Selasa, 17 Disember 2013

Bacalah Selama Hidupmu

Buku biografi William Soeryadjaya
Ketika anda membaca dan anda meneruskan passion tersebut selama setiap nafas kehidupan diberikan Allah Subhanallah Wa  Taala kepada anda, anda sebenarnya telah melakukan hal yang benar dalam hidup anda. Pada hari ini tiap sisi kehidupan yang anda lalui dan hadapi sebenarnya memerlukan ilmu dan pengalaman bagaimana mencari solusi dan menciptakan perkara baik serta bermanfaat dalam kehidupan anda dan kepada orang lain. Ilmu yang diperoleh  dari sekolah adalah hal asas yang dilalui semua orang setidaknya ia tahu tiga aspek utama iaitu membaca, menulis dan mengira. Namun, dalam hal mengelola hidup dan kehidupan, ada hal besar yang lebih besar dan menantang, iaitu BERFIKIR. Bagaimana anda dapat berfikir cerdas dan membuat anda sentiasa termotivasi meskipun melewati masa-masa sulit? Bagaimana caranya anda dapat merancang, mewujud atau menciptakan sesuatu yang dituntut dalam kehidupan dan lapangan pekerjaan yang anda lakukan. Hari ini, tiada satu perkara terjadi dengan mudah tanpa anda berusaha dan bekerja keras untuk meraihnya. 

Jadikanlah hobi membaca sebagai passion hidup anda. Ketika anda telah terbiasa dengan membaca dan tidak pernah berhenti membaca sepanjang hayat anda, anda tentu dapat merasai bahawa hobi anda itu telah menjadi satu amunisi yang ampuh untuk anda gunakan ketika menulis, menzahirkan pemikiran, mewujudkan idea dan bagaimana anda merealisasikan idea tersebut dengan jayanya. Bukankah melalui pembacaan anda akan mendapat pencerahan dan setidaknya motivasi bahawa tiada yang mustahil di dunia ini jika kita rajin, berdisiplin, rendah hati untuk belajar, bekerja keras dan bijak mencari peluang. Iqra...bacalah, bacalah, dan bacalah setiap waktu dan ruang. 

Saya sering tidak terlepas peluang berburu buku biografi mereka yang sukses dalam bidangnya. Koleksi buku sedemikian bertambah dan saya mungkin tidak berhenti untuk berburu buku berkenaan terutama tokoh-tokoh yang sukses kelahiran Indonesia. Berikut buku yang menjadi koleksi saya ketika ini:

Ini cuma boleh dikatakan sebahagian kerana masih ada koleksi di rak buku yang tersimpan kemas. Semuanya telah siap dibaca. Begitu pencerahan dan motivasi yang sangat berguna yang saya dapatkan.

Dari segi bahasa, susunan narasi dengan penggunaan yang mudah difahami, selain diselitkan terminologi baru, pembauran bahasa Indonesia dengan bahasa Inggeris serta penggunaan bahasa yang puitis oleh penulis buku ini telah memberikan kesan, pesan dan pengaruh yang besar kepada pembaca seperti saya. 

Kekuatan yang paling besar mengapa saya memburu buku biografi seperti saya miliki ini dan tak pernah berhenti untuk memburu buku sepertinya ke depan ialah pengalaman hidup yang luar biasa yang dilalui oleh tokoh-tokoh masyarakat yang menjadi subjek pembicaraan. Latar hidup, cara mereka dibesarkan dan ekosistem sosial yang mempengaruhi kehidupan mereka telah membuatkan tokoh-tokoh yang dulunya individu yang biasa-biasa  pada awalnya menjadi individu yang luar biasa. 

Singkat cerita pembacaan yang banyak dan luas membolehkan kita banyak belajar dan mengambil teladan darinya. Lebih dari itu buku menyediakan sebuah pengalaman belajar alternatif yang kaya makna terlebih lagi buku biografi yang banyak mengongsikan jerih payah sebelum individu berkenaan berkembang menjadi peribadi andalan dan panutan bagi setiap orang yang mengimpikan untuk meraih sukses dan jaya seperti mereka. Membaca kisah-kisah jaya dan sukses ini tentunya merangsang dan mengerahkan potensi kekuatan kita untuk berkembang dan mempelajari apa yang menjadi mereka tangguh dan kuat. Paling, ia memotivasi, memberi semangat dan menyedarkan kita bahawa manusia selalu mempunyai harapan di mana pun mereka berada selagi mereka tahu bagaimana dapat menyesuaikan diri, cepat menangkap peluang, selalu berusaha dan rendah hati untuk belajar.
Membaca buku sosok atau figur yang sukses mengajarkan banyak perkara penting. Satu daripadanya ialah dalam hidup yang keras dengan ujian, asa tetap perlu diapungkan. Bahawa dalam situasi sulit harapan tetap ada. Bahawa di lorong gelap  ada cahaya petunjuk jalan. Yang perlu dilakukan ialah berupaya membuktikan bahawa harapan itu boleh terwujud dengan KERJA KERAS.

Keberhasilan dan kesuksesan mereka mengingatkan kita tentang mutiara kata Thomas Edison "Genius adalah 1% inspirasi, 99% adalah keringat. Tiada yang dapat menggantikan KERJA KERAS. Keberuntungan adalah sesuatu yang terjadi ketika kesempatan bertemu kesiapan". Begitu pula kata Robert Kiyosaki "Your future is created by what you do today, not tomorrow".






Isnin, 16 Disember 2013

Jambatan Persahabatan Temburong - Lawas

Bulan Disember sepanjang tahun adalah yang bulan yang "seksis". Bulan ini disinonimkan dengan mood cuti, mood liburan dan mood jalan-jalan bersama keluarga. Ramai yang mengambil cuti tahunan untuk berehat dan menghabis cuti di luar negeri. Di tempat kerja, tekanan kerja sedikit berkurangan meskipun ada antara kerja yang dilakukan sebenarnya rutin yang dilaksanakan sebelum ini dan sebahagiannya pula memenuhi perancangan kerja menjelang tahun baru. Meskipun ada sebahagian kerja, cuti awam sehari tetap dimanfaatkan untuk pergi ke luar sempadan untuk mencari keperluan tambahan pula musim buah-buahan sedang dalam fobianya. Tentu sekali berburu raja buah menjadi antusias ramai orang sehingga sanggup ke luar sempadan untuk memperoleh buah berkenaan sesuai dengan nilai dan kualitinya. 

Perjalanan kali agak lain sedikit iaitu selain berburu raja buah di Sipitang, ia juga bertujuan untuk melihat dan merasai jambatan baru yang menghubungkan Temburong dengan Limbang (Sarawak). Jangan tak tahu bahawa inilah kali pertama penduduk negara ini merasai sebuah "jambatan terpanjang" yang boleh dikatakan unik dan istimewa kerana menghubungkan dua sempadan geopolitik yang selama ini dipisahkan oleh Sungai Pandaruan. Masyarakat di kededua wilayah sebelum ini menggunakan feri yang boleh memuatkan lebih kurang 8 buah kereta bagi perjalanan sehala. Pada ketika musim cuti antrian panjang yang pernah memakan masa 6 jam untuk ke seberang sehingga menyebab warga berfikir beberapa kali untuk merancang perjalanan mereka termasuk ada yang berusaha berbaris lebih awal untuk berada di kedudukan hadapan bagi mendapatkan feri. Yang dikatakan "jambatan terpanjang" kerana penduduk  negara ini  sejauh yang
Tirai yang menjadi sejarah
diketahui belum pernah ada jambatan sedemikian rupa terutama dari segi saiz dan skalanya melainkan jambatan yang rata-ratanya sama seperti jambatan merentas Sungai Tutong, jambatan di Telisai dan Jambatan Rasau. Sebab itulah sewaktu penulis melewati Jambatan Persahabatan tersebut pada hari Ahad, 15 Disember 2013, ramai yang berhenti untuk merakam dan mengabadikan gambar jambatan berkenaan. Ia menggambarkan betapa antusias dan ghairah masyarakat di kededua wilayah menyambut dengan gembira dan sukacita atas kejayaan pembinaan jambatan berkenaan. Jambatan yang menyambung kededua wilayah berkenaan memang sudah lama diimpikan kerana setidak-tidaknya perjalanan merentas di kededua sempadan geopolitik tersebut dapat disingkat tak sampai 3 minit! Bayangkan betapa seksanya berbaris menunggu feri selama lebih 3 dekad. Sedikit info mengenai jambatan ini, panjang 189 meter dan menelankan kos sebanyak RM20.8 juta. Kos perbelanjaannya dikongsi oleh kededua negara Brunei Darussalam dan Malaysia. Jambatan ini dibina pada bulan Mei 2012 dan siap sepenuhnya pada akhir Oktober 2013.


Pemandangan lurus Jambatan Persahabatan

Pemandangan sisi

Ruang sisi jalan sesuai untuk pemotretan














Namun disebalik kelancaran dan kemakmuran ekonomi bagi kededua wilayah berkenaan serta penjimatan masa dengan siapnya jambatan berkenaan, ia tidak memberikan kelebihan trafik pengguna dari BSB, Tutong dan Belait khususnya musim cuti panjang persekolahan. Apa yang berlaku? Hidup ini ada plus dan minus. Terdapat simbiosis yang erat apabila pembangunan datang dan tidak merata ia memberikan kesan sampingan kepada yang lain. Kelancaran laluan trafik dengan siap jambatan tersebut telah memberi tekanan kepada trafik pengguna di Komplek CIQ di Tedungan (Limbang) dan di Kuala Lurah (Brunei Darussalam). Mereka yang balik bercuti dari Kota Kinabalu dan ada juga mereka balik dari Sipitang dan Lawas berusaha mengejar waktu untuk melepasi pemeriksaan imigresen di kededua Kompleks CIQ. Pada hari Ahad 15 Disember 2013 yang lalu berlaku kesesakan trafik yang teruk sejauh lebih 3KM dari Kompleks CIQ Tedungan. Saya kira perkara ini belum pernah berlaku dalam sejarahnya. Menurut sumber, kesesakan trafik berkenaan berlaku sejak seminggu yang lalu kerana cuti persekolahan di Brunei Darussalam bermula pada 01 Disember 2013. Kini harus diakui bahawa hasrat warga di Temburong yang mahu melihat pembinaan jambatan dalam negara yang menyambungkan Bandar Seri Begawan dengan Temburong perlu direalisasikan ada benarnya. Kami mendukung dan kami menyokong berdasarkan rasional bahawa dengan adanya jambatan yang menghubungkan BSB - Temburong, warganegara ini tidak perlu berbaris panjang untuk ke Kompleks CIQ Kuala Lurah - Tedungan kecuali di Labu-Mengkalap dan Merapok-Sindumin (pergi dan balik). Pembinaan jambatan dalam negara ini tentunya jauh lebih menjimatkan masa kerana konsep laluan TransBorneo yang baik ialah laluan yang disediakan lancar,  persinggahan ke Kompleks CIQ dapat dikurangkan serta masa perjalanan panjang dapat dihematkan. Moga jambatan yang menghubungkan BSB - Temburong dapat disempurnakan sesuai jadual, katanya 2018 siap. SEMOGA.

Jumaat, 13 Disember 2013

Ada apanya di Kota Pontianak

Jika anda belum pernah menginjak kaki ke Kota Pontianak, Kalimantan Barat, tentu anda tertanya-tanya apa ada atau ada apa di kota berkenaan. Apakah kota itu menyediakan segala yang anda inginkan sama seperti anda dapatkan di Kota Kinabalu atau di Kuching. Yang pasti ketika anda ke Pontianak tiada Pontianak begitu juga ketika anda ke Kuching tidak kelihatan kucing siam dan kucing cantik berkeliaran. Untuk makluman anda, Kota Pontianak tidak semoden dan tidak setanding dengan kededua bandar berkenaan maksud saya Kota Kinabalu dan Kuching, dari segi prasana pusat membeli belah, kuliner, hotel, kondotel, lapangan terbang (bandara), tempat wisata dll, namun sebagai perbandingan awal Kota Pontianak tentu lebih baik dari Labuan! Kota Pontianak adalah kota yang padat dan sesak baik dari geliat kehidupan dan pranata kota yang tidak tersusun. Pemandangan tak biasa ini tetap pula menjadi tarikan sembrani bagi ramai orang untuk datang ke kota ini kerana dimenangkan oleh nilai tukaran, keinginan tiap orang yang hobinya suka berpetualang dan meneroka di Pontianak serta wilayah sekitarnya yang menjanjikan keadaan topografi mencabar dan pemandangan baru yang tidak didapatkan di tanah air. 

Untuk anda yang baru dan berhasrat ingin ke sana, sedikit info yang dapat saya kongsikan di sini. Dari segi bahasa, rata-rata masyarakat Pontianak berbahasa layaknya seperti orang bercakap bahasa Malaysia standard meskipun lenggok suaranya kedengaran keras. Ini kerana kota ini bersambung geografi dengan Sarawak. Masyarakat di Sarawak sering berpergian dan berulang alik ke kota ini untuk mendapatkan bahan baku. Kedua, kebanyakan masyarakat Islam di kota Pontianak adalah orang Melayu yang memang lenggok tutur seperti orang Malaysia (ini pandangan saya saja). Jadi mudah untuk berbual dengan karyawan tempatan yang bekerja di hotel, rumah makan dan pusat membeli belah.

Tentang tempat wisata yang sering diidolakan dan dijual kepada wisatawan tidak banyak sebenarnya. Anda mungkin boleh pergi ke Taman Aloe Vera (Lidah Buaya) yang diproduksi sebagai bahan kecantikan, permen (gula-gula kecil) dan minuman. Kota Pontianak paling menonjol disinonimkan dengan Equator atau titik Khatuliswa. Silalah berkunjung ke Tugu Khatulistiwa atau Equator Monument yang tersedia di Jl. Khatulistiwa. Sayangnya tempat ini tidak terawat di bahagian luarnya. Di pekarangan monumen ini tersedia gerai menyediakan air kelapa muda untuk menghilangkan dahaga. Tempat wisata lain di kota ini ialah Istana Qadriyah, Kesultanan Pontianak. Namun ketika ini istana berkenaan sedang dibaik pulih. Anda juga boleh ke Alun-alun Kapuas semacam Waterfront. Berkunjung ketika sore kerana waktu sore dikatakan lebih meriah kerana aneka jualan disediakan sementara menunggu matahari terbenam. Jangan tak tahu bahawa di Pontianak terdapat kawasan hutan hujan tropika yang terpelihara. Namanya sahaja cukup indah bernuansa alami. Sebut saja nama Danau Sentarum Nasional Park. Danau berjarak 700KM dari Kota Pontianak. Cukup jauh. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Danau Sentarum ini, sila dapatkan maklumat di internet yang memang banyak diberikan. Anda juga boleh menaiki boat atau cruise yang disebut sebagai Kapuas River Cruise.

Kuliner, adalah kekata popular yang selalu ditanya ramai orang luar yang datang ke kota ini. Siapa tidak pernah rasa lapar, cuba. Memang terdapat banyak pusat kuliner yang biasa dikunjungi masyarakat setempat dan wisatawan misalnya Abang Kepeting, Pondok Kakap, Pondok Nelayan etc. Namun penulis tidak dapat memberikan rekomendasi apakah makanan yang disediakan halal dalam semua segi kerana kebanyakan operator penyedia makanan ini adalah penduduk asli tempatan berketurunan Cina. Jika ragu, silalah berkunjung ke Ayani Mall salah satu mall terbesar dan termoden di kota ini. Di situ ada Cobek Penyek dan Pondok Ale-Ale yang menyediakan menu kuliner yang boleh menggugah selera anda. Terdapat food court di mall berkenaan, namun anda perlu pastikan ia disediakan oleh penduduk tempatan berbangsa Melayu dan masyarakat Pulau Jawa yang berhijrah dan mengadu nasib di kota ini. Pokoknya hidangan yang disediakan halal. Bagi mereka yang mencintai makanan fast food khususnya anak muda, terdapat KFC dan A&W di sana. Untuk kuliner Melayu, saya cadangkan anda pergi ke Champargo, salah satu kuliner masakan Padang berdekatan dengan Mall Pontianak - Ramayana. Enak dan menjanjikan selera anda terbuka apabila melihat pelbagai hidangan yang disediakan. Jangan lupa mencuba jus jeruk sebagai pembasah tekak.

Tentang penginapan, begitu banyak hotel yang dibangunkan di kota ini. Anda boleh melayarinya lewat window Agoda.com. Sedikit tips pemesanan hotel di kota ini, anda jangan tergoda dengan keindahan dan kecantikan gambar hotel dan kondisi bilik yang dipaparkan. Tentu sahaja gambar berkenaan dipaparkan sejak hotel tersebut didirikan hingga sekarang tanpa dikemaskini...hahaha. Sebagai panduan, anda jangan menempah dahulu tetapi bacalah komen pengunjung di Tripadvisor. Bagi penulis, untuk penginapan di kota ini, anda tidak boleh berharap terlalu banyak kerana Pontianak tentu jauh berbeda dengan kota metropolis Jakarta. Rata-rata komen pengunjung di Tripadvisor yang menginap di semua hotel yang bertaburan di kota Pontianak, penulis dapat membuat kesimpulan sederhana iaitu hampir semua hotel di sana mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Contohnya, mungkin sahaja hotel tersebut mempunyai tampilan atau imej korporat yang baik dari segi bangunan yang tampil gah, kemas dan tertata rapi, ruang lantai lobinya luas dan karyawan reservasi yang cekap, kolam renang yang luas dan cantik begitu juga jalan menuju ke bilik anda di kiri dan kanannya tertata rapi. Hmm..nanti dulu, jangan mudah terpesona. Perhatikan perkara ini, adakah alat penghawa dingin di lobi berfungsi dan tidak dimatikan,  kondisi biliknya ok dan kelengkapan dalam bilik memuaskan. Berdasarkan pengalaman penulis, belum tentu persis semua ok dan indah. Tak percaya, rasai sendiri pengalamannya nanti. Ada juga hotel yang merupakan rantaian hotel terkenal dengan brand tempatan namun ketika anda sampai dengan untuk check in, rupanya lobi hotel di tingkat 3! Yang pasti, disebalik kekurangan dan kelemahan yang ada, hiburan malam khususnya live band tersedia di cafe hotel buat pengunjung duduk santai sambil mendengar dan berhibur. Di samping itu, sarapan pagi di kebanyakan hotel di kota ini disediakan seawal pukul 5 pagi bahkan bisa dimajukan lebih awal pada pukul 4 pagi sekiranya anda dalam kumpulan yang ramai dan perlu check out dinihari untuk mengejar pesawat atau pulang pagi menggunakan jalan darat.

Tentang pusat membeli belah, terdapat tiga mall di kota ini iaitu Ayani Mall, Mall Gajah Mada di dalamnya ada Matahari dan di Mall Pontianak di dalam ada Ramayana. Barang keperluan seperti baju dan kasut daripada pelbagai kumpulan usia ada terjual di mall berkenaan. Kualitinya baik dan tidak perlu diragukan kerana mall-mall besar tentu memiliki kualiti kontrol sebelum kelengkapan berkenaan dapat menembusi mall ini untuk dijual kepada pengunjung. Barang yang dijual murah dan berkualiti tentu. Jika penat berjalan, betis terasa kencang dan jari kaki terasa nyilu, mampirlah ke Salon Johny Andrea yang memfasilitasi refleksi kaki. Minta urut yang nyaman, jangan keras-keras kerana kita tak bisa nyantai duduk jika urutannya keras tambahan pula keletihan dan kejenuhan yang melanda membuat otot dan sendi kita ditimpa banyak angin kus-kus yang harus disyuh jauh-jauh.

Bagi mereka yang ingin membeli kain, sejadah dan kelengkapan lain, jangan tak tahu bahawa di kota ini ada semacam kawasan Masjid India yang popular bagi pengunjung seperti di Kuala Lumpur. Letaknya di Jl. Nusa Indah III. Arked yang berjajaran menjual kain dan kelengkapan yang anda perlu di Jl. Nusa Indah III sebenarnya bersimpangan dengan Jl. Pattimura tempat Pasar Sudirman. Di Jl. Nusa Indah III terdapat sebuah hotel iaitu Hotel Kini yang biasanya dipilih oleh orang Brunei untuk menginap di sini. Pendek kata, Jl Nusa Indah III tempat arked semacam Masjid India itu boleh dikatakan sebagai pusat atau jantung kota yang sering memperlihat geliat dan kesibukan bagi pemburu kain yang berkualiti dengan harga murah tertakluk bagaimana anda dapat melakukan proses tawar-menawar. Mau CD dangdut remix juga ada di tepian jalan. Jangan lupa belilah lagu Bang Jali dan Kereta Malam yang popular dan sedang naik daun itu. Lagu Zaskia Gothik Sudah Cukup Sudah juga bagus apalagi lagu Eyang Subur..Eyang Subur. Demi Tuhaaannnnnn yang aku kata ini benar. Coba beli ya cdnya.

Sedikit pesanan untuk pengunjung baru, jangan cuba-cuba mengambil teksi yang tingkapnya tidak tembus pandang atau teksinya sendiri tidak jelas dari syarikat atau operator yang menyediakan perkhidmatan jasa teksi berkenaan. Mungkin sahaja teksi sapu yang supirnya sering bertukar ganti. Pada kebiasaannya, hotel tempat anda menginap ada disediakan teksi tetap yang boleh membawa anda ke mana-mana di kota ini dengan tarif perjalanan sehala sekitar Rp50,000 - Rp60,000. Jika anda pergi ke mall dengan teksi hotel, jangan minta mereka menunggu anda sehingga anda siap membeli belah. Biarkan mereka kembali ke hotel, dan anda tinggal merekod nombor hape/mobil supir berkenaan dan menghubunginya kembali setelah anda usai membeli belah. Jika anda meminta supir menunggu, bayaran tambahan per jam akan dikenakan. Masak mau diberitahu perkara ini. Ya sudah, pokoknya anda tau bagaimana perlu menghemat belanja ditempat orang.

Jika musim durian, anda tinggal meminta taksi hotel membawa ke Jl. Teuku Omar kerana jalan berkenaan memang popular sebagai tempat jualan buah durian yang berjajaran. Hanya tinggal memilih mana yang berkenaan. Dari segi harga dan kualiti buah, rata-ratanya sama kerana buah berkenaan dibekalkan dari Balai Karangan. Makan durian makanlah yang benar maksud saya makan pelan dan biar habis hingga yang tinggal bijiknya. Ingat yang tinggal bijiknya bukan badaknya.

Tips: bagi mereka yang mengikuti kembara atau trip melewati perjalanan darat, mengikuti hitungan waktu perjalanan darat dari Brunei DS-Sarawak-Pontianak mengambil masa 29 jam. Hitungan waktu tersebut meliputi persinggahan rehat dan rawat tanpa bermalam di Sarawak. Untuk itu, diperlukan baju sweeter (baju sejuk sedikit tebal) dan cadar atau selimut untuk menahan kesejukan malam semasa dalam perjalanan. Bagi mereka yang memilih makan, sila bawa makanan seperti coklat, pop mee (makan instan dan mudah saji), mineral water, minuman berkarbornat 100 plus dan roti. Ketika anda memilih makan berat dalam setiap persinggahan, anda tentu dapat menjangka bagaimana proses penghadaman berlaku dalam diri anda sehingga pembuangan dapat dilakukan tepat waktu semasa persinggahan rehat dan rawat berikutnya. Hindari memilih makanan pedas.

Semoga info ini membantu. Salam damai.

Khamis, 12 Disember 2013

Koleksi Manik Puak Lun Bawang

Pandangan sisi depan pata atau cap
Seminar Arkelogi, Linguistik dan Sejarah Se-Borneo sempena Pameran Manik-Manik Se-Borneo diadakan pada 27-28 November 2013 di Arkib Negara, Perasmian seminar ini telah diadakan di Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan.
Pandangan sisi belakang pata

Penulis antara yang diundang untuk mempresentasikan makalah dalam seminar berkenaan. Penulis telah membuat kajian mengenai manik dalam kalangan puak Lun Bawang di Brunei Darussalam kerana secara kasat mata didapati puak ini paling menonjol sekali dalam mengetengahkan material budaya manik dalam acara keraian dan festival yang melibatkan masyarakat ini sama ada dalam kalangan sesama mereka mahupun ketika diundang untuk mempersembahkan tarian kebudayaan masyarakat.
Manik kecil - alai darie yang disulam pada baju gaun

Kajian telah dilaksanakan di Temburong dan di Kampung Long Tuma sekitar 5KM dari pekan Lawas dengan bantuan Dayang Dora Yating, Timbalan Ketua Kebudayaan Persatuan Lun Bawang. Informan yang banyak membantu memberikan pencerahan ialah Litad Mulok, 63 tahun dari Kampung Long Tuma. Atas cinta kasihnya dengan manik yang menjadi bahagian daripada pakaian budaya masyarakat Lun Bawang, beliau telah diiktiraf sebagai "Tukang Ulung" atau pakar pemanik oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia. Selain itu, beliau dianugerah bintang A.M.N (Ahli Mangku Negara) oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke-13.
Tali pinggang

Kajian lapangan yang dilaksanakan di Kampung Long Tuma, Lawas telah memberi penjelasan dari mana bahan baku manik diperoleh. Ternyata manik dibuat daripada tanah liat yang diperoleh di dasar sungai. Tentunya tanah liat yang berkualiti dan mempunyai daya tahan kerana tanah liat berkenaan melewati beberapa proses iaitu pengepalan, pembentukan, pelubangan, penjemuran, pembakaran dan pewarnaan
Bahagian sisi kirin dan kanan tali pinggang

Manik yang siap diwarna dikeringkan

Manik yang siap dibakar dan dilorek

Pata yang kelihatan lebih asli berbanding manik seramik yang lebih berkilat

Gandingan pata seramik dan pata biasa

Manik yang dibentuk menjadi gelang dan kalung
Kini, manik bukan sahaja menjadi pakaian budaya malah telah dikomersialkan menjadi barangan perhiasan seperti gelang, kalung, keronsang.
Sumber asas manik dari tanah liat yang diperoleh dari Sungai Long
Tuma untuk diproses menjadi manik

Sedikit penjelasan mengenai puak Lun Bawang khusus identifikasi atau rujukan. Di Brunei Darussalam, rujukan rasmi bagi puak ini ialah Murut. Namun dalam kalangan sesama puak ini, mereka lebih akrab dan intim disebut sebagai Lun Bawang. Hal ini nampak jelas dan konkrit apabila terminologi Lun Bawang digunakan bagi perkara berikut:

1. Lun Bawang FC
2. Persatuan Lun Bawang Murut Brunei
3. Dewan Masyarakat Lun Bawang, Kampung Parit
4. Kluster Penanam Padi Puak Lun Bawang.
Informan penulis - Litad Mulok A.M.N

Antara manik yang siap untuk dijual

Kembara ke Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia

Taman Aloe Vera

Penulis memegang pelepah Aloe Vera

Peserta di Tugu Khatulistiwa

Jualan Duren di Jl Teuku Omar

Menikmati sarapan pagi di Equator Cafe

Ketika melawat Museum di Pontianak
Destinasi pertama lawatan kembara ialah di Taman Aloe Vera. Aloe Vera diproduksi sebagai peralatan kosmetik, permen dan jus minuman. Siapa sangka hasil kecerdikan manusia tanaman yang dulunya melekit dengan getahnya dan pernah disapu pada kulit muka bagi memberikan keanjalan kepada kulit kini dipelbagaikan kegunaan. Menikmati minum jus Aloe Vera yang diberi perisa laici dan dipotong seperti dadu apabila dirapi dan dikemas dalam cawan plastik ia kelihatan seperti minum nata de coco. Rasanya manis. Jangan lupa minumlah ketika ia telah disejukkan. Terasa nyaman dan segar. Harga sekotak minum ini (dalam 40 cawan plastik) dalam Rp40,000 (murah kalau mengikut nilai tukaran sekitar B$1.00 - Rp940). Lawatan seterusnya ke Tugu Khatuliswa. Penulis pernah melawat ke tempat ini sekitar bulan Jun 2006. Apa yang kelihatan ialah tempat ini kurang dirawat dan dijaga. Sayang sekali kerana kota Pontianak kekurangan tempat kunjungan wisata tambahan pula dikhabarkan Istana Qadriyah Kesultanan Pontianak sedang dipugar bagi tujuan pemuliharaan dan perbaikan. Jika tidak dirawat makin sedikit tempat wisata untuk dikunjungi oleh wisatawan luar.

Lawatan selanjutnya ialah ke Museum Kebudayaan Masyarakat Pontianak. Seorang traveler harus melawat museum, MEN. Di sini kita boleh mengenal beragam suku bangsa di Pontianak.   Hanya sebahagian sahaja tempat ini dibuka kerana di ruang selebihnya sedang dibaik pulih. Meskipun tidak banyak yang dapat dilihat namun penyediaan bahan pameran yang ada cukup informatif dan memberikan pencerahan tentang kebudayaan yang beragam masyarakat, ras dan suku bangsa di Pontianak. 

Pendek kata perjalanan panjang trip kembara ke Pontianak ini cukup menjanjikan kenangan manis yang luar biasa bagi semua peserta kerana rata-rata kami dapat blend each others, kondisi sihat baik semasa pergi dan balik meskipun kurang tidur. Banyak perkara yang dapat dipelajari dan diraih terutama sekali tentang kehidupan, persekitaran, suasana, kepadatan, kesibukan, rumah yang rapat, berserabut dan terkesan kasar dan sibuk yang semuanya kesan daripada ledakan penduduk di kota berkenaan. Ini tentunya berbeza seperti langit dengan bumi antara Pontianak dengan Brunei Darussalam. Ia tetap pelajaran berguna buat kami semua kerana kembara yang baik ialah kembara yang memberikan kesan dan pesan tentang nilai dan pendidikan yang berguna yang memboleh kami berkaca darinya. Anda setuju..? Jika setuju, ayuh ikuti kami bagi trip kedua di kota ini pada tahun hadapan. Insya-Allah.

Pengalaman Kembara ke Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia 01-07 Disember 2013

Bergambar ramai sebelum bertolak

Singgah makan malam di Sibu 

Tiba di Stesen Minyak Petronas Tebedu sekitar pukul 6.10 pagi

Kaunter imigrasi Malaysia di Tebedu

Di pekarangan imigrasi Malaysia di Tebedu

Kawasan Kompleks CIQ Malaysia di Tebedu

Keluarga Awang Hidop Mohamad Zin

Keluarga Penulis

Beberapa orang peserta yang ceria tiba di CIQ Malaysia

Antara peserta trip kembara

Pintu masuk menuju CIQ Entikong
 Trip Kembara ke Pontianak menghimpun 34 orang peserta yang terdiri dari karyawan dan bekas karyawan DBP, ahli keluarga dan sahabat handai yang tinggal di Bandar Seri Begawan dan di Belait. Trip ini menempuh perjalanan sehala selama 29 jam melewati 3 negara iaitu Brunei Darussalam, Malaysia dan Indonesia, negara dan wilayah yang bersatu tanah di Pulau Borneo yang dipisahkan oleh sungai, laut, perbukitan dan tentunya sempadan geopolitik. Perjalanan panjang ini bermula pada pukul 8.30 pagi. Peserta BSB berkumpul  di pekarangan parkir luar kawasan Masjid Jame 'Asr Hassanal Bolkiah. Sebelum bertolak sedikit penerangan diberi dan diikuti bacaan doa bertolak yang dipimpin oleh Awang Hidop Mohamad Zin, mantan karyawan DBP. Di Belait, bas singgah mengambil peserta di Sungai Liang dan di Perpindahan Perumahan Negara Kampung Pandan, Kuala Belait. Kembara meneruskan perjalanan ke Kompleks CIQ Brunei dan Malaysia di Sungai Tujoh. Kemudian Kembara meneruskan perjalanan sebelum berhenti rehat dan rawat untuk makan dan meregang otot di kawasan yang telah ditentukan bagi persinggahan bas iaitu di Batu Niah, Stesen Minyak Petronas Bintulu, Taman Selera di Sibu (9.30 malam), Selangan (1.00 pagi), Masjid Serian, Sarawak (3.30 pagi) untuk solat subuh sebelum meneruskan perjalanan sekitar pukul 4.45 pagi menuju ke Kompleks CIQ Tebedu yang mengambil masa kurang lebih 2 jam. Di luar masih remang-remang menuju siang. Sesekali diterangi lampu kenderaan besar seperti bas dan lori yang lalu. Memasuki wilayah selepas pekan Serian, pekan terakhir dalam wilayah Sarawak sebelum sampai ke perbatasan menjanjikan kawasan hijau bukit bukau sesekali dihiasi tanaman lada hitam yang menyegarkan mata memandang. Di sekeliling kawasan ini masih belum banyak rumah dibangunkan. Apakah tanah tersebut milik kerajaan atau orang perseorangan tidak diketahui. Yang nyata kawasannya masih hijau dilitupi hutan hujan tropika saujana (sejauh mana) mata memandang. Sekitar 2KM sebelum sampai ke Kompleks CIQ Malaysia Tebedu yang sederhana itu, bas berhenti mengisi minyak di Stesen Petronas di Tebedu. Stesen minyak ini mempunyai kawasan yang luas, bersih dan terdapat kedai menjual barang keperluan yang sesuai bagi perjalanan jauh seperti minuman panas, pop mee (self-service) dan barang keperluan lain. Peserta turun sebentar membeli barang keperluan. Kembara kemudiannya meneruskan perjalanan menuju CIQ Malaysia di Tebedu. Semua peserta turun untuk mengecap pasport di kaunter imigrasi Malaysia Tebedu dan seterusnya menapak ke perbatasan Indonesia di Entikong kerana kedudukan imigrasi Malaysia dan imigrasi Indonesia berdekatan, hanya dipisahkan oleh pagar sebagai tapal batas. Sim salabin..ketika peserta Kembara menjejaki ke Kompleks CIQ Entikong, gue dan peserta Kembara sudah sampai ke wilayah Indonesia MEN, meski cuma pakai bis. Secara ringkas peta perjalanan kembara ini ialah Gadong-Tutong-Seria-Belait-Sungai Tujoh-Miri-Niah-Bintulu-Sibu-Selangan-Sri Aman-Serian-Tebedu-Entikong-Sosok-Ngabang-Sungai Pinyuh-Pontinak.

Sepanjang perjalanan, semua mudah dan baik-baik sahaja. Setiap peserta diharus turun untuk membawa pasport masing-masing. Tiada masalah atau kendala yang timbul terutama di CIQ Indonesia di Entikong. Tiada calo, tiada yang mengambil kesempatan. Semuanya  lancar dan mudah. Di kawasan CIQ Entikong ramai pemuda yang menyediakan perkhidmatan jasa wang tukar dan menjual sim kad telefon baik Mentari, XL mahupun Simpati. Mereka adalah karyawan yang bekerja dengan perusahaan penyedia jasa berkenaan. Di kawasan luar CIQ Entikong, lebih bervariasi. Hamparan buah-buahan yang memang sedang musimnya. Sementara menunggu bas siap menguruskan permit masuk dan insuran, peserta menikmat acara BELAH DUREN (makan durian la...apalagi). Buah Durian menjadi menu santap pagi peserta meskipun rata-rata kami ikat perut tidak makan banyak kerana khuatir dengan panggilan alam yang menyebabkan perjalanan kembara terganggu kerana mengejar masa di samping memikirkan kondisi WC (toilet) yang tentunya tidak mengizinkan apa tah lagi disamakan dengan kondisi kamar mandi di rumah..hahaha. Sepanjang perjalanan menuju kota Pontianak yang mengambil masa lebih kurang 9 jam daripada Entikong, bas berhenti rehat makan di Roda Minang (makanan padang) dan hentian tepi jalan yang menyediakan buah durian hasil tanaman daripada Balai Karangan. Rumah makan Roda Minang ini menjadi terminal hentian bas penumpang dan kenderaan berat yang lalu kerana rumah makan ini satu-satunya berskala besar, sesuai dan mempunyai laman parkir yang sesuai untuk kenderaan besar dan berat. Transportasi yang mampir di rumah makan Roda Minang ini gede-gede men. Di rumah makan ini, pelbagai masakan minang disajikan antaranya rendang daging, gulai santan ikan air tawar, goreng-gorengan, pucuk singkong rebus, sambal cabai lada hijau (yang ini paling best dan sedapbang!!!) dan bermacam lagi menu yang menggugah selera. Jangan bimbang jika belum memiliki sim card kerana di Roda Minang terdapat sebuah kaunter menjual sim card telefon Mentari, Simpati dan XL. Saya tidak pasti penyedia jasa telekomunikasi yang mana ok. Teman Indonesia saya bilang, "gunalah Simpati kerana simpati itu maknanya anda simpati terusss...jika ada guna Mentari, kan Mentari nya cuma sampai jam 5 sore. Setelah lewat sore, Mentarinya hilang berganti malam...hahaha". Apapun, baik Mentari, Simpati atau XL, ketetiganya bagus belaka. Cuma saya selesa menggunakan sim card Simpati sesuai masukan yang saya terima daripada teman saya itu.

Di pekarangan rumah makan Roda Minang,  buah-buahan lokal seperti rambutan, jeruk (limau madu) dan durian ada dijual. Hi..MEN, acara BELAH DUREN (makan durian) adalah perkara yang dinanti. Satu kelebihan buah durian daripada Balai Karangan ini ialah meskipun perut kosong ketika mencicipinya lebih 5 ulas, buahnya TIDAK JAHAT di perut, maksudnya perut tidak meragam dan tidak pula membuang angin (itu yang saya rasa, tak tau pula peserta lain). Agaknya tanah di Balai Karangan tempat durian ditanam dan merupakan pembekal utama buah durian di kota Pontianak merupakan tanah gambut yang sesuai dan cocok untuk tanaman bermusim ini.

Setelah berhenti rehat dan makan di Roda Minang sekitar 2 jam, Kembara meneruskan perjalanan. Sekitar 5 petang, trip kembara masuk ke Jalan Budhi Karya, simpang jalan masuk menuju ke Hotel Kapuas Palace. Setibanya di kawasan Hotel Kapuas Palace, peserta Kembara tampak riang, segar dan ceria kerana perjalanan panjang sudah sampai ke destinasi untuk pelabuhan pertama untuk istirehat. Peserta kemudian mendaftar masuk. Tiada istilah istirehat MEN, malamnya memburu kuliner di rumah makan Abang Kepiting. Makanan laut seperti kepiting, ikan, cumi dan kerang-kerang sedia dipilih dan ditimbang sebelum dimasak dengan pelbagai jenis masakan yang disediakan. Rasanya super, enak dan menggugah selera  mungkin kerana lapar teramat. Setelah kenyang menyantap, rupanya rumah makan ini milik pengusaha Cina MEN!!! Gue jadi ngak enak rasa sama ahli keluarga gue yang ikut menyantap dan melahap nyaman kuliner di Abang Kepiting. Licin MEN. Apapun doain aja semuanya ok, kan nanti tinggal dikeluar aja sampai waktu dan ketikanya.

Sedikit informasi Hotel Kapuas Palace, memang mengecewakan MEN. Meskipun ia nampak besar dari segi saiz, kawasan parkiran yang luas begitu juga lobinya, namun kondisi biliknya berkata lain tidak seperti yang diharapkan. Kondisinya bilik di 238  dan setelah diganti di 242 tidak jauh berbeza. Karpet lama, berbau pula, bathtab lama serta bocor, penghawa dingin kurang sejuk dan nyaman, televisyen lama (bkn flat skrin) begitu juga dengan peti ais lama dan kelihatan berkarat menjadikan semua yang ada di dalam bilik berkenaan kelam dan kusam. Apapun inilah cabarannya kerana seperti kita sedia maklum Pontianak bukanlah kota metropolis Jakarta. Jadi kerana itu kita tidak boleh berharap banyak kerana hampir semua hotel yang didirikan di kota ini rata-ratanya mempunyai standard yang sama jika anda rajin menyemak lewat review Tripadvisor dan juga di Agoda.com. 

Meskipun demikian, Kapuas Palace Hotel menjanjikan malam yang indah bagi penginap kerana setiap malam ada disediakan live band dan penyanyi yang sporting. Hotel ini juga menyediakan sarapan seawal jam 4.00 pagi! Luar biasa tentu kerana karyawan di Equator Cafe semacam sudah mengerti bahawa terdapat penginap di hotel ini yang harus mendaftar keluar seawal dini hari bagi mengejar pesawat di Bandara Supadio mahupun mereka yang akan pulang lewat darat seperti kami. 

Buah-buahan yang dijual

Peserta bergambar ramai sebelum sesi lawatan
Belasungkawa: Seluruh rakan dan sahabat yang mengikuti trip kembara ini merakam rasa dukacita dan belasungkawa yang mendalam kepada Dayang Tiajar binti Haji Metudin dan ahli keluarganya atas kepergian anakanda tercinta beliau pada saat sebelum beliau bertolak mengikuti kembara ini. Kami semua mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, ditempatkan ke dalam golongan orang yang solihin dan segala amal baktinya di dunia diterima Allah Subhanallah Wa Taala. Semoga isteri dan keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan. Al-Fatihah.

COVID-19 - Dunia Ini Rapuh dan Tidak Berdaya, Pelajaran Buat Kita

Tidak siapa menduga COVID-19 yang bermula di Wuhan, China merebak ke seluruh dunia. Masyarakat dibuat terpinga-pinga dan panik. Kita dibias...