Rabu, 27 Ogos 2014

introvert dan suka kesunyian

Sejak di sekolah dasar, saya suka membaca. Membaca telah menjadi minat sejak lama malah kebiasaan itu menjadi nutrisi yang tidak dapat dihindari. Kebiasaan membaca bahan bacaan berat seperti falsafah, politik, sejarah, bahasa, budaya, dan biografi kisah kejayaan peribadi tertentu membuat fikiran tergugah kerana bahan bacaan berat sedemikian pada kebiasaannya menyajikan sebuah pengalaman dan tentunya dunia yang berbeza. Kini saya memburu dan membaca profil tokoh atau biografi figur serantau dan antarabangsa yang ditulis oleh penulis biografi terkenal. Menulis biografi adalah menulis kehidupan kerana ia memerlukan kemahiran menulis yang baik, pandai mengolah dan menyusun narasi hasil daripada pendekatan intens dengan figur yang ditulis. Jadi, penulis biografi terkenal biasanya sudah biasa dengan dunia tulis dengan gaya bahasa yang memikat, menyentuh, inspiratif dan berwarna. Kenapa biografi? Bagi saya, biografi adalah sebuah konseptual cerita figur tersukses yang harus siap memindahkan ruang privat yang biasanya sempit dan tertutup ke bentangan ruang publik yang luas tak bertepi ketika menjadi buku. Salah satu kekuatan biografi adalah kejujuran daripada subjek untuk membuka diri selebar-lebarnya. Dengannya, kita dapat menghadam dan mengaut sesuatu yang sangat menginspirasikan dan membuat saya selalu berasa bertenaga kerana adanya gerakan fikiran yang positif yang mendorong saya hasil daripada pembacaan berkenaan. Itulah yang saya rasakan pada ketika selesai mengunyah dan menghadam cerita dalam sesebuah biografi. Nah, kebiasaan membaca bahan bacaan berat ini membuatkan saya menjadi tidak berminat kegiatan ekstrakurikulum di sekolah dahulu. Malah kini dalam kegiatan sosiolisasi yang saban hari selalu ada.

Merunut balik hobi membaca yang saya rasa buku dengan saya tak ubah seperti secawan kopi dan sejemput biskut; yang saya baca kebanyakan justeru dikonsumsi orang dewasa yang termasuk kategori bacaan berat. Kecenderungan ini ternyata berbahaya kerana membuat saya menjadi orang serius dan cepat dewasa sebelum waktunya. Saya menjadi penyendiri, introvert, suka kesunyian dan sebolehnya menghindar daripada kebisingan dan tawa ria yang tidak terkawal yang seolah-olah menganggu gerak fikir saya untuk berkarya dan bekerja. Di sebaliknya pula, buku yang menggugah inilah menginspirasikan saya untuk berkarya bagi keperluan pekerjaan dan bahkan nutrisi yang saya dapatkan daripada pembacaan itu membuat saya mencintai dan ingin meneroka dunia melalui petualangan atau perjalanan darat ke negara lain. Tujuan tidak lain adalah melalui pemerhatian dan pengalaman sosial tatap muka ditempat baharu diharap akan dapat mengubah cara pandang dan cara fikir kita terhadap sesuatu setidaknya memberi satu dimensi baharu terhadap apa yang kita lakukan.


Selasa, 19 Ogos 2014

panggilan nurani

Perjalanan dari utara selatan yang telah kulewati beberapa minggu yang lalu kini kusudahi dengan perjalanan pulang ke laman tempat aku dibesarkan. Ya, kampung halaman tempat aku mengenal nilai-nilai kemanusiaan yang telah membatin sejak lama. Sulit bagiku menghindari nilai kemanusiaan itu ketika usiaku kini menginjak hampir setengah abad. Nilai kemanusiaan itulah yang aku anggap sebagai satu panggilan nurani yang selalu terngiang-ngiang dan memanggilku pulang melihat sebuah kebesaran yang selalu hidup dalam jiwa raga dan menjadikan diriku sebagai orang yang selalu mengingati sesuatu sebelum memulakan segala hal. Mengapa aku katakan kembali ke kampung halaman sebuah panggilan nurani. Ia tidak lain kerana di kampung halaman inilah aku mengenal erti hidup dan perjuangan. Di sinilah aku mengenal dan merasai getaran jati diri sejak usia dini. Aku mengenal lumpur, bendang, sawah, perigi, sungai, kolam, ikan sepat, ikan laga, ikan puyu dan segala macam yang tidak terkata yang telah banyak berjasa mengajarkan aku erti perjuangan hidup dan mendidikku erti kemahiran insaniah dan seterusnya berkembang sebagai manusia yang selalu percaya diri untuk melakukan sesuatu yang aku rasa mampu melakukannya dengan izin Allah SWT.

Menjejak kaki ke kampung dan melihat wajah tua mak yang setia di halaman ini membuat hatiku rawan dan sebak. Aku selalu berasa aku menjadi aku yang dulunya setiap kali pulang ke sini. Perasaan itu terasa sebuah kehangatan spiritual yang selama 30 tahun telah aku lewatkan.

Pagi ini aku melihat dan menjenguk keluar ketika subuh menjelang dalam cahaya temaram yang remang di balik sinaran lampu tiang yang suram. Suara kokokkan ayam bersahutan, burung serindit dan mena mulai menebarkan pesona suaranya, demikian pula suara burung bersiul yang namanya terlupakan, suara cengkerik tanah berlaga sejak awal malam mula menyapa mulai surut dan diam perlahan, tupai saling berkejaran di batang pohon petai yang tinggi menjulang, buah manggis berserakan di rerumputan kerana tak ada siapa yang makan pada ketika anak-anak teman sepermainanku dahulu bermukim di kota besar untuk mengadu nasib mereka.

Aku menginjak kaki di laman ini yang banyak menyimpan sejarah kecil ketika kanak-kanak kami berusaha menjadi manusia berani dan selalu ingin menantang diri untuk mencuba. Aku dan mereka memanjat pokok dan mencari apa yang boleh dijadikan nilai. Rebung, pakis, buah, kayu dan botol terbuang dikumpul dan dijual untuk mencari wang. Pada satu ketika pohon getah ditebang secara leluasa untuk dijadikan estet kelapa sawit, pohon getah berkenaan yang perlahan reput itu menghasilkan cendawan ketika hujan datang dalam musimnya. Cendawan itu kami kutip beramai sehingga kawasan yang luas itu semacam menjadi tapak pesta bagi penduduk kampung kami. Kami menjual dan sebahagiannya kami jadikan sayur buat makan tengah hari dan malam. Pada waktu senggang, aku dan mereka berkumpul bermain galah adang, getah lastik, konda kondi, biji getah, letup-letup dan tembak-tembak pada ketika siri Combat menjadi cerita popular pada zamannya.

Aku selalu mengingati itu pada ketika kami bertemu lagi dalam usia yang cukup matang dengan segala perancangan masing-masing. Aku bangga melihat anak kampung ini akan pulang hujung minggu kerana membuat perkara yang sama, ya panggilan nurani. Panggilan nurani mereka tentunya berbeza denganku kerana mereka telah memiliki komitmen fizikal yang lebih besar antaranya yang menghasilkan pulangan yang baik untuk jaminan hari tua. Sementara panggilan nuraniku ini tidak lain dari melihat perubahan mental dan fizikal yang jauh berbeza pada zaman aku dibesarkan dulu. Pada masa yang sama, panggilan nurani yang kulakukan ini tentunya sebuah perjalanan membersihkan diri dan fikiran dengan cara melihat damai, tenang, hijau rerumputan yang terbentang di laman dihiasi tumbuhan yang tak pernah berhenti menzahirkan jiwanya yang hidup dan selalu menjadi tempat teduh kepada sesiapa jua yang lalu.

Panggilan nurani ini juga untuk menjemput hati dan jiwa dengan mencium mak dan memeluknya dengan rasa kasih yang dalam atas sifat keibuan, jasa dan air tangannya yang telah membesarkan aku untuk selalu tabah dan sabar dalam sebuah proses panjang kehidupan. Di rumah ini, aku bersujud dan bertafakur kepada-Mu Ya Allah kerana memberikan aku nafas kehidupan, kesihatan dan rezeki untuk aku kembali menjenguk dan merasai laman ini yang banyak menyimpan masa silam yang penuh asa dan harapan yang dahulunya tidak pernah kutahu bilakah akan tiba masanya itu pada ketika hidupku tenggelam dalam selimut duka dan derita yang mengaung. Aku bahagia kini kerana telah memiliki keluarga, anak dan tentunya rezeki dari laluan perjalanan yang tak pernah kuduga dahulunya. Namun, hati dan jiwaku diselimuti kampung halaman yang selalu memanggilku pulang kerana di sinilah lahirnya sebuah cinta.

Seminggu tinggal di halaman ini, aku kembali mengerjakan rutin sewaktu kecil dahulu iaitu menolong ibu di dapur sesuatu aku telah terbiasa dan terdidik melakukannya sejak lama. Kami minum bersama sambil ibuku bercerita perkembangan yang berlaku di kampung terutama anak-anak yang sebaya denganku yang kini telah memiliki keluarga dan kehidupan mereka. Dari riak wajahnya, aku dapat merasakan betapa ibuku, nek wan dan tok wan, emak bapak dan kita sebagai makhluk sosial juga sebenarnya memerlukan teman bercerita sebagai satu bentuk kepedulian kasih yang mampu buat kita sebagai manusia ria dan bertenaga selalu. 
 
Aku berkata dan berjanji pada diri bahawa kampung halaman ini akan selalu hadir dalam diri dan jiwa serta aku ingin selalu berada di sini untuk satu tempoh yang lama pada ketika tugasku nanti sampai ketikanya berlabuh di pelabuhan waktu.

Selasa, 12 Ogos 2014

serba serbi Batam

Untungnya Batam kerana lokasi strategis wilayah ini terletak berhampiran dengan Singapura dan Johor Bahru. Lokasi strategis berkenaan ternyata menopang ekonomi Batam khususnya industri pelancongan seperti penginapan dan industri hiliran seperti pengangkutan, kuliner dan toko perniagaan yang berdiri di Batam Centre dan di Nagoya Hill yang popular sebagai syurga barangan elektronik dalam kalangan pelancong Singapura dan Malaysia. Kededua turis dari negara berkenaan khabarnya berpusu-pusu datang ke Batam bila tiba hujung minggu, cuti umum panjang dan apatah lagi waktu cuti sekolah. Manakan tidak. Jadual perjalanan ulang-alik feri dari Singapura terutamanya seperti jadual naik bas. Anda tidak pernah tidak dapat tiket jika membeli pada hari yang bersamaan dengan tarikh anda bertolak. Tapi jangan cuba-cuba membeli tiket jika tiba musim cuti raya dan musim cuti panjang persekolahan.

WTB


Tangga menuju bangunan Masjid Jabal Arafah
Menara Masjid Jabal Arafah
Papan tanda Masjid Jabal Arafah

Terminal Feri Batam Centre
Gerbang di Dataran Engku Putri
Masjid Raya




Di Batam terdapat beberapa buah hotel sama ada kelas Melati (istilah hotel bajet yang digunakan di Indonesia) dan berbintang yang berdekatan dengan pusat belanja di Nagoya Hill. Untuk keselesaan bagi mereka yang membawa famili (termasuk anak-anak), hotel penginapan yang sesuai menurut saya ialah Hotel Amaris. Meski tidak bertaraf bintang, Hotel Amaris terkesan masih baharu, bersih, kamar yang agak luas dan lokasi yang dekat dengan Nagoya Shopping Mall. Anda tinggal menapak beberapa meter sahaja untuk ke NSM yang terkenal dengan Electronic City, baju dan beg, hypermarket dan tentunya tempat menjamu selera anda.

Hotel Amaris
Anda boleh menelusuri dan mendapat maklumat hotel ini dalam Agoda.com. Harga bilik semalam di Hotel Amaris ialah Rp435,000 (sudah termasuk pajak). Manakala hotel kelas melati seperti Hotel Sakura, Five Star Hotel 1 dan Five Star Hotel 2 dengan kadar harga bilik semalam masing-masing Rp380,000 dan Rp320,000 (sudah termasuk pajak). Hotel ini terletak betul-betul dilingkungan areal Nagoya Hill Hypermart yang di dalamnya ada Gedung Matahari, tempat makan, kios elektronik, handphone, beg dan baju-bajuan. Sebuah lagi hotel yang bakal siap ialah Hotel Nagoya Hill. 

suasana di medan selera lantai 1 di Nagoya Hill
Akhbar The Strait Times Singapura pun dijual di Batam
sebagai bukti dekat jarak Batam dan Singapura
yang mengambil masa sekitar 45 bagi perjalanan
sehala menggunakan feri
Pusat belanja popular Nagoya Hill Hypermart
Tinggal di hotel berkenaan membolehkan anda hemat biaya teksi dan ojek kerana anda hanya perlu menapak ke gedung pusat belanja berkenaan dalam beberapa meter sahaja. Jika anda memilih menginap di Nagoya One Hotel yang terletak




sedikit jauh ke dalam dan di hadapan bangunan hotel terdapat pemandangan yang tidak enak iaitu banyaknya bengkel membaiki speda dan kereta serta kawasannya terkesan mudah digenangi air apabila banjir. Lagi pula, anda harus menaiki teksi atau ojek (untuk seorang sahaja) dengan caj masing-masing dikenakan bagi perjalanan sehala berjumlah Rp60,000 dan Rp20,000. Meskipun teksi dan ojek senang diperoleh dan terbilang murah dari segi caj yang dikenakan, namun jika anda bolak balik dalam sehari dari hotel ke pusat belanja, ia menyebabkan anda perlu berbelanja sekiranya anda menginap di Nagoya One Hotel. Maaf, jangan pernah percaya dengan rekomendasi yang tercatat dalam Agoda.com yang kadangkala terkesan diada-adakan sesetengahnya. Dan kerana rekomendasi yang mengatakan hotel ini dekat dengan pusat belanjalah (boleh berjalan kaki) yang menyebabkan saya memilih menginap di hotel ini. Ternyata indah khabar dari rupa. Namun tanpa mengurangi rasa hormat pada Nagoya One Hotel kerana sudah terlanjur menempah dan membayar bilik di Agoda.com, kelebihan hotel ini yang memang tidak dinafikan ialah bilik atau kamarnya terbilang besar dari segi saiz begitu juga ruang siar kaki iaitu lorong menuju ke bilik-bilik yang luas. Jika kecil dan jauh pula, tentu sulit untuk dijual kepada turis.Pihak hotel juga menyedia perkhidmatan shuttle van secara percuma kepada penginap untuk ke pusat belanja NSM. Perjalanan bermula pada pukul 11.30 dan perkhidmatan pergi balik disediakan setiap satu jam berikutnya. Manakala perjalanan ke Windsor foodcourt hanya dibuat sebelah malam sahaja.

ruang dalam Nagoya Hill Hypermart
ruang makan
Nilai tukaran semasa dollar Brunei ke Rupiah Indonesia, ialah $1,00 - Rp9,200. Terdapat banyak doket tukaran wang asing dalam NSM. Anda tidak perlu bimbang dan tidak perlu buru untuk menukar Rupiah sebelum bertolak kerana selain doket tukaran wang asing yang terdapat di NSM, ada beberapa doket tukaran wang asing yang berada di pinggiran jalan berhampiran dengan NSM. Barang elektronik seperti kamera Canon, Nikon, jam tangan, beg bagasi dan beg lain terbilang murah. Mereka boleh memberi potongan harga yang menarik jika memang anda berminat untuk membeli. Bahkan anda dipanggil untuk diberi potongan harga (diskaun) barang yang berkenaan bagi sesetengah penjual di kios-kios tertentu.

Pandangan sisi belakang areal Nagoya Hill 

antara produk elektronik yang membanjiri kios di Nagoya Hill

Pusat Makanan Laut Segar di Windsor, Batam
Dari segi syiar pengembangan syiar Islam, terdapat beberapa buah masjid yang boleh dilihat di pinggiran jalan dan yang berhampiran pintu masuk laut di Batam Centre. Di Batam Centre, terdapat Masjid Raya yang biasanya menjadi objek kunjungan wisata khususnya di laman masjid ini anda boleh mengambil gambar berlatarkan tulisan Welcome to Batam yang terletak jauh nun di sebuah bukit. Masjid yang betul-betul terletak di Nagoya Hill dan di belakang Hotel Amaris ialah Masjid Jabal Arafah. Masjid ini terletak di atas bukit dan memiliki menara yang boleh dinaiki dan dikenakan caj sebanyak Rp5,000. Reka bentuk bentuk Masjid Jabal Arafah ini moden dikitari mini laman landskap, kiosk-kiosk, perpustakaan moden dan dewan solat yang berkapasiti muatan dianggarkan 300 orang dalam satu-satu masa. Laungan azan sentiasa kedengaran dan bersahutan antara masjid apabila masuk waktunya.


Mohd Azurin Othman
Penulis bergambar berlatarkan Mega Mall
berdekatan Terminal Feri Batam Centre
Kepada anda yang baru pernah menjejak kaki ke Batam, baik melalui laut atau udara, hendak kemana-mana, sila pastikan anda memilih teksi yang benar iaitu menempah atau meminta teksi dari kaunter yang tersedia, baik di Batam Centre, Bandara Hang Nadim, di hotel mahupun di mall. Dari Batam Centre ke Nagoya Hill dikenakan caj sebanyak Rp60,000 (per taksi).
Satu lagi Mega Mall berdekatan Terminal Batam Centre


Antara hotel kelas Melati (bajet) di Nagoya Hill
Bubur dan ABC yang popular antara menu yang dinikmati


perjalanan dari KL - Singapura - Batam - Johor Bahru - KL

"Jika anda berpeluang untuk mengemas bagasi dan mengembara, lakukanlah. Seorang pun tak mengapa" - Scott Percelay (red)  http://thoughtcatalog.com/scott-percelay/2013/10/10-reasons-why-traveling-makes-you-a-better-person/

Entri kali ini bercerita sambungan kembara saya setelah kembali dari HatYai untuk menyambung ke destinasi seterusnya. iaitu ke Batam melalui jalan darat dari Kuala Lumpur - Singapura. Ibarat kata pepatah "sekali mendayung perahu, dua tiga pulau terlampaui".  Perjalanan ini tidak lebih dari merasai getaran sebuah keterujaan dan gengsi perbezaan ditempat yang dilalui dan disinggahi, tentu.

Khusus bagi anda dari Brunei, belilah tiket perjalanan bas Kuala Lumpur - Singapura jauhari sebelum bertolak kerana pada kebiasaannya, tiket perjalanan destinasi berkenaan penuh, terutama jika anda bertolak pada hujung minggu kecuali anda memang bernasib baik. Waktu jam bertolak disarankan ialah bawah 11 pagi untuk membolehkan anda mempunyai masa yang cukup ke Harbourfront City di Singapura dan seterusnya menyambung perjalanan ke Batam menggunakan feri.

Baik saya membeli tiket bas Super Nice melalui www.busonlineticket.com berharga RM70.00. Anda perlu mencetak (print) e-tiket yang dikirim ke emel anda setelah membuat pembelian online. Dalam e-tiket berkenaan, anda akan diberitahu di mana anda harus menunggu tergantung konsortium bas yang anda pilih. Ada beberapa buah konsortium yang menyediakan perkhidmatan perjalanan Kuala Lumpur ke Singapura dari Stesen Bas Puduraya. Jika anda memilih Super Nice (kadangkala disebut Nice), tempat mendaftar masuk dan menunggu bas ialah di Imbi Plaza. Terdapat sebuah pondok atau doket konsortium berkenaan, betul-betul dibalik tangga atau eskalator LRT Imbi Plaza berhadapan dengan Berjaya Times Hotel.

Sebelum menaiki bas, anda perlu mendaftar masuk iaitu mendapatkan tiket bas sebenar di kaunter Grassland Express Service Sdn. Bhd. yang terletak di belakang 7 Eleven tidak jauh daripada lokasi doket tadi. Ingat, anda harus mendaftar setengah jam sebelum bertolak.

Bas bergerak tepat waktu jika tiada masalah. Perjalanan mengambil masa kurang lebih dalam 7 jam. Tidak banyak berhenti untuk ke toilet kerana tempoh perjalanan tersebut terbilang tidak lama. Seingat saya ada tiga hentian sahaja. Hentian paling lama ialah di Yong Peng, Johor. Semua penumpang diberi masa selama 30 minit sahaja untuk rehat makan, minum dan ke toilet.

Seterusnya, bas bergerak menuju ke Pos Kawalan Imigrasi Gerbang Selatan Johor Bahru. Besar pos kawalan berkenaan. Jika anda masih baharu menggunakan bas untuk pergi ke Johor - Singapura, sila perhatikan penumpang yang naik bas yang sama bergerak ke kaunter imigrasi berkenaan. Tempat mengecap pasport di tingkat 1. Selepas siap di kaunter imigrasi, anda harus turun kembali untuk menaiki bas berkenaan. Kemudian bas menghala ke Pos Kawalan Imigrasi di Woodlands, Singapura. Masuk sahaja di Woodlands, pintu masuk Singapura ini terkesan ketat, tegas, smart, efektif dan penuh disiplin. Ramai penumpang bergerak cepat tanpa berlengah dengan bagasi (bagasi perlu dibawa turun bersama anda) mereka untuk naik ke tingkat 1. Anda perlu bergerak cepat kerana pada saat yang bersamaan, ramai penumpang bas lain juga buru-buru untuk berbaris untuk mengecap pasport mereka. Pos Imigrasi Woodland terbilang superb dan berskala besar bagi pintu masuk darat. Ia seolah seperti "lapangan terbang pintar" dalam bandar kerana kesibukan penumpang keluar masuk sama sibuknya seperti di lapangan terbang Changi. Baik di Pos Kawalan Imigrasi Gerbang Selatan di Johor Bahru dan di Woodlands, Singapura, kededua pos ini menyediakan suasana yang mesra dan manja penumpang kerana tempat berbaris untuk mengecap pasport yang luas dan dalam bangunan yang aman dan nyaman serta terhindar daripada pencemaran udara. Bagi penggunjung yang telah terbiasa dengan hal berkenaan tentunya tidak berasa asing dan tidak hairan dengan apa yang disediakan, namun bagi pengunjung lain, ini sesuatu yang menarik dan menampilkan suasana wah dan wow. Dek frekuensi kemasukan pengunjung yang luar biasa kerana tarikan pelancongan yang disediakan, pihak berkuasa kededua negara memberi perhatian serius dalam memodenkan gerbang pintu masuk mereka untuk memberikan suasana selamat datang yang hangat kepada pengunjung di seluruh dunia yang memilih menggunakan transit darat ke destinasi berikutnya.

Masalah besar di Pos Kawalan Imigrasi Woodlands khusus bagi anda yang baharu pertama kali masuk (kecuali mereka dari Malaysia dan Indonesia) ialah pegawai imigrasi Singapura akan banyak bertanya pada anda. Anda perlu bersedia dengan salinan tempahan hotel jika memang anda transit di Singapura dan tiket balik ke negara asal. Jika anda tidak bermalam di Singapura, sebaliknya anda terus ke Batam menaiki feri dari Harbourfront City, maka anda diminta menunjukkan tempahan hotel di Batam. Mereka juga akan tanya bagaimana anda ke Harbourfront City. Cukup cakap anda menaiki teksi dari Golden Miles Singapura tempat penurunan penumpang bas yang anda naik tadi apabila tiba di Singapura. Terkadang anda diminta mengangkat dan menunjukkan bagasi anda. Lucu bagi saya kerana terlalu detail nampaknya imigrasi Singapura di Woodlands ini. Jangan sesekali mengambil gambar kerana kamera dipasang dimerata tempat di pos kawalan berkenaan. Mereka akan cepat datang ke tempat anda, sekiranya anda didapati mengambil gambar bangunan imigrasi yang terkesan besar dan super itu.

Setelah selesai, anda perlu membawa dan mengimbas bagasi anda ditempat pengimbasan yang terletak satu lantai dengan tempat mengecap pasport tadi. Pegawai kastam Singapura akan melihat dan mengawas tempat berkenaan dengan cekap dan cepat. Kemudian anda harus turun kembali untuk menaiki bas menuju ke Golden Mile. Setelah turun dari bas, anda harus menunggu teksi ditempat hentian teksi yang dikhaskan di Golden Mile berkenaan. Caj tambang teksi bermeter dari Golden Miles menuju ke Harbourfront (terminal feri penumpang Singapura - Batam) ialah $10.00. Pastikan anda memiliki duit Singapura yang cukup terlebih dahulu kerana di pusat tukaran wang asing di Golden Mile, dollar Brunei DS tidak diterima selain daripada ringgit Malaysia, Rupiah Indonesia, Baht dan Peso (wang dari negara ASEAN yang diterima).

Dari Golden Mile ke Harbourtfront City kurang lebih memakan waktu sekitar 15 ke 20 minit. Di Harbourfront City, anda ikut petunjuk yang menunjukkan tempat pembelian tiket feri di kaunter syarikat perkhidmatan feri yang tersedia menyambut dan memenuhi keperluan perjalanan anda. Ada beberapa buah syarikat atau feri yang membuat perjalanan ke Batam Centre, iaitu (1) Sindo Ferry yang identik berwarna kuning, (2) Batam Fast, (3) WaveMaster dan (4) Pacific Ferry. Harga tiket sehala ke Batam ialah $25.00 (termasuk tax). Tiket yang dibeli beberapa minggu sebelum perjalanan akan dijual secara open date (anda boleh menaiki feri pada bila-bila hari dan masa)

Tiket sehala Singapura - Batam


Feri Singapura-Batam-Singapura
Anda tidak perlu tergesa-gesa membeli tiket balik kerana Sindo Feri dan feri yang lain memang berskala besar. Tempat duduk banyak yang kosong feri berkenaan memang berkapasiti besar. Tiket balik boleh dibeli apabila tiba di Batam Centre nanti. Pilih hentian ke Batam Centre kerana selain Batam Centre, ada empat hentian lain selain Batam Centre iaitu di Sekupang dan Tanjung Pinang dan Tanjung Balai yang juga terletak di Batam. Borang imigrasi Indonesia akan diisi oleh karyawan syarikat Sindo Ferry semasa pembelian tiket dibuat. Anda hanya perlu menunjukkan pasport sahaja.


Jadual perjalanan Sindo Feri
Di kaunter imigrasi Singapura di Harbourfront City ini juga bermasalah kerana banyak pertanyaan perlu dijawab. Seperti sebelumnya, Singapura terkesan detail dalam banyak hal. Perjalanan feri dari Harbourtfront menuju ke Batam Centre mengambil masa 45 minit - 1 jam. 

Jadual feri Batam Fast

Jadual feri WaveMaster



Tanpa mengurangi rasa hormat dengan prosedur pemeriksaan imigrasi di Pos Kawalan Imigrasi di Woodlands dan di Harbourfront City, saya dan mungkin juga anda akan memikirkan apakah ada jalur alternatif keluar lain selain daripada melalui kededua pos berkenaan semula untuk perjalanan ke Kuala Lumpur. Untuk itu, anda boleh menggunakan jalur alternatif iaitu tidak perlu lagi masuk ke Singapura untuk mengambil bas ke Kuala Lumpur. Belilah tiket feri dari Batam ke Stulang Laut, Johor di Batam Centre. Tiket feri berkenaan juga tidak perlu dibeli buru-buru kerana pihak mereka hanya menerima pembelian sehari sebelum perjalanan.

Jadual feri Pacific

Perjalanan pulang pergi dari Batam Centre ke Stulang Laut dibuat selang sejam. Tiket sehala berharga Rp250,000 dari Batam Centre. Di Stulang Laut, terminal hentian ialah di Berjaya Waterfront. Terminal ini kecil dan terkesan kurang sibuk jika dibandingkan dengan Harbourtfront di Singapura mahupun di Batam Centre. Setelah selesai pemeriksaan imigrasi di Berjaya Waterfront, beberapa orang calo atau ulat @ teksi sapu berkeliaran menanyakan destinasi anda dan seterusnya menawarkan harga. Anda tidak perlu melayani kehendak mereka yang adakalanya suka menenung orang. Anda cukup naik lif dan pergi ke lantai bawah (G) untuk ke luar. Semua penumpang feri juga harus menggunakan lif yang sama. Tidak jauh dari pintu bangunan teksi rasmi berwarna merah dan biru bersedia mengambil penumpang. Pastikan anda memilih teksi berwarna merah kerana teksi ini menggunakan meter berbanding teksi berwana biru yang biasanya mematuk harga yang sedikit mahal. Jika anda menggunakan bas ke Kuala Lumpur, anda meminta teksi menghantarkan anda ke Terminal Bas Larkin @ Larkin Sentral. Di Larkin Sentral, banyak operator mengendalikan perkhidmatan perjalanan bukan sahaja ke Kuala Lumpur malahan juga ke HatYai, Kedah, Penang, Melaka, Seremban dan Pantai Timur. Di terminal bas ini, banyak agen tiket yang berkeliaran melobi anda. Anda juga tidak perlu melayani mereka. Sebaiknya tuju ke kaunter tiket. Misalnya, jika anda hendak ke Kuala Lumpur, pergi ke kaunter perkhidmatan bas Mayang Sari. Jika anda hendak ke Seremban, pergi ke kaunter bas Plusliner atau KKKL. Bas yang ditawarkan oleh agen yang berkeliaran di Terminal Bas Larkin kebanyakannya membuat perjalanan pakej iaitu akan berhenti menurunkan penumpang di terminal antara bandar. Bas ini pula tidak masuk ke terminal antara bandar berkenaan, sebaliknya menurunkan penumpang di tepi jalan.

Batam-Stulang Laut
Sebagai tambahan, jika anda ingin merasai sensasi bagaimana menjadi seorang pengembara yang tangguh, kesulitan dalam pengembaraan itulah diri kita dilatih untuk menjadi mandiri, lebih kuat, tabah dengan tempaan hidup dan paling penting dapat melatih kita faham dengan berbagai masalah yang ditempuhi dan kaedah yang sesuai bagaimana kita menanganinya sama ada lewat komunikasi yang baik kerana anda mungkin telah mempelajari selok-belok perkara lebih awal lewat perkongsian para bloggers yang anda baca atau melalui penunjukan bukti yang boleh meyakinkan pihak berkenaan. Bukankah pengembaraan adalah satu proses untuk menerbitkan rasa indah dengan pengalaman dan tempaan masalah yang kita hadapi.


Jumaat, 8 Ogos 2014

sikap sosial masyarakat Thai khususnya di HatYai dalam berniaga

Masyarakat muslim Thai dan Siam di Hatyai adalah masyarakat yang rajin berniaga terutama kaum wanita. Dalam berniaga, mereka dapat membaur sama dan rukun dalam mencari rezeki. Misalnya kalau di sebelah penjaja muslim menjual pulut durian atau pulut mangga beserta dengan gorengan, wanita Siam pula menjual kelapa pandan segar yang siap sedia untuk membasahkan tekak anda. Berdasarkan pemerhatian saya, salah satu yang memberi pengaruh besar pada kerukunan berkenaan ialah peranan bahasa Siam atau Thai sebagai bahasa pembinaan negara bangsa Thai. Kerajaan Thai mengutamakan penggunaan bahasa Siam baik dalam komunikasi lisan mahupun tulisan. Nah ternyata dasar satu bahasa ini memainkan peranan yang bukan kepalang dalam menumbuhkan sifat taat setia dan mewujudkan sifar perbezaan antara mereka. Apabila dua pihak yang berbeza menutur satu bahasa yang sama apatah kededua pemeran bicara adalah warganegara yang sama, tentunya menghilangkan jurang perbezaan antara mereka. Yang berbeza hanyalah agama anutan masing-masing tetapi dalam bernegara, mereka semua adalah rakyat Thai. Muslim Thai dan Siam bukan sahaja membaur bahkan boleh bertepuk tampar mesra antara satu dengan yang lain. Tidak nampak ekspresi arogan dan kecemburuan sosial antara mereka kerana selain daripada bahasa, saya kira budaya santun dan lemah lembut orang Thai juga memberi pengaruh pada sikap sosial mereka.

Dari bab berniaga, saya perhatikan pihak berkuasa Thai memberi dukungan penuh kepada warganegara mereka mencari wang untuk memenuhi keperluan hidup tanpa meminta bantuan kebajikan kepada kerajaan. Kerajaan yang tegas dapat mendisiplin masyarakat mereka untuk keluar bekerja kerana industri wisata yang terpencar dan dibangunkan dalam semua wilayah di Thailand memberi nilai wang kepada penduduk Thai asalkan mereka tahu bagaimana erti membanting tulang dan bekerja keras untuk meraih peluang ekonomi yang terhidang kesan daripada kemasukan pelancong yang kerap.

Selain itu, industri pertanian yang membuat Thailand cemerlang dari segi daya tahan ekonomi kesan daripada perbelanjaan besar dahulunya dalam penyelidikan, pembangunan dan penerapan bioteknologi dalam merangsang pertumbuhan dan daya tahan penghasilan pertanian, sebenarnya telah memberi pengaruh besar pada aktiviti ekonomi khususnya industri makanan dan minuman. Jangan tak tahu, ketika anda menikmati sebiji duku atau kelapa pandan segar, benda ini sebenarnya telah melalui satu proses panjang baik dari segi dasar pertanian, masa, tenaga, dan kos sebelum anda dapat menikmatinya. Apa yang kita nampak ialah dasar menyeluruh Kerajaan Thai dalam pertanian telah menjamin bahan baku atau bahan asas pertanian tersebut untuk digunakan oleh peniaga sepanjang masa. Hari ini, hampir semua buah di Thailand nampaknya sentiasa ada untuk memenuhi permintaan, baik secara bulat mahupun buah yang telah diproses menjadi produk hiliran sebagai bahagian daripada sokongan pada industri makanan asas untuk memenuhi selera pengguna di mancanegara.

Apakah pernyataan di atas cukup? Rasanya tidak kerana terdapat keazaman politik yang memberi pengaruh kepada perkembangan ekonomi masyarakat di Thai. Misalnya, produk yang dihasilkan sendiri perlu terus dijamin pasaran dan kualitinya. Ini bermakna produk yang sama tentu tidak boleh diimport bagi mencegah persaingan. Maknanya, keluaran tempatan harus mendapat tempat dan sokongan politik di negara sendiri. Kedua dan yang lebih penting ialah masyarakat sesebuah negara perlu dijamin dan disokong untuk berdiri sendiri melalui dasar kemasukan imigran yang ketat. Jika tidak, bangsa lain yang datang di negara berkenaan akan terus membina cengkaman dan menguasai aktiviti ekonomi sehingga menjadikan rakyat di negara berkenaan sebagai pengguna sepanjang masa. Sejauh ini, nampaknya tiada kecemburuan sosial di Thailand khususnya di HatYai seperti yang saya perhatikan kerana perbezaan agama tidak menghalang mereka meraih manfaat ekonomi dengan berniaga. Yang berniaga adalah masyarakat Thai sendiri, tiada imigran yang mengendalikan kontrol ekonomi seperti yang saya lihat sendiri. Perbezaan bersatu dalam sebuah kerukunan dan damai yang diikat melalui bahasa dan budaya. Memetik kata Dr. Mads Gilbert sebaik tiba di negaranya Norway setelah memberi bantuan rawatan perubatan dan kecemasan di Semenanjung Gaza, Palestin, beliau berkata "perpaduan" adalah senjata terbaik bagi memelihara keharmonian dan menghargai perbezaan sebagai sesuatu yang bernilai. Selagi sikap sosial yang mengutamakan perpaduan dan rasa kebersamaan dijaga sambil bekerja mencari rezeki untuk keperluan hidup, maka HatYai tetap aman bukan sahaja bagi masyarakat di sini, bahkan aman bagi pelancong luar yang datang. Perpaduan adalah senjata berharga yang tidak dapat dinilai dengan wang.


ada apa di HatYai

Semalam Selasa, 05 Ogos 2014, aku memulakan kembara ke HatYai. Kembara ini tidak lebih dari sekadar untuk outing dan refreshing yang memang menjadi minat mendalamku sejak jabatan memberi peluang kepadaku membuat penyelidikan bahasa, sejarah dan budaya dalam kerangka penyelidikan Jejak Kesultanan Brunei di Borneo khususnya di Kalimantan selama 3 minggu pada tahun 2006 anjuran Jabatan Pusat Sejarah Brunei. Melalui dan menikmati perjalanan panjang bagiku adalah hadiah terindah daripada Allah swt pada saat perjalanan itu berlangsung. Pengalaman indah dan teristimewa itulah yang banyak menyuntik semangatku untuk meneroka keluar melalui perjalanan mencabar dan panjang iaitu menggunakan bas yang lebih hemat biaya meskipun masa yang diambil tentulah panjang dan lama. Namun inilah thrill dan kelebihannya berbanding menggunakan pesawat. Menggunakan bas atau apa sahaja pengangkutan darat yang lain memboleh anda dapat melihatkan secara dekat suasana dan kehidupan masyarakat sepanjang perjalanan yang anda lalui. Sambil kembara, aku juga ingin mengongsikan apa sahaja yang dilalui sepanjang jalan menuju HatYai. Tidak ada yang istimewa sebetulnya selain daripada duduk sambil bersuai kenal dan berborak dengan teman baru dan melihat tempat yang belum pernah dijejaki.

Sebelum itu, satu setengah jam sebelum bertolak, aku sudah siap menunggu di Platform 15 (P15) iaitu platform yang telah ditentukan oleh operator bas ekspres yang dipilih. 

Platform 15, tempat menunggu bas ke HatYai
di Hentian Puduraya
Lama juga. Mengikut jadual, bas sepatutnya bertolak dari Puduraya pukul 10.00 malam. Batang hidung bas pun tak nampak. Tapi jangan bimbang, petugas atau agen pengendali bas mundar-mandir dan sentiasa ada sehingga komitmen mereka kepada penumpang selesai seperti waktu perjalanan yang dijanjikan dalam tiket pada hari bertolak meskipun mungkin perjalanan tersebut tergendala. Akhirnya pukul 10.45 malam bas masuk ke kawasan parkir. Setelah siap meletak bagasi dan mengecek penumpang, bas bertolak pukul 11.30 malam. Bas Alison Golden Coach boleh memuatkan 27 orang penumpang sahaja. Duduk letak kerusi pula, dua dalam sebaris bergabung, dan satu baris memanjang untuk duduk secara individual. Sebelah tempatku kosong. Apabila tiba di Kepong, naik dua orang penumpang lagi. Penumpang seorang ini lelaki berbangsa Cina berusia 75 tahun yang dikenali sebagai Uncle Kin. Beliau melawat anaknya yang menjadi Pengurus Kilang Getah di HatYai. Cukup ramah dan baik. Uncle Kin boleh berbahasa Thai dengan fasih. 

Uncle Kin dan Pim dari Bangkok
Di sebelahku, Kim dari Bangkok yang juga penumpang bas yang sama. Seorang yang ramah, mudah senyum dan boleh berbahasa Inggeris dalam loghat Thai yang pekat. Beliau balik bercuti untuk mengurus permit perjalanan kerjanya di Kota Kemuning. Kim juga membuka peluang untuk membawa aku pusing-pusing di kawasan tarikan yang ada di HatYai. Memandangkan aku jenis yang biasa berdikari, suka belajar sesuatu yang baru, tentunya aku tidak mahu menyulitkan beliau dan menganggu urusan permit kerjanya yang tentu menguras tenaga. Lagi pula,  aku dibantu melalui info para bloggers yang telah kupelajari sebulan sebelum bertolak termasuk mencatat maklumat penting sebagai panduan. Di HatYai juga, kemudahan pengangkutan awam seperti tuk-tuk dan motosikal tersedia untuk membawa anda kemana-mana di sekitar HatYai.

Taksi motor berlesen.
Pastikan rider yang memakai jaket
berwarna
Tuk tuk teksi yang paling popular
Pokoknya ada Baht atau ringgit Malaysia, semua bisa jadi. Untungnya tempat aku menginap di Grand Plaza Hotel adalah spot area yang biasa menjadi pot atau terminal bagi turis luar yang datang ke HatYai yang kebanyakan dari Malaysia mahupun Indonesia.

Grand Plaza Hotel
Baiklah tak lengkap kalau entri ini hanya bercerita tentang pengalaman sahaja tanpa mengongsikan sesuatu yang sifatnya informatif untuk pengetahuan anda semua. Pertama sekali tentang ciri soket yang digunakan di sini. Perkara yang kita selalu buat bila sampai di hotel apabila melewati perjalanan panjang ialah keinginan mengecas telefon bimbit segera. Baik, anda perlu bawa soket kecil multi berbesi pipih. Jangan bimbang, soket berkenaan bersepah dijual di kaki-kaki lima berhadapan dengan tempat hotel anda menginap. Jika hendak sewa yang saya beli, boleh juga...hehe.

Multisoket

soket berbesi pipih
Jika ditanya apa yang ada di HatYai, bagi mereka yang belum pernah menjejaki ke sini, maka di sini saya mengongsikan info mengenainya untuk pengetahuan anda. Mall atau pusat belanja di HatYai antaranya ialah Central, Odeon, dan Diana. Yang terbesar dan terkelas baik dari segi saiz, keluasan dan butik ternama di dalamnya ialah pusat belanja Central Festival (CF). Harus guna tuk-tuk kalau hendak pergi ke CF. Jika naik tuk tuk seorang diri, caj tambang 100 Baht sehala dikenakan. Lebih baik pergi beramai. Dalam satu tuk-tuk jika badan bersaiz sederhana, boleh memuatkan dalam 6 orang.

Pusat belanja Central Festival
Central Festival
Rata-rata driver tuk-tuk menyebut Central sebagai Sentan. Jadi jangan cuba-cuba sebut Central. Mereka akan kata ohhhh...Sentan. CF memiliki enam lantai dan berkeluasan dalam dua saiz padang bola (menurut saya). Banyak butik prestij dan jenama antarabangsa di dalamnya. Antaranya ialah Mark Spencer, Manchester United (butik rasmi yang menjual baju, topi, beg dll jenama MU), Esprit, Playboy dll. Butik jenama barangan sukan seperti Nike, Adidas, Puma dan New Balance tersedia untuk memenuhi selera anda yang suka mengoleksi dan memakai pakaian sukan. Satu kelebihan di butik pakaian sukan Adidas, ialah tersedia topi original berlogo kelab bola sepak terkenal iaitu Real Madrid dan Chelsea yang ditaja oleh Adidas. Harga cap berkenaan sebelum diskaun sekitar 690Baht atau RM69.00.

Ruang siar kaki untuk berlegar di CF amat luas dan selesa selain disediakan tempat duduk jika penat berjalan kerana mall ini memang besar dan luas. Untuk anak-anak, disediakan tempat play & fun. Makanan muslim disediakan di foodcourt CF.

Untuk kembali ke hotel penginapan, tuk-tuk dan teksi sedia menunggu di jalan raya berhadapan dengan pintu masuk utama CF.
Ruang dalam Central Festival

Selain pusat belanja, terdapat beberapa tempat menarik di HatYai antara floating market, ice dome (sejuk 15C), Chang Puak Camp (tempat pertunjukan gajah, aktiviti memanah, dan ATV Motor).

Tempat pertunjukan gajah
Bagi mereka yang berminat menaiki gajah, caj 300Baht dikenakan seorang bagi perjalanan selama 30 minit untuk 1KM. Lambat gajah ni berjalan. Sengal juga duduk lelama...hehehe. Selepas selesai perjalanan menunggang gajah, pengembala yang duduk bersama anda akan meminta tip 100Baht (siap tulis di belakang topi lagi tip yang diminta). Untuk masuk ke Ice Dome, tiket seorang 300Baht. Baju sejuk dan glove diberi percuma. Sebelum masuk, petugas Ice Dome akan meminta anda menunggu selama 5 minit untuk anda relaks dan menyesuaikan dengan suhu persekitaran. Sejuk banget. Di Samila Beach, ada patung puteri duyung menyambut anda. Tiada tiket dikenakan begitu juga di floating market. Untuk pergi kesemua tempat ini termasuk tarikan lain, akan dikenakan caj pergi balik sejumlah 1600 Baht tergantung jenis kenderaan yang anda pilih. Jika anda memilih van yang kebanyakan berhawa dingin dan boleh memuatkan 8 orang, caj perjalanan dikenakan sebanyak 2600Baht atau B$105. Anda harus bijak berunding dengan driver berkenaan untuk meminta diskaun kerana harga trip lawatan pergi balik memang dibuka tinggi. Tekan harga yang anda mau, namun pada kebiasaannya harga diskaun untuk trip perjalanan menggunakan van berhawa dingin untuk selama satu hari dari pukul 9.00 - 17.00 tidak banyak kurang. Mungkin diberi harga diskaun dalam 200-300Baht sahaja.  Ada banyak driver yang membuat tawaran dan selalu menyapa anda ketika anda keluar daripada pintu hotel tempat anda menginap. Jika kenderaan seperti tuk tuk, tekan harga diskaun sehingga 1000Baht. Pokoknya harus ada persetujuan caj terlebih dahulu sebelum anda bertolak. Kedua, lebih baik pergi berkumpulan sehingga anda dapat berkongsi sama membayar. Bagi mereka yang berminat untuk menyewa van, cuba hubungi Saban Thipmanee. Beliau boleh dihubungi melalui facebook seperti nama yang tertera dan jadikan beliau sebagai rakan fb anda. Sebenarnya ramai lagi driver atau syarikat penyewa van yang dapat memenuhi keperluan anda pergi melawat. Kebetulan aku pernah bercakap dengan Saban Thipmanee dan beliau juga menggunakan media sosial untuk mempromosi perkhidmatannya, maka ini tentu memudahkan kita berbincang dan menguruskan keperluan pengangkutan sebelum bertolak. Terdapat satu lagi perkhidmatan van yang juga mempromosi melalui fb iaitu AG Tour.

Butik MS
Tentang wisata kuliner iaitu berkunjung sambil menikmati kuliner Thai khususnya sajian halal, selain sudah diterangkan dalam entri terdahulu, ingin aku sampaikan bahawa kuliner halal bagi mereka yang terasa lapar pada malam hari, anda tidak perlu bimbang. Jika anda menginap di Lee Garden Plaza Hotel, Grand Plaza Hotel,  Centara Hotel atau Regency yang terletak  dekat satu sama lain dan dalam jalur laluan yang sama, maka tempat ini menjanjikan suasana happening pada malam harinya. Banyak hawker stall muslim Thai menyediakan sajian untuk memenuhi selera anda antaranya nasi goreng, seafood, minuman sarang burung, laicikang dll tentunya menggugah selera anda untuk mencuba. Selain itu, ada sotong bakar. Semakin malam pada ketika pusat belanja (mall) tutup, kawasan parkiran pinggiran jalan dijadikan tempat menjaja makanan. Buah-buahan seperti manggis, durian, rambutan, dan duku manis juga dijual. Sambil makan, anda juga akan dikejutkan oleh pengembala gajah yang datang bersama gajah peliharaan mereka. Mereka akan meminta anda membeli makanan gajah iaitu tiga bungkus roti papan yang dibawa oleh pengembala berkenaan yang dijual dalam 100Baht untuk anda memberi makan kepada gajah yang sudah diajar dan patuh serta menurut kata kepada pengembala berkenaan. Jangan takut kerana gajah berkenaan telah dilatih untuk tidak macam-macam...hehe.
salah satu tarikan dalam Ice Dome
floating market

duku manis antara buah yang dijual di kaki lima

makanan kering 

kain

Thai peanut

kawasan yang menjadi tumpuan pengunjung di areal Lee Garden
Plaza Hotel satu bangunan dengan Mc D

Penulis bergambar bersama polis pelancong peronda

Butik MU di Central Festival

Rabu, 6 Ogos 2014

trip jalan darat ke HatYai

Lama dah tak update blog. Entri terbaharu kali ini bagi bulan Ogos 2014 ialah tentang pengalaman ke HatYai menggunakan jalan darat dari Kuala Lumpur. Untuk mereka yang mencintai dan suka cabaran atau petualangan bajet, moga informasi yang saya kongsikan ini membantu anda khususnya warga tercinta tanah air, Brunei Darussalam. Mengapa saya katakan demikian? Ia tidak lain kerana pengalaman yang saya lalui sendiri waktu di pos kawalan imigrasi Thailand di Sadao setelah selesai mengecap pasport di imigrasi Malaysia di Bukit Kayu Hitam. Baik, sebelum saya menyentuh tentang perihal tersebut, eloklah saya bersirah terlebih dahulu tentang petualangan darat saya ke HatYai.

Seperti biasa, kepada anda yang masih baharu, jangan lupa membaca bloggers-bloggers yang mengongsikan pengalaman mereka ke HatYai. Melalui mereka yang saya tidak kenal biasa tetapi ramah mengongsi tentunya banyak membantu memberikan penyuluhan dan pencerahan pada saya sebelum merancang ke Hatyai. Informasi ini memberikan energi kepada saya  untuk berpetualang buat pertama kalinya seorang diri. Pertama sekali jangan lupa menaipkan kata kunci HatYai Thailand di google. Banyak informasi mengenainya dikongsikan yang tentunya dapat membantu menambah daya minat anda. 

Rancanglah perjalanan darat anda dengan baik. Jauhari lagi beli tiket bas melalui www.busonlineticket.com. E-tiket berkenaan perlu ditukar kepada tiket sebenar di kaunter 15 (kaunter jualan tiket bas Alisan Golden Coach) sekiranya anda memilih operator bas AGC.

E-tiket bas
E-tiket perlu ditukar ke tiket sebenar di kaunter 15 stesen bas Puduraya
Ada beberapa syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan ke HatYai dari Kuala Lumpur (stesen bas Puduraya). Antaranya ialah Alisan Golden Coach (AGC), Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (KBES), Maju Ekspres dan CityEkspres.

Alisan Golden Coach
Tiket perjalanan sehala berbeza nampaknya. AGC bagi bas setingkat, sehala RM60.00, doubledeck RM70.00. Manakala KBES RM56.00. Ketetiga bas ini berkondisi baik dan bagus. Tiket juga boleh diberi terus ke kaunter no.45 di stesen bas Puduraya. Bas AGC saya naiki memberi kesan impresif buat saya yang baru membuat perjalanan jauh ke HatYai. Manakan tidak, bas ini menyediakan kemudahan akses wifi kepada penumpang. Di samping itu, pada setiap tempat disediakan soket lubang tiga (multi) dan usb untuk mengecas telefon atau laptop.

Soket pengecas disediakan

Perjalanan mengambil masa selama 9 jam. Bas akan berhenti rehat di stesen minyak Petronas, Shell dan Petron untuk membolehkan penumpang ke toilet. Ada beberapa tempat bas berhenti iaitu di Ipoh, Penang, Butterworth, Sungai Dua, Juru, Changlun dan terakhir di Bukit Kayu Hitam (BKH). Di BKH, anda boleh minum dan makan. Saya cadangkan minum sahaja kerana tempat ini kebanyakan orang Thai yang berniaga. 

Bagi mereka yang dari Brunei, saya cadangkan mengambil bas perjalanan pukul 10.00 malam bagi membolehkan anda sampai di HatYai pada pukul 8.30 pagi pada keesokan harinya. Untuk itu, anda perlu transit rehat di hotel terlebih dahulu sebelum bertolak. Tempat menginap yang dicadangkan ialah di Ancasa Puduraya. Bagi mereka yang mahu menghemat biaya seperti saya, menginaplah di Bunc@Radius Petaling Street. Hotel ini berdekatan dengan gerbang utama Petaling Street dari arah Kota Raya. Anda tinggal menapak masuk sedikit di deretan kedai di Petaling Street kemudian lihat papan tanda hotel ini di sebelah kanan. Untuk catatan, wifi di Bunc@Radius lumayan laju baik di lobi mahupun di kamar. Informasi lanjut mengenai hotel yang berdekatan dengan stesen bas Puduraya atau di China Town yang juga berdekatan dengan Puduraya, sila semak dan tempah melalui Agoda.com. Sesekali, bacalah review penginap untuk membantu anda membuat pilihan penginapan yang sesuai. Jika anda membawa anak-anak, eloklah memilih hotel yang lebih selesa iaitu di Ancasa.

Hotel bajet Bunc@Radius di Petaling Street


Jangan lupa mendongak sedikit untuk melihat tanda Bunc@Radius
Untuk perjalanan jauh, anda jangan mengambil makanan berat atau pedas. Cukup makan jenis makanan alas perut seperti roti atau makanan nasi berlaukkan sayur. Ini bertujuan agar tidak menganggu perjalanan anda atau membuatkan bas menunggu lama hanya kerana anda bermasalah. Ingat, bas yang kita naiki itu bukan kita charter untuk ahli keluarga sehingga kita seolah ada hak menggunakan masa. Driver bas di sini, kadang kala kasar. So kita dok diam-diam dah la. Janji sampai...hehehe. Pastikan anda membawa sweeter atau baju menahan sejuk kerana malam yang dingin akan menyapa badan dan tulang kita sehingga membuat kondisi kita kedinginan dan bersenandung sepanjang perjalanan. Maunya tak sejuk, malam lagi.

Ketika sampai di BKH, driver akan meminta kita menyerahkan pasport. Mereka akan membuat pengisian borang imigrasi ketibaan bersekali dengan borang imigrasi keluar (berlepas) melalui satu syarikat di foodcourt BKH. Banyak bas yang juga ke HatYai melakukan perkhidmatan yang sama dengan syarikat penyedia perkhidmatan mengisi borang berkenaan. Mudahkan. Anda juga tidak dikenakan caj tambahan. Sambil menunggu, anda boleh mencuci muka dan membeli minuman kerana foodcourt BKH adalah terminal hentian rehat terakhir di sebelah sempadan Malaysia. Setelah siap borang imigrasi diisi, driver akan naik ke bas. Jika anda dok minum dan sembang-sembang di foodcourt, siaplah mamat driver Indian tu bagi hon suruh anda naik ke bas...hahaha. Jangan meminta pasport anda. Driver itulah yang akan membagi pasport kepada anda. Mereka tak memanggil nama anda, sebaliknya mereka lihat gambar dalam pasport tersebut dan memberikan kepada pemiliknya. Boleh tahan kerja driver ini. Cun semua. Tak ada yang salah.

Kemudian, bas akan menuju ke pos BKH sebelah Malaysia. Anda akan diberitahu oleh driver tentang imigrasi doket nombor berapa patut anda dan penumpang lain berbaris. Setelah siap cap di pos kawalan Malaysia, anda bersama penumpang lain cari bas yang anda naiki tadi untuk berangkat sama ke pos kawalan imigrasi Thailand di Sadao. Jangan bimbang. Bas akan menunggu anda di kawasan parkir yang memang diperuntukkan untuk bas. Anda cuma perlu mengingat apakah nama bas yang anda naik tadi. Jika perlu ingat nombor pendaftarannya. Mengapa, ini kerana ada banyak bas pelancong yang berhenti di jalur parking bas pada saat yang bersamaan. Selepas itu, bas akan bertolak lebih kurang 200 meter ke pos kawalan imigrasi Thai di Sadao. Di sini, anda diminta membawa semua bagasi anda bersama diri anda untuk mengecap pasport dan membuat imbasan bagasi.

berbaris menunggu giliran di pos imigrasi Malaysia Bukit Kayu Hitam
Deretan bas yang tiba serentak pada pukul 6.00 pagi
Baik pos kawalan imigrasi inilah masalah saya bermula bersama penumpang dari Amerika Selatan atau negara lain yang memang diaturkan untuk membuat permohonan visa. Lucu bagi saya ialah Brunei Darussalam adalah negara ASEAN yang juga rakan kerjasama. Mengapa pula perlu memohon visa. Itulah pertanyaannya. Saya tidak pasti apakah hal demikian diberlakukan juga kepada penumpang Brunei DS yang tiba melalui pesawat udara di Bangkok. Berhubung dengan pengalaman yang saya lalui, saya kira apapun situasi yang berkaitan dengan prosedur imigrasi, kita sebagai turis hendaknya akur dengan aturan yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa di negara berkenaan. Saya juga berkesempatan berbual dengan polis pelancong yang meronda dan mengawal di pekan HatYai khususnya di pot yang menjadi kunjungan ramai iaitu di laluan Lee Garden Plaza Hotel berhubung dengan kebenaran yang dikenakan. Beliau menjelaskan untuk sementara waktu sehingga sebelum 2015 (Community Asean), negara yang dikatakan "bersatu daratan" seperti Malaysia, Singapura dan kawasan Indo China seperti Myanmar, Cambodia, dan Laos tidak perlu memohon kebenaran visa di pintu masuk pos kawalan imigrasi Thai. Permohonan visa tidak dikenakan bayaran hanya sekadar mengisi borang namun anda perlu menunggu hampir satu jam lebih sekiranya pegawai imigrasi tidak duduk ditempat pada waktu anda telah siap mengisi borang berkenaan.

Sedikit kisah tentang mengecap pasport di pos kawalan imigrasi Thai di Sadao. Pada ketika tiba giliran anda menyerahkan pasport kepada imigrasi Thai di doket yang telah dikhas untuk penumpang bas, anda akan dilihat seperti pesalah gamaknya..hehe. Itu yang saya rasakan. Anda terus diberi satu borang untuk diisi di pejabat yang tidak jauh dengan doket imigrasi tadi. Jangan cuba-cuba meminjam pen seperti yang biasa anda lakukan ketika naik pesawat RBA. Confirm tidak dilayan apatah lagi mereka tidak boleh berbahasa Inggeris, Melayu selain daripada bahasa Thai. Bawa dan sediakan pen dalam beg saku anda. Anda tidak keseorangan dalam hal ini kerana ada penumpang negara lain yang melalui situasi yang sama. Ketika anda telah siap, jangan cuba-cuba menyerahkan semula kepada penjaga kaunter yang bukan berpakaian seragam imigrasi Thai yang berwarna coklat cerah (kalau tak silap saya kerana masa tiba hari tu dinihari). Mereka akan memarahi anda dan menyuruh anda duduk...seat...seat..wait for the officer come. Pandai pulak mereka cakap bahasa Inggeris bila bab marah-marah. Menunggu lah anda dengan tertib sambil bawa beg sehingga pegawai imigrasi mereka datang untuk mengecap di pejabat tempat anda mengisi borang berkenaan. Anda disuruh duduk  melihat kamera kecil...hehe di komputer meja. Mereka akan tanya di mana anda menginap dan beberapa hari di HatYai. Lepas itu mereka akan berikan anda masa sebulan seperti amalan yang dilakukan di negara lain. Driver bas pula akan menunggu urusan anda selesai, baru mereka jalan. Setelah selesai cap imigrasi, pegawai berkenaan akan menyerahkan dokumen berkenaan kepada staf penjaga kaunter. Staf berkenaan akan membuat salinan fotokopi pasport anda dan borang imigrasi ketibaan akan diambil. Yang tinggal ialah borang imigrasi berlepas balik nanti. Setelah siap, anda keluar dari pejabat berkenaan dan terus membawa beg di kawasan mengimbas bagasi. Ada pihak berkuasa keselamatan Thai yang menjaga di kawasan pengimbas bagasi tersebut. Tempat pengimbas tersebut satu jalur dengan tempat anda berurusan dengan hal visa tadi.

Tentang bagasi, mengapa bagasi perlu anda bawa? Saya kira ini satu langkah keselaman dan pencegahan awal yang terbaik agar tidak terjadi perkara yang tidak diingini. Nampaknya pihak berkuasa keselamatan Thailand belajar banyak akibat daripada serangan berani mati yang biasa berlaku.

Setelah siap semua urusan berkenaan, jangan anda fikir bahawa anda sudah sampai di bandar HatYai. Anda perlu naik baik bas kembali untuk perjalanan selama satu jam lagi sebelum tiba di pekan Hatyai. Di sini bas tidak berhenti rehat lagi. Tertakluk apa nama bas yang anda naiki, bas berkenaan akan berhenti tepat di hadapan kaunter jualan tiket bas berkenaan di pekan HatYai. Setelah tiba, saya nasihatkan sebelum mendaftar masuk ke hotel, anda perlu beli dahulu tiket balik. Tiket boleh dibeli menggunakan duit Baht atau ringgit Malaysia. Sedikit panduan untuk anda yang dari Brunei DS. Pilihlah hotel Lee Garden Plaza (LGPH) atau Grand Plaza Hotel (GPH). Kededua hotel letak bersebelahan, namun prioriti untuk anda memilih bagi saya ialah LGPH..hotel ini lebih happening dan superb. Geliat kesibukan jalan di hadapan hotel  LGPH dan GPH tambah meriah pada penghujung minggu bermula pada hari Jumaat - Ahad.

McD yang bersatu bangunan dengan LGPH

LGPH

Sekuriti dan pihak berkuasa keselamatan Thai sentiasa menjaga persekitaran dan patrol di kawasan hotel ini. Di HatYai, hotel tempat anda menginap akan memegang pasport anda setelah selesai check in. Pasport akan dikembalikan semasa check out nanti.


Kereta peronda pihak berkuasa keselamatan Thai parkir di hadapan LGPH dan GPH
Ramai turis Malaysia dan Indonesia juga menginap di hotel berkenaan. Di kawasan sekitarnya terdapat restoran makanan muslim Thai iaitu Hamid Restoran. Selain Restoran Hamid (RH), terdapat dua buah lagi restoran makanan halal yang berdekatan, iaitu Restoran Salma (RS) dan Kelantan Restoran (KR).  RS menyediakan sarapan pagi (light breakfast) seperti roti canai. Rasanya tidak seperti roti canai buatan tangan yang kita makanan selalu (ini menurut saya saja). Ia seperti roti canai dalam pek yang dijual di mall. Namun cecah kari yang disediakan sedap juga. RH dan RS menyediakan perkhidmatan wifi sementara di KR tiada. Saya cadangkan anda pergi ke RS atau KR kerana harga sajian makanan tidak berapa mahal berbanding RH. Sepiring nasi lemak di KR berlaukkan rendang ayam, acar, sambal, timun dan segelas teh 'o' ais, baru berharga sekitar 80Baht atau RM8.00. Di RH, saya menikmati semangkuk tom yam yang seafoodnya ala kadar, sepiring sayur kailan masak tiram, nasi dan segelas teh 'o' ais dipatuk dengan harga 300Baht atau RM30.00.  Sejak saya tahu menggunakan nilai Bath, dengan perbandingan harga makanan yang sama di RS atau di KR, sejak itu saya tak datang singgah lagi di RH. Pengunjung di RH pun boleh dibilang dengan jari.

Salma Restoran
Pada sebelah malamnya, kawasan persekitaran jalan hotel ini memang happening. Ada penjaja muslim Thai menyediakan makanan goreng dan mee rebus selain daripada makanan seperti pulut durian dan pulut manga yang memang ummphhh.

Pulut mangga

aneka gorengan seafood termasuk ayam dan puyuh


Restoran Hamid
Sebaiknya, tukar wang Baht di Brunei DS terlebih dahulu kerana nilainya agak tinggi berbanding di HatYai. Nilai semasa Dollar Brunei ke Baht ketika ini ialah B$1.00 - B2.50. Di Hatyai juga banyak tempat tukaran wang khususnya di agen jualan tiket bas dan di kawasan sekitar pekan HatYai jika memang anda ingin menukar wang di sini.

Sedikit panduan kepada anda yang menggunakan bas dan tidak ingin menapak jauh dari hentian penurunan penumpang di HatYai dengan hotel LGPH atau GPH, saya cadangkan anda naik bas Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (KBES). Tidak sampai dua minit anda menapak dari hentian penurunan tersebut, anda sudah boleh check in di LGPH atau GPH. Tiket bas KBES boleh dibeli secara online www.kbes.com.my atau datang ke kaunter jualan tiket bas berkenaan di Puduraya. Agen jualan tiket sentiasa menunggu di dalam bangunan Puduraya untuk menyapa dan membawa pengunjung atau turis ke kaunter jualan tiket. Lihat sahaja seragam yang mereka pakai. Untuk pembelian tiket bas di HatYai, mereka menerima duit Baht dan juga duit Malaysia. Harga tiket akan dijual mengikut nilai tukaran, bukan nilai satu sama satu.


Hentian bas KBES di HatYai
Agen jualan tiket KBES di HatYai

Sedikit panduan bagi mereka yang berminat menggunakan keretapi kemudian menyambung trip menggunakan van (jenis Toyota Commuter yang boleh memuatkan 10 orang). Bagi mereka naik dari stesen KL Sentral, lebih baik anda turun di stesen keretapi Butterworth, Penang. Ada syarikat penyedia perkhidmatan pengangkutan akan mengambil anda di Stesen Butterworth untuk membawa anda ke HatYai atau anda memilih perjalanan selama seminggu (7 hari) untuk menjelajahi Phuket (2 malam)/Krabi (1 malam) /Koh Phanga (singgah beberapa jam)/HatYai (2 malam). Kos yang dikenakan bagi semua perjalanan berkenaan ialah RM800 seorang termasuk penginapan di semua destinasi yang disinggahi yang juga akan ditempah oleh syarikat tersebut. Anda boleh menghubungi Encik Mohd Khan atau Encik Faizac dari Tras Enterprise seperti kad perniagaan yang tertera. Encik Mohd Khan sebagai pemilik dan pengusaha Tras Enterprise kerap membawa penumpang baik dari Malaysia mahupun Indonesia, dan beliau tentunya sudah marfum tempat-tempat yang sesuai dilawati termasuk hotel penginapan dan makanan halal ditempat yang disebutkan tadi.

Tras Enterprise

Tras Enterprise

Berbual dan makan bersama dengan pemilik dan pengusaha
 pengangkutan Tras Enterprise
 iaitu Encik Mohd Khan dan Encik Faizac di HatYai
mohd azurin othman di kawasan pertunjukan gajah



COVID-19 - Dunia Ini Rapuh dan Tidak Berdaya, Pelajaran Buat Kita

Tidak siapa menduga COVID-19 yang bermula di Wuhan, China merebak ke seluruh dunia. Masyarakat dibuat terpinga-pinga dan panik. Kita dibias...