Produk lokal bukan sahaja cerita tentang ekonomi, perniagaan, pekerjaan dan penciptaan mesin dan teknologi yang ramah, tetapi juga cara kita memaparkan sikap masyarakat dan sesuatu negara itu. Apakah sesuatu negara itu adalah negara pencipta, pengeluar atau pengimport sekaligus negara konsumptif? Di Filipina, produk lokal berupa pakaian, sandal dan kasut, peralatan dapur, herba, makana instan, minyak wangi, kosmetik, cenderamata, seni dan material budaya serta produk hiliran berasaskan buah-buahan kering dijual di pasaraya besar dengan kemasan yang menarik dan memperlihatkan kualiti dan nilainya. Industri hiliran produk kering buah-buahan yang berasaskan mangga telah menjadi ikon ekonomi Manila dan sering kali dicari oleh turis luar yang berkunjung di sini. Yang pasti, industri hiliran buah kering tentunya memberi peluang ekonomi dari segi kestabilan sumber kewangan kepada pengusaha dan pekerja kerana pada musim tengkujuh, panas dan taufan, tanaman pasti dilanda musibah.
Antara produk hiliran tani yang popular ialah minuman herba tea Guyabano. Tea Guyabano atau lebih dikenali durian salat/durian belanda dibuat berasaskan daun pokok tersebut yang dikeringkan dan dijadikan tea. Guyabano diketahui oleh masyarakat Brunei sebagai tanaman yang boleh mencegah penyakit kanser yang pelbagai antaranya kolon, diabetis, gout dan mastektomi atau kanser buah dada.
Filipina seperti juga jiran serantau nampaknya memberi perhatian kepada pelestarian dan kesinambungan produk keluaran dalam negara. Dalam konteks produk makanan yang pelbagai baik yang kering, basah dan yang ditinkan, masyarakat di negara berkenaan kelihatan tidak canggung dan pelik untuk menyokong warisan yang mereka miliki yang dihasilkan oleh local genius mereka.

Kerajaan di negara itu pula menyediakan sistem yang kondusif bagi menyokong produk keluaran tempatan berkenaan untuk merebut hati masyarakat setempat agar mencintai produk keluaran mereka. Perkara ini ditambah pula jumlah populasi yang padat yang terdiri daripada penduduk kelas elit, menengah dan marhaen yang sentiasa memerlukan produk yang sesuai dengan nilai wang yang mereka miliki.
Kerajaan juga menyediakan sistem yang kondusif bagi daya saing produk keluaran mereka dengan cara menghindarkan produk saingan keluaran
negara lain menghiasi rak-rak di supermarket atau hypermarket di negara. Satu best practises yang biasa dilakukan di negara pengeluar bagi mengangkat dan memperkasa ekonomi rakyat. Yang diimport
pastilah barangan yang tidak dikeluarkan dalam pasaran tempatan. Dasar yang ketat dan mendidik inilah yang membekali rakyatnya sebuah kecintaan dan loyaliti kepada produk keluaran negara mereka. Alhasil,
produk keluaran tempatan mendapat tempat yang istimewa di rak-rak mall dan
produk ini laku keras dalam kalangan masyarakat negara berkenaan. Dengan lidah mereka yang sudah terbiasa dengan produk keluaran sendiri, anak-anak tempatan
yang merantau tentulah menginginkan produk mereka dijual di perantauan. Akhirnya, tumbuhlah minimarket produk sesuatu negara itu di perantauan. Yang berlaku
tentunya keuntungan berlipat ganda daripada tindakan secara sedar ini. Bererti anak-anak di perantauan membantu kelangsungan ekonomi di negara asal mereka. Rakyat diperantauan telah tumbuh kembang sedari kecil dengan identiti mereka sehingga di mana jua mereka terpencar, mereka memiliki identiti dan mempertahan identiti tersebut termasuk bab perut dan pakai. Luar biasa.
Penulis sempat berbual dengan Al-Shawi, peniaga Turki yang telah berada 11 tahun di Malate. Beliau menyampaikan bahawa pihak berkuasa tempatan di Filipina telah melaksanakan penyaringan ketat sebelum orang asing menjalankan perniagaan di Manila. Tujuannya tidak lain bagi melindungi produk keluaran tempatan. Yang pasti, perniagaan anda harus berbeza, sesuatu yang tidak ditawarkan di Manila, dan mestilah dilaksanakan secara usaha sama. Apakah ini cukup? Sesuatu yang kita perlu ingat apabila berniaga ditempatkan orang ialah anda mestilah menjadi orang yang lebih pintar bagi menghindarkan diri daripada perbuatan manipulasi rakan usaha sama di Manila. Itu pesan Al-Shawi sebelum perbualan kami tamat di meja makan Mc Donald, SM Horison Plaza, Adriatico St, Malate, Manila.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan