Kalau tidak kerana ada tujuan di Swansea, tentu tidak aku kenali Swansea University (SU). Ahad, 02 Oktober 2016, aku mampir di universiti ini bersama anak untuk mencari di mana duduk letak Kolej Sains Kesihatan dan Kemanusiaan (College of Human and Health Sciences). Sejak itu, sepanjang beberapa hari hingga 07 Oktober 2016, kami mundar-mandir di SU untuk mendengani urusan pendaftaran pengajian anak di SU.
Sistem pentadbiran dan pengurusan pendaftarannya sangat teratur dan sistematik bagi siswa mancanegara yang memilih studi di SU. Semua kaunter dibuka dan barisan panjang yang menunggu tidak terasa betah kerana kecekapan karyawan SU yang menguruskan pendaftaran selain daripada siswa nampaknya telah bersedia dengan segala dokumen yang diperlukan. Siswa juga disarankan untuk membeli tiket bas secara musiman, iaitu £300.00 untuk satu tahun tanpa had limit untuk anda menaiki bas dalam sehari. Pada hari pendaftaran yang sama, mereka juga perlu bergegas untuk melapor dan mengisi borang kesihatan di Jabatan Kesihatan SU, di samping perlu membuka akaun bank di Lloyd Bank.
Pada hari pendaftaran, kami memasuki SU melalui penginapan dari Marlborough Road, Brynmill. Perjalanan sejauh 1.6KM sehala dari Marlborough Road, Brynmill kemudian merentas Singleton Park, green house terdekat yang menghubungkan hunian siswa dan penduduk di Brynmill dan Upland ke kampus SU Singleton. Perjalanan tidak terasa penat kerana cuaca yang sejuk dan dingin yang menggigit. Masing-masing siswa dan orang awam yang lalu lalang memakai sweeter atau baju tebal buat pemanas badan.
Sedikit mengenai, Brynmill..distrik ini merupakan kawasan hunian penduduk dengan rumah teres yang kental dengan seni bina Inggeris.

Kawasan hunian di Brynmill dan sekitarnya |
Hunian di Brynmill baik di Marlborough Road, St. Alban Road, Oakland Road, St Bennette dan beberapa persimpangan jalan lagi di kawasan ini adalah tempat penginapan pilihan siswa mancanegara yang studi di SU. Hunian sewa ini berbentuk bilik studio yang disewa oleh tuan punya rumah kepada siswa yang yang tidak mendapat tempat tinggal di kediaman kampus. Dapur dan kamar mandi dikongsi bersama. Dapur dilengkapi dengan tempat memasak, peti ais dan mesin basuh sekaligus mesin pengering baju. Sewa bilik studio paling tinggi £400.00 dan minimum £250.00 tertakluk jarak kediaman dengan kampus dan kawasan komersial di sekitarnya. Ada beberapa laman web agen penyewa bilik yang sering boleh dikunjungi untuk menyemak dan mencari bilik sewa untuk pelajar dan mungkin juga ekspatriat, antaranya ialah:
http://www.rightmove.co.uk/
http://m.zoopla.co.uk/
http://m.primelocation.com/
http://www.home.co.uk/
https://www.gumtree.com/
http://www.uklettingagent.co.uk/
Selain letting agent di atas, di Swansea juga ada web letting agen khusus yang menguruskan bilik sewa untuk pelajar di teritori ini. Antaranya ialah:
http://www.studenthouseswansea.com/
https://sturents.com/student-accommodation/swansea/
http://www.freshsales.co.uk/properties/student-let/
http://www.charlesperrett.co.uk/studentlettings.aspx
http://www.swanseapropertyagents.co.uk/
Ada beberapa lagi laman web yang boleh membantu untuk mendapatkan penginapan di sini. Anda boleh melayari Google.
Kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang datang melawat atau menziarahi anak mereka dan memilih tinggal berasingan setidaknya dekat dengan kawasan hunian anak mereka, dinasihatkan untuk mencari kemudahan penginapan dalam laman web berikut:
https://www.airbnb.com/
https://www.hometogo.com/
Kembali ke cerita asal tadi. Kemudahan komersial untuk keperluan siswa dan penduduk mendapatkan keperluan dan kelengkapan hidup, kebanyakannya tertumpu di permukiman Uplands. Antaranya kedai dobi (laundrette), fotokopi, barang kelengkapan dapur di Tesco Express, kedai makan halal fish and chip dan beberapa kedai runcit kecil bagi mendukung permintaan penduduknya.
Terdapat sebuah smartshop yang tidak kurang popular juga di Swansea. Argos namanya. Argos menjual peralatan elektronik dan kelengkapan rumah. Difahamkan kebanyakan pelajar membeli printer kat Argos. Barang jualan tidak dipamer tetapi diletakkan dalam stor supaya anda tak rencam dan pusing kepala nak belek agaknya. Pas tu tak jadi beli..macam aku arrr. Anda tinggal memilih melalui katalog yang disediakan dalam bentuk album bergambar, siap spesifikasinya. Tebal albumnya nih...mengalahkan kamus dwibahasa..hihi. Bukan satu, ada beberapa buah album supaya tak berebut nak baca, boleh menghayati lelama dan pilih..haha. Ia lebih mudah, dan kedai ni juga menyediakan khidmat penghantaran. Lepas dah cam barang yang anda suka, masukan kod barang kat mesin yang tersedia. Smart betul kaedah omputih ni menjual barang. Kira good governance retail jugaklah. Tak de lah terpekik-pekik nak minta barang dari satu krew ke satu krew.

Sebahagian kampus Swansea University, pemandangan di waktu pagi |
Antara siswa Brunei yang menuntut di Swansea University |
Papan tanda di persimpangan masuk utama SU Singleton |
Pusat Pentadbiran Swansea University Singleton Campus tetapi jarang digunakan |
Pusat teater |
Gerbang pintu Singleton Park, salah satu pintu masuk ke Swansea University |
shuttle bus |
Secara umumnya, Brynmill menjadi pilihan penginapan bagi para siswa mancanegara kerana akses yang sangat dekat dengan SU. Anda perlu menapak dalam julat jarak 1.6KM daripada kawasan hunian dan melalui Singleton Park sebuah taman hijau yang dipenuhi oleh pokok-pokok besar dan renik yang didiami oleh unggas yakni burung yang sangat identik bunyinya, selain daripada tupai yang comel. Selain Singleton Park, sebahagian siswa yang tinggal di Brynmill khususnya di Uplands, juga akan melalui kawasan rumah hijau yang tidak kurang penting dan indahnya yang menjadi tempat konservasi unggas dan kawasan permainan bagi anak-anak.
seagull atau camar |
Pada umumnya, hampir kebanyakan universiti di Inggeris memiliki kawasan lapang atau green house. Ia ciri khas di sini yang matlamatnya utama sangat baik iaitu mendidik masyarakat muda tentang pentingnya alam sekitar sebagai paru-paru alami yang memproses udara bersih dan tempat untuk membina hidup sihat dan sekaligus tempat bagi menghargai mergastua. Jauh dari itu, green house mendidik masyarakat untuk bersosial dan berkomunikasi melalui aktiviti berjalan kaki sesama siswa yang biasanya bergerak dalam kumpulan kecil dan besar dalam satu-satu masa
jika masa kuliah mereka bertembung. Berdasarkan pengamatan saya, jarang sekali siswa menggunakan mobile sambil berjalan. Mereka lebih senang berbual sambil melangkah cepat untuk sampai ke dewan kuliah. Dengan kata lain, kebanyakan siswa lebih gemar bersembang dan berbual di jalanan mahupun di kawasan siar kampus dengan langkahan yang cepat seperti mengejar masa.
Mengenai Singleton Park antara kawasan laluan popular menuju ke kampus, hakikatnya tiada kemudahan asas di taman ini selain daripada lorong laluan kecil pejalan kaki yang berturap dan lampu jalan yang cahayanya hanya cukup untuk menerangi lorong laluan dan kawasan sekitar yang terhad pada waktu malam.
Penulis di Brynmill Park, salah satu pusat konservasi unggas jinak dan liar |
jika masa kuliah mereka bertembung. Berdasarkan pengamatan saya, jarang sekali siswa menggunakan mobile sambil berjalan. Mereka lebih senang berbual sambil melangkah cepat untuk sampai ke dewan kuliah. Dengan kata lain, kebanyakan siswa lebih gemar bersembang dan berbual di jalanan mahupun di kawasan siar kampus dengan langkahan yang cepat seperti mengejar masa.
Mengenai Singleton Park antara kawasan laluan popular menuju ke kampus, hakikatnya tiada kemudahan asas di taman ini selain daripada lorong laluan kecil pejalan kaki yang berturap dan lampu jalan yang cahayanya hanya cukup untuk menerangi lorong laluan dan kawasan sekitar yang terhad pada waktu malam.
Waktu meriah di Singleton Park ialah pada waktu pagi iaitu sekitar 9.00 pagi ke atas dan petang pada ketika siswa dan karyawan SU bergerak secara perorangan atau berkumpulan melalui di Singleton Park untuk ke SU, pergi balik. Ia sebuah atmosfera yang sensasi apabila melihat kesibukan orang dengan ragamnya yang lalu-lalang di sini. Mereka yang menginap di Upland tidak jauh daripada Brynmill juga melalui kawasan taman ini untuk ke SU.
Mengenai SU, terdapat dua kampus di universiti ini. Satu di Bay Campus, tidak jauh daripada city centre dan satu lagi di Singleton Park Campus. Siswa yang studi di SU datang daripada serata dunia tetapi kebanyakan mereka difahamkan adalah siswa tempatan di England dan Wales, dan mereka yang datang daripada negara Balkan, selebihnya daripada Middle East, Asia dan jumlah yang sedikit daripada negara Asean.

SU di Singleton seperti mana juga Universiti di serata dunia, menyediakan kemudahan asas untuk siswa. Di sini ada Costa Cafe, Starbuck dan kedai runcit MyCount Counter yang menjual barang kelengkapan dan keperluan siswa baik barang untuk memenuhi perut mahupun alatan pembelajaran.
Bas berulang alik daripada hunian penduduk di sekitar atau daripada city centre ke SU dengan kekerapan setiap 5 minit. Tidak betah menunggu bas.
Kemudahan atm bank yang ada di sini ialah Lloyd Bank dan Santander Bank. Teksi DataCabs dan YellowCabs juga melalui kampus ini untuk mengambil dan menurunkan penumpang.
Sepanjang pemerhatian, siswa mereka adalah multiras. Tiada gangguan racism dan kebanyakan mereka fokus kepada komitmen studi masing-masing. Dari segi saiz, mereka nampaknya lebih besar dan tinggi berbanding siswa yang datang dari serata Asia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan