub atau data inventori MPRT yang menyediakan khidmat tour guide ini dan mereka dipromosi melalui web pelancongan rasmi agar ia boleh diakses oleh agen kembara luar negara yang berhajat datang melawat Brunei Darussalam. Mereka hendaklah diberikan latihan mencukupi dan dibekalkan maklumat yang jelas bagi setiap objek wisata tersebut agar terampil dalam menyediakan khidmat, Caj perkhidmatan siling dan batas caj minimum perlu diperkenalkan agar tidak berlaku persaingan yang menyebabkan turunnya caj perkhidmatan berkenaan sesuka hati dan sehingga hilang motivasi untuk melakukan pekerjaan tersebut.
MPRT juga sebaiknya tidak memperkenal sistem monopower iaitu tour guide harus berdaftar di agen kembara atau agen pelancongan. Jika ada sistem sebegini, anak tempatan akan menerima upah yang kecil atau hanya diberi komisen kerana diistilahkan sebagai pekerja kepada agen berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan